Wednesday, May 27, 2009

Jenayah di belakang kekayaan

wrote by Hishamuddin Rais

Harta kekayaan datang daripada keringat manusia. Harta Qarun sekali pun terkumpul daripada hasil tenaga manusia. Menang loteri juga berpunca daripada duit manusia yang telah ditipu. Justeru semua harta kekayaan di duna ini hasil tenaga kerja manusia.

Sejarah dunia ini ialah sejarah manusia membuat pekerjaan. Tidak ada harta terpijak.

Tulang empat kerat dan otak manusialah yang melahirkan dunia yang kita lihat hari ini. Semua kebaikan dalam dunia ini adalah hasil perbuatan manusia. Semua kebejatan dan kerosakan alam ini juga hasil kerja tangan manusia.

Apabila manusia bekerja, dia melaburkan tiga perkara asas: tenaga, masa dan fikrah. Tiga perkara inilah yang menjadi asas ekonomi. Dari Zaman Batu, ke Zaman Gangsa, ke Zaman Wap, ke Zaman Elektrik, ke Zaman Nuklear hingga ke Zaman Internet hari ini – yang menjadi asas ekonomi masih lagi tiga perkara ini.

Semua harta kekayaan – dalam apa sahaja bentuk - yang dimiliki oleh sesiapa pun tidak dapat tidak berpunca daripada tiga asas ini.

Pak Tani ke sawah, dia membanting tulang, menghabiskan masa dan tenaga untuk menghasilkan padi dan beras. Dia menggunakan akal fikiran untuk mencari masa dan ketika yang baik untuk menyemai, mengubah, merumput dan menuai padi.

Pak Cik Felda bertungkus-lumus menanam sawit, membaja pokok, memotong buah dan mengumpul buah. Pak Cik Felda juga menggunakan akal fikiran tentang cara terbaik untuk membaja, memangkas pokok dan memilih buah.

Tiga pekara ini tidak akan lari sebagai asas ekonomi – masa, tenaga dan fikiran.

Jika sesiapa yang telah membaca buku The Godfather tulisan Mario Puzo akan bertemu dengan ayat "di belakang semua kekayaan ialah jenayah". Kata-kata ini ada unsur-unsur kebenaran.

Semua manusia yang kaya-raya di dunia mendapat harta kekayaan hasil daripada merompak – tenaga, masa dan fikiran orang lain.

Taukeh atau tok peraih yang membeli padi dari Pak Tani akan membelinya dengan harga yang murah. Ertinya tok peraih membeli dengan harga yang tidak setimpal dengan nilai masa, tenaga dan fikiran Pak Tani.

Tok peraih akan menjual padi ini sekali lagi dengan harga yang tinggi – ini dipanggil untung. Untung ini sebenarnya nilai lebihan hasil daripada tenaga, masa dan buah fikiran Pak Tani yang menanam padi.

Padi yang telah menjadi beras ini akan bertukar tangan sehingga sampai kepada pengguna. Dalam perjalanan dari sawah ke meja makan - orang-orang tengah ini menokoh tambah nilai harga tenaga asal titik peluh Pak Tani.

Si pengilang, pembungkus, si pengangkut, si pengiklan dan si Peruncit – semua ini orang tengah yang hidup kaya-raya di atas titik peluh Pak Tani.

Orang-orang tengah ini berlegar-legar memusing-musing perniagaan untuk mendapat keuntungan maksimum. Justeru, pengilang beras jadi kaya, pengedar beras jadi kaya atau pembekal beras jadi kaya.

Jangan terperanjat ada di antara peniaga beras – di bursa saham Wall Street New York atau City of London - tidak pernah melihat sawah dan padi tetapi mereka kaya-raya berniaga padi dan beras.

Yang terus miskin, Pak Tani. Inilah satu contoh dalam sistem ekonomi kapitalis apabila harta kekayaan boleh dibuat dengan menggunakan tenaga, masa dan fikiran orang lain.

Mekanisme yang dikatakan menilai harga padi dari Pak Tani digelar "pasaran" atau market - sebenarnya satu pembohongan.

Pasaran ini dikawal oleh tuan-tuan pemodal sendiri. Tok peraih, si pengedar, si pembekal – semuanya memiliki persatuan yang menjaga kepentingan mereka.

Dengan modal besar yang terkumpul mereka mengawal harga untuk memastikan mereka terus mendapat keuntungan maksimum. Mereka memastikan harga padi atau apa sahaja yang mereka beli akan terus murah dan manakala harga beras atau apa sahaja yang mereka jual untuk pengguna akan terus mahal.

Pak Tani telah dipisahkan dari orang yang ingin membeli beras. Ruang pisah ini telah dimasuki oleh orang tengah atau lintah darat yang kerjanya hanya mengaut untung. Untuk mengindah muka hodoh si lintah darat ini mereka memanggil diri mereka dengan gelar-gelar yang baik: Ahli perniagaan, usahawan, pemaju, pengimport, pengeksport atau pengedar.

Hakikatnya mereka hidup di atas usaha orang lain.

Kita juga selalu melihat, membaca atau mendengar ada sang kontraktor atau sang pemaju menjadi kaya-raya. Bukan pula bermakna si pemaju ini hebat, bijak atau dia berjemur dalam panas terik mentari membanting tulang.

Apa yang lakukan oleh si pemaju ialah mencari tenaga kerja buruh termurah. Kerana itu di Malaysia kita mengimport buruh dari luar negara untuk membayar upah tenaga kerja dengan murah.

Kita panggil ini gaji. Gaji ialah pertukaran masa, tenaga dan fikrah si buruh yang membuat kerja. Jumlah duit yang dibayar untuk pertukaran ini akan dinilai oleh si pemaju. Si pemaju sama seperti tok peraih akan menilai masa, tenaga dan fikrah buruh ini dengan nilai yang terendah.

Gaji yang murah akan menjanjikan keuntungan yang lebat untuk si pemaju. Justeru si pemaju binaan tidak akan mengambil buruh dari New Zealand atau Sweden – tidak mungkin. Mereka mengambil dari Indonesia, Burma dan Nepal.

Harus kita sedari bahawa seorang buruh Sweden keupayaan kerjanya sama dengan buruh dari Nepal atau Indonesia. Tetapi ada perbezaan bayaran. Perbezaan bayaran ini untuk memastikan si pemaju mendapat keuntungan yang maksimum. Rumah atau bangunan yang didirikan oleh tenaga buruh dari Indonesia atau Nepal dapat dijual dengan keuntungan lebih banyak.

Keuntungan berlaku kerana tukaran tenaga, masa dan fikrah itu tidak setimpal dengan nilai tenaga pemburuhan itu.

Justeru terbukti si kontraktor dan pemaju jadi kaya-raya bukan kerana mereka hebat tetapi kerana mereka hidup mengumpul titik peluk dan tenaga beratus-ratus kaum buruh yang kemudiannya dijadikan keuntungan dan modal. Lagi ramai tenaga buruh yang digunakan lagi besar modal yang dapat dikumpulkan.

Jika kita telah memahami asas dari mana punca modal dan keuntungan datang, maka amat senang untuk kita memahami kenapa pula negara-negara Dunia Ketiga – Asia, Afrika dan Latin Amerika terus miskin dan susah.

Dari sini kita juga akan faham kenapa Eropah, Jepun, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia terus menjadi kaya dan dapat mengumpulkan modal untuk warga mereka hidup lumayan.

Dalam konteks ekonomi kapitalis global, semua negara Dunia Ketiga tarafnya samalah seperti Pak Tani dan Buruh Imigran. Malaysia, Singapura dan China ini adalah buruh-buruh imigran. Thailand, Cina, Indonesia, Vietnam adalah Pak Tani yang mengeluarkan makanan.

Hasil dari sistem ini, warga di Asia, Afrika dan Latin Amerika terus hidup dalam kemiskinan. Tenaga, masa dan fikrah warga di negara-negara ini dinilai dengan rendah, justeru upah untuk masa, tenaga dan fikrah mereka amat sedikit.

Dalam sistem kapitalis ini, yang mendapat kekayaan adalah kaum pemodal antarabangsa yang berpusat di New York, Paris dan London. Kaum pemodal antarabangsa ini mengajukan kepada kita semua agar menggunakan sistem ekonomi kapitalis yang telah mereka cipta.

Warga Asia, Afrika dan Latin Amerika ditaburkan dengan pelbagai tipu helah dan paksaan agar menerima sistem ekonomi kapitalis tanpa apa-apa pilihan. Kaum pemodal Anglo-Amerika mengatakan bahawa tidak ada sistem ekonomi yang lain melainkan sistem kapitalis. Kenyataan ini bohong.

Jadi dalam konteks ekonomi kapitalis global, kita di Malaysia dilihat sebagai buruh imigran oleh kaum pemodal Anglo-Amerika. Justeru, buruh imigran tidak memiliki banyak hak. Buruh imigran ini selalu ditakut-takutkan dengan pelbagai undang-undang dan akta.

Mereka tidak ada kesatuan yang ampuh untuk memperjuangkan hak mereka.

Buruh imigran ini tidak mungkin akan dapat mengubah dan memperbaiki hidup dalam sistem yang ditaja oleh tuan empunya modal atau kilang. Sebagai buruh kilang, kita akan terus mendapat gaji yang rendah.

Kita tidak akan memiliki kualiti kehidupan yang lumayan untuk kita memperluaskan keupayaan diri sebagai insan untuk membuat kebaikan. Malah kita juga dilarang untuk berilmu dan berfikiran bebas.

Seperti Pak Tani di Kuala Muda Kedah yang hidup mereka akan berterusan dalam kemiskinan kerana tok peraih beras dan tuan punya kilang beras tidak akan membenarkan Pak Tani ini faham akan susur-galur perjalanan sekampit padi itu.

Pemodal-pemodal antarabangsa di bursa saham Wall Street dan City of London tidak akan membenarkan Pak Tani dan Buruh Kilang mengubah cara urus niaga ini. Mereka menyediakan mandor-mandor yang ganas untuk memastikan sistem ekonomi ini berterusan.

Di Malaysia, mandor yang telah dipilih oleh kuasa pemodal Anglo-Amerika semenjak tahun 1957 ialah gerombolan United Malays National Organisation.

Mana mungkin tok peraih, sang pemaju dan para mandor ini mahu berubah sistem kerana sistem kapitalis ini telah memberi mereka keuntungan maksimum dan modal yang melimpah tanpa mereka membanting tulang bekerja.

bebas merdeka

aku bebas..
aku merdeka...

hahaha...

aku merdeka.....

Monday, May 25, 2009

Lirik Lagu MARJINAL TERMAJINALKAN (2003)

hari-hari dengar lagu..
marjinal, sosial-sosial,rebel for x n durhaka...
bosan gile!!
sampai ingt lirik 1 album..
nah amek ko, lirik marjinal..
layan sudey...

MARSINAH
Kulihat buruh perempuan berkeringat
Membasahi bumi yang gemerlap
Energi yang kau curahkan begitu besar tak kurasakan
Terhanyut dalam kesombongan terlupakan
Gemerlap cahayamu membentangi garis kehidupan
Ada darah rintih caci maki kau hadapi
Keringat dan ketegaranmu mengalir deras tak ternilai
Hanya tetes darah dan air mata yang kau terima
Ooo..Marsinah, kau termarjinalkan
Ooo..Marsinah, matimu tak sia-sia

CINTA PEMBODOHAN
Dunia punya cerita, cerita tentang cinta
Mati karena cinta, stress karena cinta
Sedikit dikit cinta, buat film tentang cinta
Mengarang lagu cinta, cinta cinta cinta ta
Cinta pembodohan, karena cinta membuat manusia tak karuan
Cinta pembodohan, karena cinta itu berlebihan.... Cinta itu rancu
Cinta adalah alat untuk gapai keinginan
Mau ML atau mau jadi presiden
Mau kaya ngomong cinta, mau manis ngomong cinta
Membunuh karena cinta cinta cinta cinta ta

MAHAKEBO
Cobalah lihat ada seekor kerbau
Yang ditarik, dicucuk hidungnya
Dia hanya menurut saja
Cobalah lihat ada yang wisuda
Yang disahkan menjadi seorang sarjana
Tuk mendapatkan formalitas saja
Tolong kau jelaskan, beri penjelasan
Kau tak boleh begini, kau tak boleh begitu
Kau harus begini, kau harus begitu

GODAM RAKYAT
Kita bersatu untuk satu tujuan
Kita bersatu rebut kedaulatan
Kita bersatu lawan sistem penindasan
Kita bersatu yakin rakyat akan menang
Godam rakyat ! Perlemen jalanan !
Banyak sekali rakyat yang jadi korban
Hanya dijadikan sapi2x perahan
Tanpa mengenal rasa belas kasihan
Dijadikan alat mesin pengumpul uang

BELAJAR SAMA-SAMA
Belajar sama2x, bertanya sama2x
Kerja sama2x
Semua orang itu guru
Alam raya sekolahku
Sejahteralah bangsaku

BERGERAK
Bergerak bersama rakyat tertindas
Bergerak bersama
Membangun tatanan masyarakat yang adil
Sejahtera bersama
Menunaikan tugas suci yang mulia
Untuk kita semua
Rakyat menang semua pasti senang
Bila penindasan tlah dihancurkan
Buruh senang petani juga senang
Mahasiswa dan kaum miskin kota

POLITIK KEKUASAAN
Buruh ditindas
Rakyat ditindas
Petani ditindas
Uang, Uang, Uang, Uang
Politik mencari uang
Politik tuk kekuasaan

MANUSIA BERSENJATA
Aku lihat disini menyaksikan tirani
Yang selalu mengekang rakyat disini
Coba lihat dikota, dipabrik dan didesa
Banyak orang yang menderita
Semuanya tlah dikuasai penguasa
Dengan manusia bersenjata
Sompret sistem negara Amerika !

MAYDAY
Satu bumi tanpa mengenal batas
Bergerak bersama
Menghancurkan segala penghisapan
Sejahtera bersama
Bergerak bersama, bergerak skala dunia
Derap langkah kaum2x pekerja
Menolak ditindas
Semangat membara serasa bersama
Gegap gempita
M A Y mayday !

ANARKI BUKAN BARBAR
Sering kita mendengar
Anarkisme adalah suatu yang menakutkan
Sebuah ancaman, bayangan ketakutan
Sering kita mendengar
Anarkisme adalah suatu kerusuhan
Gerakan tak terorgan, biang kekerasan
Anarki bukan barbar
Anarki bukan vandal
Anarki adalah persamaan hak
Anarki adalah tanpa paksaan
Penyamarataan hak, sejahtera bersama

NATAL BERDARAH
Natal berdarah 25 desember diakhir tahun 2000
Pemboman rumah2x ibadah, bermotifkan adu domba
Segala cara coba dia halalkan rakyat jadi korban
Pemboman mengadu domba, sudah biasa
Perang sara rekayasa, rekayasa para penguasa
Natal berdarah 25 desember diakhir tahu 2000
Banyak rakyat kecil yang jadi korban, inilah kebiadaban
Metode lama slalu dia gunakan, menutupi persoalan
Black propaganda, doktrinisasi, rakyat terilusi
Kami rakyat menolak jadi korban
Kami rakyat menolak jadi domba

HUKUM RIMBA
Hukum adalah lembah hitam tak mencerminkan keadilan
Pengacara juri hakim jaksa masih ternilai dengan angka
Uang !
Hukum telah dikuasai oleh orang2x ber-uang
Hukum adalah permainan tuk menjaga kekuasaan
Maling (penjenayah) 2x kecil dihakimi
Maling (penjenayah) 2x besar dilindungi
Hukum adalah komoditas barangnya para tesangka
Ada uang kau kan dimenangkan tak ada uang kau say good bye
Beybe !
Dimanakah adanya keadilan bila masih memandang golongan
Yang kuat selalu berkuasa yang lemah pasti merana

SAMPIT
Darah2x berceceran, bangkai2x hitam berserakan
Kobaran api tangisan jiwa melengkapi jeritan disampit
Cobalah lihat disana, Mati !
Pembantaian ! Penjagalan ! Pembakaran !
Tetesan air mata tak henti membanjiri tanah disampit
Gemuruh genta kematian menghantui tideur mereka
Hentikan pembodohan yang menciptakan banyak korban
Hentikan kekerasan yang telah membunuh saudara2x kita
Diadu domba, jadi alat, tuk penguasa

LAWAN DIKTATOR
Sadarkah wahai kau pemuda, bahwa jiwa kita terpenjara
Dibawah khaki penguasa, yang selalu menindas kita semua
Pengangguran, kriminalitas dan kesenjangan sosial
Pengekangan, pembantaian lahir dari penguasa
Lawan diktator ! Lawan penghisap !
Lawan pemeras ! Lawan perampas ! Lawan !
Bangkitlah wahai kau pemuda, jangan lagi dibodohi penguasa
Kobarkan semangat perlawanan demi semua cita2x mulia
Pembebasan rakyat tertindas dari belenggu penguasa
Rapatkan barisan, kepalkan tangan, yakinkan satu tujuan

peace gig

Sunday, May 24, 2009

mujur x gila...

smlm aku x dpt on9 sbb internet rumah aku jem...
sbb pagi smlm kene smbar petir kot...
nk luruh jntung aku mase kilat tu...
rase btol2 kilat tu smbar kt sebelah aku...

sbb internet cde aku hampir nk gila...
internet tu nyawa aku...
tp ok gak, blh aku studi..
tp yg membuatkan aku nk gila sbb, ape yg aku studi x masuk..

waaa....
kecake gile...
dh la pointer sem lpas drop..
kali ni kalu drop gak, alamtnye pointer last aku bwah pointer 3 r...
arap2 x jadi mcm tu r...
----------------------------------------------------------------------------------------------------

skrang aku dalam delemma nk gila...
sabtu ni ade gig...
aku nk pergi, tp aku nk pergi penarik jugak...
tp sen x bnyk..
aduyai...
pastu ade krisis sket...
ssah btol nk wat keputusan...
kalu pergi cerating...
arap2 blh wat duit sket...

Friday, May 22, 2009

mandi sungai...

huhu..
aku baru blk dr sungai blakang umah sewe aku..
aku dapat blaja mende baru ari ni.
dlu aku trun dlm air, pastu brenang...
skrang dh blaja terjun dr pokok..
best woooo....
bangge siak dpt terjun..
hahahah...
kt 2 jam aku mndi...
sampai putih kulit aku..

swimming is punkrock!!!

running berlari...

hari semakin cepat,
5,6 jam, tu dah biase, macam 5,6 minit je
dlm mase yang singkat ni jugak la membuatkan aku ingin lari dari realiti,
realiti yang menyeramkan,
menyakitkan,
penuh dengan pembohongan
REALITI adalah 1 KEKEJAMAN!!!!

test..test...

huhuhu...
dari dulu aku nak buat blog, tapi time tu ramai sangat nak buat jugak. jadi terbantut la plan aku nak buat blog.
aku ni pelik sikit. x suke buat ape yang ramai org buat...
hahhaha.. koya laaaa....
skrang aku dh buat blog..
satu revolusi dalam diri aku..
tepuk tangan untuk aku....
wei, tepuk r...
huhuhu....

entri yang akan aku sumbat dalam blog ni adalah tentang kehidupan aku, tentang komputer, entri blog orang lain, dan gambar/video...

BTW, thanx menyerabutkan diri anda dalam blog aku ni...
huhuhuh...