Tuesday, August 25, 2009

BABI...

dah beberapa minggu aku tak up date blog ni. bukan apa, aku sibuk menjadi robot. robot untuk menguntungkan si kapitalis. pelbagai pengajaran aku dapat sepanjang aku berkerja. aku dapat tahu cara kapitalis bekerja, kehidupan seorang yang miskin dan tentang kehidupan. aku impinkan kebebasan bekerja tanpa kene marah, tanpa dipaksa, tanpa dikongkong, tanpa arah dan tanpa keletihan.

sekarang agak reda tentang H1N1. aku sejak menular wabak ni, aku jarang2 pakai mask. bagi aku, aku rela mati dalam kebebasan dari hidup dalam kongkongan. nak nyawa pom susah kalu pakai mask. dah la amek kesempatan atas kesesakkan orang laen. harga patot 30sen, dah jadi 1 ringgit. dasar kapitalis. harga ubat dimainkan. semua pakai bayaran!! (lirik marjinal-rumah sakit brengsek).

semenjak aku menjadi robot, aku dilatih menjadi penipu. itu yang aku tak suka. menipu pelanggan, menipu diri sendiri. bayangkanlah, setiap lap top disediakan 2 kabel. 1 yang biasa digunakan di sini, yang ke 2 diguna kan di luar negeri. tapi bayangkan, kabel yang digunakan di luar negeri itu, diambil oleh kompeni, dan dijual dengan harga rm10. untung atas angin je. bnyk lagi perkara yang menjengkelkan berlaku semenjak aku menjadi robot suruhan ni....


noktah

Monday, August 3, 2009

I.S.A = kebaikan @ keburukan...

Salam sejahtera dan selamat pagi. Tika tanganku menulis ini, jam pendek berada di antara nombor 5 dan 6.Dan jarum panjang berada di nombor 6. Mata masih segar walaupun seharian dibandar, menguruskan urusan menghantar permohonan kerja kosong.

Sudah 2 hari berlalu. Tetapi aku masih teringatkan tentang demonstrasi yang berlaku di ibu kota. Pelbagai cerita yang tersembur didada akhbar. Rata-rata mengutuk peristiwa itu dengan pelbagai alasan yang bagi aku menjengkelkan.Aku agak hairan kenapa pemimpin umno masih menegakkan I.S.A? Sedangkan secara terang-terangan ia melanggar hukum hak asasi manusia. Macam mana negara demokrasi melanggar hukum hak asasi manusia sedangkan demokrasi serasi dengan hukum hak asasi manusia.

Ternyata semuanya itu adalah helah politik. Tetapi masih tetap ada yang terpengaruh. Didalam akhbar mengatakan demonstari tersebut merosakkan harta awam. Aku rasa dengan pehimpunan awam, tidak berlaku masalah kerosakkan harta benda awam, melainkan jika para demostran itu diapi-apikan dengan gas pemedih mata dan water canon. Akhbar itu juga mngatakan, para peniaga menrungut yang peniagaan mereka rugi kerana tidak ramai pengunjung pada 1 aOgos tersebut. Hahahah, kalau rugi satu tak mati la.Dah tahu orang nk demonstarsi, jgn la bukak kedai. Tapi bagi aku, itu hanyalah momok dari media masa untuk menyatakan alasan demonstari tidak bagus.

Bagi aku, semua media massa, abang2 polis dan FRU, mereka hanyalah anjing kurap. Hanya mendengar arahan dari para pemerintah yang penuh dengan idea-idea busuk. Kepada para peniaga, anda mahu rugi hari ini atau mahu rugi di masa mendatang? Aku rasa pada hari mendatang lagi rugi dari hari semalam jika UMNO masih memerintah negara ni. Ada satu perenggakaan yang menyatakan, jika semua duit royalti diberi ke kerajaan terengganu, negeri terengganu lebih kaya dari selangor. Malah setanding dengan Brunei.

Berbalik kepada topik asal. I.S.A adalah satu akta yang zalim. Menangkap orang tanpa dibicarakan. Cakap kerajaan dibawah UMNO menjalankan mengikut Islam, tapi ade ka Islam mengajar tangkap orang tanpa dibicarakan? Inilah UMNO yang bongok. Tapi masih lagi ada yang menyokong UMNO. Dan mereka itu sememangnya same bongok dengan UMNO. Mengapa mereka menangkap orang tanpa dibicara? Hal ini kerana jika dibicara, mereka yang ditangkap itu tidak bersalah, tetapi mahu menjaga kepentigan orang tertentu, mereka menggunakan I.S.A. Sebab itu rata-rata yang berada di bawah I.S.A adalah aktivis. Yang mana aktivis ini mahu menyedarkan kedapa rakyat tentang kebocoran sistem pemerintahan kerajaan malaysia ayng diterajui BN. Hahahaha, yang lucunya, para badut-badut kerajaan memberikan asalan tentang penggunaan I.S.A adalah untuk menjamin keamanan negara.

Kepada keluarga yang terkena dengan I.S.A, keluarga mereka akan terumbang-ambing. Si anak tidak dapat kasih sayang dari seorang ayah, dan si isteri tidak dapat belaian dari seorang suami. Bayangkan selama 7 tahun tidak disetubuhi. Kacip boh!!! Cuba kamu tinggalkan isteri kami selama 1 bulan. Bagaimanakah perasaan kamu? Kalau yang tidak kuat iman, perempuan di jalan haji taib menjadi pilihan. Ini adalah salah satu cara kawalan minda. Bak lirik dari band punk, mereka mahu mencipta robot, tetapi mereka tercipta mutant. Kerajaan ingin kita (baca:rakyat) menjadi robot, agar senang mereka mengawal kita, tetapi yang terjadi adalah mutant.Mutant inilah yang akan bersatu menggulingkan kerajaan bangsat ini.

Ada yang mengatakan demonstrasi ini menyusahkan orang ramai. Jika ada kemalangan, bagaimana ambulan mahu lalu jika jalan dipenuhi dengan para demostran? Bagi aku, jangan salahkan para demonstran, kerana mereka hanya mahu menuntut hak mereka bersuara. Dan dalam pada mase itu, ada yang tersepit. Jika kerajaan menangsuhkan I.S.A, tidak akan berlaku demonstrasi. Jesteru itu, tiada masalah yang timbul seperti diatas. Jadi salahkan kerajaan kerana keras kepala.

Demosntrasi ini adalah salah satu medium untuk menyampaikan sesuatu mesej. Contohnya, jika kamu ingin bertanya kepada guru anda semasa didalam kelas, tetapi terhalang oleh rakan anda kerana setiap kali anda mengankat tangan, rakan anda juga turut mengangkat tangan. Dan ternyata guru anda hanya nampak rakan anda. Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah? Mesti anda memanggil guru tersebut dengan nada yang kuat. Sama juga dengan situasi dengan demonstrasi.Kamu mahu besuara, tetapi dihalang.

I.S.A sangat tidak releven.Hanya mereka yang dungu saja yang bersetuju dengan I.S.A. I.S.A just for suffer. How can call this country democracy while adopted with I.S.A. Abolish I.S.A