Sunday, May 2, 2010

may day - hari kegembiraan dan kesedihan ...

aku rasa, belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut hari pekerja. tidak kira yang berkerja mahupun tidak. semoga diri anda tidak ditindas.

kenapa menyambut hari pekerja? ini kerana untuk memperingati sejarah para buruh yang memperjuangkan hak-hak pekerja kerana mereka dahulu kala ditindas. pada zaman dahulu kala, para buruh bekerja lebih 10 jam satu hari. sehingga ada yang tidak kenal anak kerana masa harian mereka hilang ditempat kerja. gaji juga amat kurang, tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan. kerana ingin mendapat hak mereka, mereka mogok beramai-ramai sehingga ada yang terkorban. ada yang ditangkap dan dipenjara. tetapi mereka tidak mengalah. walaupun pihak kapitalis cuba bertindakbalas dengan zalimnya, keadilan tetap muncul. pada 1 mei 1886, dirasmikan pada 1 mei adalah hari pekerja bagi memperingati jasa-jasa pejuang pekerja dahulu. jadi ingat, jangan biarkan diri anda ditindas lagi oleh para kapitalis-kapitalis bangsat.

pada 1 mei juga adalah tarikh sedih bagi kami sekeluarga, terutama dari keluarga wan ismail. pemergian ibu saudara kami, wan fatimah atau teh, amat kami rasai. sudah 2 tahun beliau meninggalkan dunia yang fana ini. dengan itu, marilah kita sama-sama menghadiahkan al-fatihah kepada beliau agar ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. amin...