Saturday, December 31, 2011

catatan terakhir...

aku bukan nak ke mane pun. Bukan dah nak mati ( insyaallah semoga umur aku masih panjang. amin). Tapi ni catatan last untuk tahun 2011. Dalam bln terakhir ini, baru hari ini aku menulis. Banyak benda aku nak menulis sebenarnya pada hari-hari yang lepas. Tapi macam biase la, malas menguasai diri.

dalam bulan ini agak sibuk dengan pelbagai aktiviti, daripada aktiviti tak berfaedah, sampailah ke aktiviti berfaedah. Untuk hari ini, aku nak berbicara tentang acara yang akan berlaku (insyaalah) didataran merdeka pada mlm ini.

Flasmob V for merdeka oleh kumpulan anak muda. Aku ada kawan yang join grup ini. Jadi aku tahu la sedikit demi sedikit pasal acara ini. Aku sangat teruja kerana aku suka sangat dengan V ni dan ceritanya serta pandangan yang disampaikan. Malangnya, beberapa manusia yang aku tak tahu tapi buat-buat tahu, menuduh dengan pelbagai fitnah yang menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Salah satunya adalah grup ini ditaja oleh DAP. Sedangkan, acara ini disumbang oleh ahli #Occupy Dataran. Tuduhan melulu itu sangat mengecewakan kerana maklumat yang diberikan itu akan membawa keburukkan kepada grup yang bukan pencacai mana-mana politik. Tapi apa nak buat, pemikiran tipikal mereka mengatakan grup ini adalah grup pencacai PR. Hhahahaha, sangat melucukan. Sedangkan, Fahmi sendiri anti terhadap mana-mana parti politik sekarang. Dia juga non-government individual( bagi pendapat aku la). So, bagaimana dorang boleh kata yang Fahmi ini pencacai PR atau Anwar? Macam V cakap la, artis menipu untuk memberitahu kebenaran, manakala ahli politik menggunakan untuk menyorok kebenaran.

Aku tak tahu memang mereka berfikiran lembab macam itu, atau dibayar untuk menulis seperti itu. Lagi kelakar bila obefiend keluarkan video yang dibuat oleh grup itu diblognya, seriusblog.blogspot. Ada yang menuduh obefiend yang rakam dambar sendiri, ada yang komen dengan perasaan benci yang sangat tak logik akal, tak lupa juga komen yang bersifat perkauman. Aik, cakap sokong 1 Malaysia. Kah kah kah, lawak maharaja lawak betul dorang ni. Mereka tuduh orang ini, orang itu pencacai, tapi mereka tidak sedr yang mereka sendiri itu pencacai.

Dah la aku mengukutuk orang kat sini. Mak aku marah kutuk orang lebih-lebih. Takut masuk ISA katanya. Macam la yang masuk ISA tu dia. Hahahha. Tapi takpe la, mak aku jugak kan? Kene la hormat die.

Ada orang pos kt facebook pasal azam. Ya, aku berjaya melaksanakan azam aku pada tahun 2007, iaitu berhenti merokok. Esok hari, boleh aku klaim aku dah berhenti selama 1 tahun. Hahahaha, korang boleh? Ape, aku poyo? Ada aku kesah? Hahahahahahaha. Pergi mampos la korang. BTW, terima kasih kepada Tuhan yang telah mengizinkan aku untuk berhenti merokok.

Sejak aku berhenti merokok ni, kehidupan aku best sikit la. Boleh ebrmewah-mewah. Ada la kasut, baju, seluar yang dulu tak mampu aku miliki, sekarang aku boleh miliki. Dengan duit terkumpul tanpa membeli rokok, insyaalah aku akan ke Jakarta tahun depan.

Sejak aku berhenti merokok ni juga, baru aku tahu ape perasaan orang yang tidak merokok. Asap rokok sangat tak best untuk orang bukan perokok macam aku kini. Kepada kawan-kawan dan sesiapa yang marah bila aku hisap rokok berdekatan kamu, tolong maafkan aku ye. Aku akui itu memang salah aku.

Cuma azam aku nak berpacaran belom lagi termakbul. Mungkin ada hikmahnya kot. Harap-harap tapat yang dah kerja, boleh kawen terus. Jauh dari maksiat. Huhuhuhu. Okey la, aku berhenti kat sini je la bebelan aku untuk malam terakhir 2011 (Malam terakhir tahun Hijrah taknak pulak buat macam ni). Jam pun dan pukul 8.30. Nak bersiap-siap ke dataran merdeka untuk mengikuti flash mob malam ini. Bye...

Tuesday, November 22, 2011

harimau. garuda.nasionalism...

Semalam, aku bersama beberapa teman sempat menjadi antara manusia yang berada di Dataran Merdeka semalam untuk menyaksikan perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia dalam perlawanan bola sepak suka SEA.

Hampir penuh juga Dataran Merdeka dengan rakyat jelata. Mungkin kerana mutu permaianan pemain Malaysia sudah baik. Menurut Zul, teman gial bola aku, perlawanan sukan SEA tahun 2009 tak semeriah semalam. Dan aku memang akui yang mutu bola sepak negara makin meningkat.

Aku bukanlah sorang yang fanatik dengan bola. Tak kira la liga mana. Aku hanya tengok bola bila ada kelapangan dan keinginan. Dan semalam, yang membuatkan aku sampai di dataran adalah kerana kelapangan, keinginan dan juga semangat untuk menyokong kenaikkan mutu permainan pemain negara.

Perlawanan semalam bagi aku adalah sengit. Kedua-dua pihak sangat hebat. Malaysia ada kehebatan tersendiri dan Indonesia ada kehebatan tersendiri. Dan aku respek bila kedua-dua pihak tidak bermain dengan semangat nasionalism yang menebal. Bila dikasari, mereka saling bantu membantu dan bermaaf-maafan. Itulah yang terbaik. Apa yang aku nampak, hanya 2 susuk tubuh yang paling memainkan peranan itu adalah Baddrol dan Bonai. Dan kemengan Malaysia semalam adalah nasib. Ya, sepakan penalti itu adalah nasib.

Tapi aku rasa agak ralat sedikit kerana terpaksa menyanyikan lagu negara yang diciplak dari lagu orang lain. Kalau lagu tu lagu original, aku dah nyanyi kuat-kuat. Tanpa rasa malu dan segan. Oleh kerana sudah lama aku cari jersi Malaysia tak dapat sebab tiada saiz, semala aku beli kain yang tertera nama Malaysia. Aku tak tahu apa nama bende tu. Aku panggil kain rentang je, hahahaha. Tapi, aku akan pastikan suatu hari nanti aku akan dapatkan juga.

Seperti biasa, bila lagu Negaraku dimainkan, mereka tidak hormat. Ala biasa la, bila time lagu negara mereka berkumandang, kamu juga tidak menghormati. Jadi macam mana orang nak menghormati lagu negara kita? Tak payah ikot orang, ikot diri sendiri. Apa-apa pun, aku berharap sukan bola kita terus maju tanpa ganguan oleh mana-mana pihak. Lebih-lebih lagi dari pihak politik....

Sunday, October 30, 2011

bercerai...

Ini bukan entri pasal artis mane yang bercerai-berai. Tapi ini cerita tentang ketidak sejiwa didalam jiwa rakyat Malaysia. Aku mahu berkongsi cerita dan pendapat tentang perlawanan bola semalam antara Terengganu dengan Negeri Sembilan.

Cerita bermula apabila FAM menaiikan harga tiket dengan harga yang sangat tinggi. Tersebarlah 1 Malaysia ada yang mahu memboikot perlawan ini. Ya, ada yang boikot, tapi ramai yang tidak boikot. Aku tak tahu kenapa. Mungkin rm50 itu murah, atau mereka rasa subsidi itu tidak ada masalahnya.

Aku tidak mahu mengulang lagi pasal subsidi ni. Mahu ketahui dengan lanjut boleh cari artikel sebelum artikel ini. Dengar cerita penuh juga stadium malam semalam. Dan ramai juga yang boikot diluar. Mereka berdemonstrasi. Aku salute mereka yang bersama dengan kumpulan demostran diluar stadium itu. Mereka sangat hebat dengan semangat dan gants yang mereka cipta. Tapi malangnya, hanay segelintir penyokong Terengganu yang join kumpulan itu(ini mengikut dalam video yang ada di youtube yang mana, ia menunjukkan pnyokong berbaju kuning lebih banyak dari penyokong baju putih).

Ramai juga rakan-rakan aku dari Terengganu datang. Siap tanya aku pergi ke tak. Yang aku bengang, orang yang seakiran dengan pemikiran aku juga turut pergi. Aku tidak sempat untuk bertanya kenapa. Tapi aku dapat baca jawapan die. Salah satunya adalah sebab semangat untuk pasukan Terengganu. Ye la, Terengganu dudah 1 dekad tidak menjuarai piala Malaysia. Paling tinggi pun dapat nombor 2. Mungkin sebab itu mereka tidak endahkan dengan pemboikotan perlawan itu.

Pada mulainya, perlawanan ini ingin diboikot oleh kedua-dua belah pihak. Tapi malangnya apabila berita subsidi keluar, masing-masing sudah goyah. Lebih-Lebih lagi penyokong Terengganu. Dengar cerita, semalam penyokong Terengganu lebih ramai dari penyokong Negeri Sembilan. Apa yang berlaku, aku tidak pasti kenapa.

Tapi apa-apa alasan yang mereka beri, aku tidak dapat terima. Sebab semata-mata bola mereka boleh mengkayakan kepada sikeparat. Itu adalah tindakan yang bodoh. Dengan ini aku isytiharkan yang FAM menang dalam perlawanan ini.

Yang lagi menarik, website FAM digodam sebanyak 2 kali oleh peminat bola sepak dari Negeri Sembilan. Ekau memang hebat!!. Aku rasa nak tukar kerakyatan negeri la. Nak jadi orang Nogori. Bukan sebab Terengganu kalah, tapi sebab orang Terengganu tidak bersatu hati untuk memboikot perlawanan ini.

Wednesday, October 26, 2011

satu lagi alat pencekik harta rakyat...

Semua orang riuh pasal harga tiket perlawanan antara Terengganu dengan Negeri Sembilan sabtu ini. Mahal tak tentu arah. Tak silap aku, tahun sebelum ini harga dalam rm20/rm30. Kalau tak silap la. Aku juga manusia biasa yang mempunyai kapasiti memori ingatan yang sedikit dah lemah.

Sebab hal ini juga beberapa Facebook telah muncul bagi menentang tindakan celaka FAM, salah satu yang ini. Sebelum itu, aku terus terang yang aku bukannya die-hard-fan bola. Tapi minat-minat yang biasa. Dan menonton perlawanan bola adalah antara hobi aku jika berpeluang.

Setelah ribut pasal orang ramai memboikot perlawanan itu, kerajaan Terengganu kononnya cuba memcari inisiatif sendiri dengan ingin memberi subsidi keatas setiap tiket dengan 50% diskaun. Kalau yang kurang cerdik pasti melompat gembira. Tapi bagi orang bijak, tidak. Dan, dalam pemerhatian aku di dalam facebook seperti aku linkkan diatas, ramai yang berfikiran waras dan cerdik. Dan aku bangga kerana rakyat sudah berfikiran kritis dan waras.

Ok, aku cuba memceritakan tentang subsidi ini. Subsidi adalah duit kerajaan yang mana kerajaan dapat dengan pelbagai cara. Dan salah satu caranya adalah dengan tax. Atau dalam bahasa melayunya, cukai. cukai rumah, cukai tanah, cukai motor, cukai kereta, cukai jalan, cukai pintu, cukai barang, cukai top up dan bermacam cukai. Nak aku senaraikan semua, esok pun tak habis. Jadi siapa yang bayar cukai ni? Ya, sepuluh markah untuk anda, rakyatlah yang membayar cukai tersebut. Tapi kenapa sewenang-wenangnya kerajaan Terengganu nak bagi duit rakyat kepada FAM? Dengan memberi subsidi kepada tiket jualan adalah sama dengan kita beli tiket perlawanan tersebut dengan harga rm50. Cuma mungkin kita tidak terasa kerana kita hanya nampak nilai rm25 itu sahaja, padahal rm25 lagi kita tidak nampak.

Ini bukan satu tindakan yang membabi buta. Bagi aku ini satu tindakan yang bijak. Memboikot FAM dan menonton perlawanan itu di stadium adalah satu tindakan yang wajar. Ini kerana, hal ini hanya menguntungkan di sebelah pihak, ia itu pihak kapital. Siapa si kapitalis itu kalau bukan FAM. Kononya ingin membaikpulihkan stadium itu. Apa bodoh sangat alasan nak tipu rakyat? Itu stadium negeri. Dan kerajaan negerilah yang bertanggung jawap keatas pembaikkan itu.

Setakat hari ini tiada lagi berita yang keluar dari FAM seperti harga tiket seperti sediakala. Korang bayangkan, perlawanan Malaysia antara Singapura hanya rm30. Dan ada manusia yang celaka menjadi ulat tiket menjual tiket dengan harga berlipa kali ganda seperti rm60, rm80 dan ada yang mencapai rm150. Aku tak tahu lah ada ke yang beli tiket rm30 dengan harga ulat rm150. tapi cuba bayangkan jika harga asal tiket rm50, berapa pula harga tiket dengan ulat tiket? Jadi lebih murah ke?

Rata-rata yang ingin melihat perlawanan ini adalah rakyat marhaen. dan adasesetengahnya adalah dari golongan kurang mampu yang pelajar, buruh, juruteknik dan sebagainya. Bukannya anak menteri, anak kerabat diraja, arkitek, doktor dan sebagainya. Kalau ada pun aku rasa 30% je golongan elit ini melihat perlawanan piala Malaysia. Itu pun aku rasa banyak 30% tu. 30% ni maksud aku adalah jumlah daripada bilangan penuh penonton yang boleh dimuatkan didalam stadium pada suatu masa.

Tindakan memboikot perlawanan ini bagi aku adalah perjuangan rakyat. Yang kental sahaja yang berani melawan, yang lemah menunduk pada sang pemerintah saja yang sanggup memberi harta kepada sikeparat. Majulah rakyat untuk sukan negara. Hampuskanlah politik dalam sukan negara. Kerana ia seolah-olah satu virus yang boleh membawa kemudaratan yang sangat berbahaya.

p/s: ini link blogger yang seangkatan dengan pemikiran aku.

Tuesday, October 25, 2011

kematian gadafi....

Berita tentang kematian bekas perdana menteri Libya tersebar dengan cepat. Sepantas angin berlalu, sepantas cayaha bergerak. Dan dia mati dengan sangat tragik. Dibunuh oleh bangsa sendiri, rakyat sendiri. Dipukul, diterajang, dan akhir sekali ditembak dikepala.

Dunia bersorak girang. Berpesta untuk menyambut kegemilangan perjuangan sudah selesai. Tapi, bagi aku tidak! kematian Gadaffi hanyalah satu wayang. Bukan aku cakap dia belum mati. Tapi kejadian kematinya adalah wayang.

Seperti kita tahu, Gadaffi adalah boneka Amerika, walaupun ada pihak cuba menafikannya seperti disini. Ada point yang boleh diambil, ada point yang ditulis tidak boleh diguna pakai. Kejahatannya sangat menjadi-jadi sejak beberapa tahun. Dia dikatakan menjadi sekular dan anti islam. Bukan itu saja, malah anti dengan rakyatnya sendiri. Rakyat merempat, tiada pekerjaan, harga barang mahal, serba serbi mahal (macam pernah dengar je cerita ni, tapi dimananya?). Tapi dalam link yang aku bagi tadi, cuba menceritakan sebaliknya. Gadaffi baik, menolong rakyat dan sebagainya.

Taidak dinafikan dia dulu adalah pemimpin yang hebat, berkaliber dan Amerika takut kepadanya. Tapi sekarang tidak lagi. Dia pula yang tunduk pada Amerika. Dia menjadi boneka Amerika secara total. Segala perintah dari Amerika dia turuti.

Tapi, betapa jahatnya dia, membunuhnya bukan satu cara yang bijak. Dan dengan cara itu tidak akan menyelesaikan solusi. Sebab Amerika semestinya akan cuba campur tangan untuk kawal Libya. Sebab Libya seperti ditanah arab yang lain, yang mana mempunyai minyak yang banyak. Mungkin dengan menangkapnya boleh membongkar rahsia yang tidak diketahui. Atau boleh membuktikan sesuatu yang sukar dibuktikan. Tapi apakan daya, nafsu manusia melebihi kepada akal fikiran. Sanjung islam itu agama yang mulia, tapi malangnya, panganutnya tidak faham dengan agama sendiri.

Seperti yang aku tulis diatas, kematiannya bukan satu perjuang. Dan secara tidak langsung perjuangan belum tamat. Kematian gadaffi ibarat menangkap pengedar dadah, tapi tokei dadah masih terlepas.

Aku percaya, suatu hari nanti, keaddan di Iraq. Tumbangnya kerajaan Saddam bukanya bermakna orang Iraq merdeka, sebab yang memduduki Iraq adalah askar Amerika, dan dengan alasan ingin membangunkan Iraq , mereka juga merampas minyak dan hak orang Iraq. Ia seolah-olah, lari dari perangkap harimau, tapi termasuk perangkap buaya. Dan revolusi yang berlaku di Libya bukannya revolusi rakyat, tapi revolusi dibuat-buat untuk menguntungkan sebelah pihak. Percayalah, semua ini terjadi kerana pihak kapitalis sudah tahu era emas mereka akan berakhir tidak lama lagi, sebab itu mereka cuba membolot harta sebanyak mungkin.

Wednesday, October 19, 2011

weh puki, kau nak main lagu atau main puki?...

Semalam aku masuk pertandingan BOTB. Tapi main secara akustik je la. Kami main lagu medley, dan diubah sehari sebelum pertandingan itu. Memang agak kelam kabut. Tapi akhirnya siap juga lagu medley itu. Semalaman kami praktis. Semester lepas kami dapat nombor 2. Dan kami janggakan kami akan dapat nombor satu. Itu jika mengikut statistik la. Tapi kalau ikot Tuhan, Dia yang tentukan segalanya.

Pertandingan itu bermula pada jam 2.30 petang di Bestari Hall. Kami grup yang ke 7 dari 8 buah band. Dalam menunggu giliran kami, kami praktis sekejap. Lepas jamm 2 kali, kami masuk balik dalam dewan untuk menyaksikan persembahan rakan-rakan. Ada yang betul-betul berbakat. Ada yang tidak.

Akhirnya sampai juga giliran kami. Tapi belum apa-apa 2nd gitaris kami dah buat hal. Die suruh aku guna gitar lain sebab dia nak guna gitar yang lain. Sebelum ini, kami dah setting baik dengan 2 gitar. 1 gitar aku, 1 lagi gitar pinjam. Tappi last minit die suruh aku tukar. Pada mula-mula aku tak nak, tapi terpaksa akur sebab nak jaga tuning gitar. Biasa la, bila guna gitar orang lain ni, jadi tak selesa sikit.Ah, lantak la, aku pun bedal je.

Tapi yang aku bengang, baru masuk lagu je, 2nd gitaris aku buat hal, silap main lead. Aku buat-buat cool je dulu. Tapi bila masuk part yang tengah-tengah, die buleh pulak lupa pulak kord. Aku dah hangin satu badan. Nak maki je depan-depan. Dan ayat yang bermain-main dalam kepala otak aku adalah macam tajuk entri ni. Puki betul, aku dah cakap praktis betul-betul. Sekarang dah bermasalah. Kalau die je yang salah kord takpe lagi. Ni sampai aku tergagap-gagap sampai ngan aku sekalai salah kord.

Aku rasa kami takkan menang. Kalau dapat nombor pun sebab krebiliti vokalis kami. Dia memang power. Lepas abis je perform, aku terus packing gitar dan terus blah. Malas aku nak layan. Dah takde mood. Pemenang akan diumukan pada jumaat ni sempena penutup minggu openday. 1 silap 2nd gitaris kami tu adalah takde preperation yang baik sebab guna gitar orang. Orang lain sibuk praktis lagu, dia sibuk cari orang nak pinjam gitar. So, moral cerita ni, praktis la baik-baik dan beli gitar sendiri kalau nak jadi profesional dalam bidan hiburan.

Monday, October 17, 2011

assalamualaikum , aku Amerul...

Sangat hebat semalam. dapat ketemu seorang artis yang sangat rendah diri. Dan aku rasa, tiada yang sehebat dia! Kejadian itu berlaku dalam jam 10 malam selepas kami dikacau oleh abang uniform biru kerana kami ber-occupy di dataran merdeka sempena solidariti occupy untuk seluruh dunia. Dan itu adalah gangguna kali ke-2 selepas gannguan itu berjaya dipatahkan kerana dengan alasan melepak untuk melihat siaran perlawanan Manchester dengan Liverpool. Tuhan maha kaya, kebetulan siaran bola muncul dalam keadaan kekalutan.

Untuk meredakan keadaan, masing-masing berpecah dengan membuat aktivit masing-masing. Aku dan Hocy melangkah kearah tebing. Tapi datang idea untuk pusing balik ke tempat tadi untuk membuat lakonan. Kami menghampiri sepasang suami isteri yang melihat gelagat polis tidak jauh dari tempat kejadian. Kami berlakon dengan bertanya apa yang berlaku. Dan ternyata mereka tidak tahu apa-apa tentang occupy.

Dah puas kami berlakon, kami gerak ke tebing untuk minum. Dalam melepak disebuah direstoran ditebing, aku ternampak kawan aku, Amin Landak, yang juga occupier di meja belakang. Aku ke meja dia untuk mengajaknya duduk bersama kami, tapi aku baru sedar yang dia bersama seorang yang istimewa. ya, pelakon yang aku sebut diatas. Aku pada mulanya tidak perasan kerananya memang kulitnya gelap, tambah lagi keadaan di meja mereka itu gelap dan dia berkepala botak. dia menghulurkan tangan dan berkata," Assalamualaikum, aku Amerul". Aku dengan biasa menjawap salamnya. Selepas itu baru aku teringat yang dia itu seorang pelakon. Agak kaku juga aku melihat pelakon, kerana aku jarang melihat pelakon. Lebih-lebih lagi bersalam.

Tapi artis ini cukup istimewa keraja cara dia sangat-sangat rendah diri. Pakaian macam orang biasa, lepak dengan orang biasa dan lepak ditempat orang biasa. Sangat unik. Pernah ke korang nampak artis lain lepak warung-warung (yang seangkatan dengan dia la)? Setakat ni aku hanya nampak dia sorang je yang lepak kat warung. Yang lain aku pernah nampak kat area BB, masjid Kampung Baru dan dataran merdeka.

Agak ralat juga aku tidak melepak bersama dia kerana aku nak juga melihat watak dia macam mana diluar layar. Tapi aku tidak mahu mengacau perbincangan mereka berdua. Aku harap suatu hari aku akan dapat melepak bersama dia juga.

Sebelum balik rumah, kami ada bercakap pasal Amerul dengan Acong(penulis skrip cerita Gadoh). Dan watak dia amat menarik dan untuk trivia korang, Amerul lebih hebat lakonannya berbanding Bob(Zahiril Adzim). Aku cuba muaturun filem kedua-dua manusia ini untuk membuat perbandingan, adakah cerita itu benar yang Amirul lebih hebat dari Bob. Sebab aku minat Bob sebab die hebat, dan kalau betul cerita itu, aku perlu juga meminati Amerul.




Amerul bersama (mungkin)peminat.

Wednesday, October 12, 2011

famous...

Sejak akhir-akhir ini, aku jadi femes plak. Ehem, ok, bukan aku, tapi band akustik aku. Sem lepas aku bersama 3 sahabat aku main untuk event openday di kampus aku. Selepas itu, kononnyabakat kitorang terserlah. Daripada itulah, kami terus mendapat perhatian.

Baru-baru ini dengan jemputan untuk main dimajlis jamuan haru raya. Dan akan datang ada 3 lagi jemputan. Jumaat ini untuk majlis anugerah dekan. Sabtu ni untuk promnite. Lepas tu untuk openday 2011. Penat jugak. Lagi-lagi bila ada kerja yang banyak. Biase la, dah nak abis sem ni, macam-macam lecturer bagi assignment dan quiz.

Dah la aku ni sibuk dengan aktiviti sosial aku. Bukan sosial itu tahu. Aktiviti sosial yang baik. Sibuk juga dengan proposal aku untuk tubuh kelab yang masih lagi belum diluluskan. Biase la. Kerenah biokrasi. Aku perlu dapatkan 6 tandatangan. Sekarang dah dapat 2. Baru 2 tandatangan untuk hampir satu semester? Ya, memang sukar untuk mendapat kelulusan. Datang kat sini kene ubah. Dah ok, baru sain. Lepas tu pergi ke next level. Sampai kat sane, kene ubah lagi. Dah siap baru boleh sign. Penat la macam ni. Aduyai.

Benci gile dengan biokrasi. Ape susah sangat nak bagi kelulusan. Fuck protocol. Menyusahkan je. Berbalik dengan cerita asal, adakah aku ini femes setelah banyak kali perform kat kampus? Jawapannya tidak. Masih lagi belum dapat nombor tefon awek hot, dan itu tandanya aku tidak femes! Perlu ke kita femes? Untuk aku tidak. Lagi femes, lagi susah nak hidup. Tapi femes sikit-sikit ok la. Untuk networking boleh la. Bukan nak tunjuk kebodohan (baca:cari publisiti).

Monday, October 10, 2011

belanjawan bajet. bajet la sangat...


Beberapa hari yang lepas, kerajaan telah bentang bajet untuk 2012. Aku tak tahu la mereka bentang atau baru cadang. Sebab segala proses belanjawan ini, orang atasan je yang menentukan. Bukan rakyat.

Pertama kali aku lihat siaran belanjawan ini semasa aku nak draw duit di lobby kampus aku. Dan aku dapat tahu yang najib nak bagi subsidi lebih untuk barang tertentu. Ada yang gembira dengan berita ini. tapi mereka tidak sedar yang berita ini adalah berita sedih. Kerana subsidi hanya menuntungkan pihak kapitalis saja.

Subsidi ini datang dari duit kerajaan. Mana kerajaan dapat duit itu? Salah satu income adalah dari cukai. Apa itu cukai? Cukai itu adalah biaya yang dibayar oleh individu kepada kerajaan atau syarikat pemodal. Ia sama saja, yang adalah untung saja.

Harga gula tanpa subsidi adalah rm1.80. Dan kerajaan bagi subsidi rm0.45 untuk menampung 'beban' rakyat. Jadi, para pemodal masih lagi jual rm1.80 bukan? Siapa yang untung? Kedua-dua? Tidak, kerana duit subsidi itu adalah duit rakyat. Cuba lihat ini. Kerajaan memberi duit subsidi untuk menampung harga gula. Dan cuba tukar perkataan subsidi kepada rakyat. Apa yang terjadi? Ternyata yang untung hanya pihak pemodal. Bukan kita. Ia sama saja seperti kita membeli gula dengan harga rm1.80.

Kali kedua aku lihat siaran ini dihospital. Masa itu najib umumkan untuk menaikkan gaji para ahli parlimen. Task cukupkah gaji selama ini? Gaji rakyat tak dinaikkan (betulkan aku jika aku salah, sebab setakat ini tiada lagi berita yang aku dengar yang kerajaan naikkan gaji rakyat, cuma bonus sahaja yang diberi). Kata rakyat didahulukan. Mana dia? Dengan subsidi? Mansuh yuran sekolah yang terlalu umum? Yuran sekolah juga satu hal. Umum mansuh, tapi terlalu umum. Adakah semua sekolah? Yuran sekolah yang mana? PIBG?Pendaftaran? Yuran buku?

Najib juga umum yang nak bagi duit buku kepada mahasiswa/siswi sebanyak rm200. Aku suka juga bila mendengarnya. Tapi untuk semua pelajar ke? Untung la pelajar yang kaya dapat juga. Jadi, apakah pendapat anda tentang belanjawan 2012? Best? Bagus? Mereka sedang memancing ikan. Tapi tidak tahu lagi mereka dapat ikan kecil atau besar. Atau tak dapat langsung. Bagi aku, belanjawa ini sedikit pun tidak membela rakyat, kerana pada asasnya, mereka membelakangkan rakyat dalam proses belanjawan ini.

sekadar gambar hiasan

Sunday, October 9, 2011

pangilan dari ibu...

Tadi mak aku tepon aku. Tanya macam mane keadaan aku. Flashback. Aku tepon die 4 hari lepas sebab nak mengadu yang aku kencing tak lawas. Mende ni berlaku time on the way balik dari Penang ke KL. Aku ingat takde ape sebab bas yang aku naik tu sejuk gile babi. Biase la, aku akan rase cepat nak kencing kalau dok dalam ekon lame-lame.

Tapi bila dah 3 hari kat KL, masih lagi kencing tak lawas. Asal sket nak kencing. So aku buat la 2 keputusan. Yang pertama untuk jumpa doktor dan kedua, aku kansel untuk aku join jadi krew rocket morning untuk konsert rock away. Ye la, kang tengah bertugas tibe-tibe nak kencing. Tak ke naya. 1 lagi ada invitation dari rumah kolektif yang baru tubuh di Shah Alam. So, aku decide nak kesana.

Berbalik kepada cerita kencing tak lawas, aku jumpa doktor hari Jumaat. Doktor cakap penyakit aku ni mungkin sebab kencing kotor. So, die bagi la 3 jenis ubat. 2 ubat pil, 1 ubat minum. Segala puji bagi Tuhan, aku dah ok dah. Mungkin aku kurang minum air kot lately?

Dalam masa berbual tu, sempat mak aku cerita kat aku cerita lucu. Pasal anak sedara aku, Qutoibah. Dia ikot ayah dia ke Sabasun. Dalam kedai tu, tiba-tiba dia nampak seorang untie (orang cina) sedang cari sabun sambil duduk mencangkung. Die pun terus cakap, "Kesian die berak kat situ". Aku pecah perut bila dengar mak aku cerita tadi. Macam-macam budak sekarang. Cepat betul berfikir.

Monday, October 3, 2011

muzik, politik dan najwa latif...

"Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku.."

Korang tahu kat atas ni ape? Inilah sebahagian lirik lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif. Aku dah tahu lagu ini muncul didalam radio-radio dan di internet. Dan selama ini aku dengar sambil lalu je, tapi baru tadi aku tergerak nak dengar lagu ini secara betul-betul.

Aku tak tahu ape setan yang merasuk aku untuk cari lagu ini. Jarang aku dengar lagu macam ni. Macam lagu Kak Fynn tu, lepas jumpa Kak fynn baru aku dengar lagu tu betul-betul. Mungkin cerita menarik yang berlaku di Penang selepas Najwa perform itu membuat aku dengar lagu die dan aku menulis sekarang.

Selepas die perform, aku sempat la jugak bergambar dengan die bersama-sama krew frinjan. Lepas itu die terus balik. Dalam perjalanan ke kenderaan die, die diajak oleh pan die untuk bergambar, dan mase inilah berlaku suatu kejadian itu berlaku. Time die sibuk melayani fan-fan die, ade saekor mamat ni bertanya kakak Najwa yang adakah Najwa ni penyokong PKR. Brader yang follow Najwa ni (maybe manager kot, tak pun laki kakak die) terus la tanya kenapa tanya macam tu. Mamat tu terus cakap sebab event tu adalah event kerajaan negeri. Kakak Najwa terus sampuk yang Najwa ni budak-budak, tak tahu ape-ape. Just main je.

Inilah pemikiran orang kita. Apa salah kalau main dekat event PKR? Dorang bayar kot. Aku kalau orang umno ajak main kt event dorang dan berbayar, aku pergi jugak!. Tapi nak buat macam mana, kalau dah tepu tu, tak boleh buat ape-ape. Kesian jugak Kat Najwa ni. Mane tahu rezeki die tertutup sebab main di event PKR, macam kes Wahida hari tu. Salah ke artis nak sokong pembangkang? Cakap demokrasi, demokrasi kepala butuh pak hang!

Kepada Najwa Latif, harap-harap anda dapat harungi gelombang politik Malaysia yang sucks ni. Lepas ni jangan la segan pulak nak main kt Frinjan taw. Chalo bettey....

Friday, September 30, 2011

melayu dan agama...

Agama bukan untuk diikut, tapi difahami. Tapi ini tidak berlaku pada manusia yang mengaku muslim, terutamanya di negara Malaysia. Agama dijadikan satu bentuk escapism atau dengan kata lain satu alasan untuk menyelamatkan diri. Sampaikan semua benda menjadi mundur. Islam tidak mundur, tapi ummatnya yang buat agama itu nampaj mundur.

Manusia yang bernama melayu ini lebih suka mengikut apa yang orang kata tanpa dikaji selidik. Itulah melayu akhir zaman. Mundur kerana kebobrokan bangsa sendiri yang tidak sedar yang bangsa ini dimusnahkan oleh bangsa sendiri. Contohnya, bila berlaku masalah seperti nama Allah digunakan oleh orang bukan islam, mereka melenting sampai dapat kutip bintang. Padahal, masalah itu hanyalah permainan politik. Oleh kerana bodoh sombong, berlagak berilmu tapi hakikat dia sama taraf dengan para munafik ditepi jalan, mereka ikut telunjuk setan berkot kemas.

Oleh kerana malas membaca dan berfikir juga membuatkan mereka membodohkan diri sendiri dengan melaungkan kata-kata takbir untuk melawan para bukan islam untuk menggunakan kalimah Allah. Sedangkan di tanah arab, bangsa arab yang beragama kristian, yahudi dan sebagainya menyebut kalimat Allah tanpa sekatan dan prejudis kerana Allah itu bermakna Tuhan, God, Eli dan sebagainya. Allah itu bukan khas untuk orang islam sahaja. tapi kerana bodoh sombong, itulah yang terjadi.

Boleh dijelaskan lagi bahawa umat melayu ini adalah bani yang suka mengikut dengan perayaan hari raya puasa dibesarkan daripada hari raya korban. Sedangkan hari raya korban lebih besar dari hari raya puasa. Tapi apakan daya, bani melayu ini lebih islam dari islam. Maka terjadilah budaya songsang seperti itu.

Lagi menyedihkan bila ramai-ramai reshare posting di facebook dengan pelbagai kempen yang tidak munasabah. Seperti kempen anti wanita memakai tudung seperti sister kristian. Sedangkan pakaian hari lelaki juga berasaskan gaya hidup orang kristian dan yahudi, tapi kena tidak ada kempen seperti itu? Sebab bani melayu in bodoh tidak boleh diajar. Hanya mengikut dari berfikir. adakah berkasut snikers, ber-jeans, t-shirt kolar bulat itu budaya islam? Berpakaian lah bagaimana pun asalkan syariat menutup aurat itu tertunai.

Macam-macam lagi perkara yang aku rasa bodoh tapi dibangkitkan seperti tanda halal dan holy water. Tahukah kamu yang holy water itu sebenarnya adalah air yang diletak didalam bekas yang ditempatkan berhampiran pintu masuk gereja disebelah dalam? Apabila orang kristian masuk gereja, mereka akan menyentuh sedikit air itu dan buat cross didada. Ia seperti berwuduk bagi orang kristian. Holy water juga digunakan untuk baptis orang yang baru lahir atau baru masuk kristian. Tapi kerana tidak tahu tapi hanya mengikut, dikatakan holy water dapat merosakkan akidah orang islam. Kalau macam tu kenapa tidak letak dalam makanan, hijack tangki air (masuk holy water kedalam tangki) supaya bila umat islam minum air itu, semua ramai-ramai rosak akidah. Ini tidak berlaku kerana cerita holy water itu tidak benar.

Sama juga dengan mail berantai. Sedangkan mail itu dudah wujud pada tahun 90-an, tapi masih lagi ada orang spam/ post di wall facebook lalu bersama post itu ditulis tentang kejahatan musuh islam. Sedangkan musuh islam itu adalah orang islam itu sendiri. Kuman diseberang boleh nampak, gajah depan mata boleh tidak nampak.

Ya, aku dilahirkan sebagai bani melayu. Aku adalah melayu! Tapi itu bukannya lesen untuk aku tidak dapat kutuk bangsa aku sendiri. Aku kutuk bangsa aku sendiri agar bangsa aku ini terus maju kedepan dengan ilmu. Sebab bangsa aku ini maju dengan hasil kemajuan orang lain. Orang berbudi, kita hanya tahu merasa. Bangsa yang pernah gah di dunia, kini mudur semundurnya. Itulah kekuasaan Tuhan.

Thursday, September 29, 2011

punk...

Apa itu punk? Punk adalah satu subkultur yang wujud di England sekitar tahun 1960-an. Ia wujud apa bila golongan bawahan bangun melawan arus perdana yang mana mereka menganggap yang arus ini menindas mereka. Tapi itu di England. Tahukah anda yang di Malaysia juga sudah wujud golngan punk ini? Pada zaman sebelum merdeka sudah wujud di Tanah Melayu. Para perjuang rakyat dan perjuang kemerdekaan adalah punk!. Ini kerana bagi aku, mereka telah bangun melawan pihak penjajah yang telah menindas rakyat. Dari segi mental, fizikal, ekonomi dan sebagainya.

Tapi apa yang berlaku bila aku berbicara sedemikian diruang masyarakat? Mesti aku dibenci seperti mana Mat Sabu dibenci oleh penccacai UMNO-BN. Punk bukan hanya fesyen, muzik dan sikap, tapi lebih kepada filosofi kehidupan. yang mana filosofi itu adalah menentang arus yang menindas. Hang Jebat juga bagi aku seorang punk kerana die bangun memberontak kerana sahabatnya Hang Tuah telah dihukum secara zalim. Dan ternyata sultan pada ketika itu Sultan Muzafar Shah (tidak silap) adalah sultan yang zalim.

Pak sedara aku juga punk kerana membuat jamuan hari perkahwinan anaknya a.k.a sepupu aku pada hari ahad. Untuk pengetahuan kamu semuan, hari ahad di Terengganu adalah hari bekerja. Hal ini kerana bagi aku, Pak Sedara aku ini punk kerana melawan arus yang mana kebiasaannya orang akan buat jamuan pada hari cuti umum atau am. Itulah punk, yang mana tidak melakukan sesuatu yang tipikal.

Tapi ramai yang diluar sana tidak sedar akan hal ini. Mereka hanya nampak yang punk itu adalah anarchy, Sex Pistol, leather jacket, stud, boots, dadah, mabuk, mohawk, ateis dan sebagainya. Sedangkan kenapa mereka tidak berpakai seperti pekerja bawahan yang ada di Malaysia seperti selipar, kain pelekat, singlet dan topi jerami? Ini kerana adaptasi itu tidak betul. Punk dilihat seperti itu (leather jacket, boots dll) kerana di UK, itulah budaya mereka. Perjuangan melawan sistem penindasan dan kapitalis tidaklah janggal untuk disini kerana Malaysia kini menuju negara kapitalis secara total. Tapi adapatasi tidak betul kerana orang Malaysia terutamanya Melayu lebih suka mengikut dari meneraju. Ambil sesuatu secara bulat-bulat tanpa berfikir, mempersoalkan dan berdiskusi. Itulah budaya yang bagus tapi tidak ada di Malaysia. Orang Melayu lebih suka berdiam, mengikut dan menunduk. Sedangkan bangsa Melayu dahulu kala menunduk bangsa lain. Tapi kini kerana berkat kejayaan penjajah dan talibarut penjajah untuk membodohkan orang Melayu. Ternyata perancangan mereka berjaya.

Punk bukanlah seperti agama-agama yang ada dimuka bumi ini yang mana ada buku untuk di rujuk dan ada peraturan. Tapi itu bukanlah satu lesen untuk membuatkan punk itu wujud dalam keadaan yang tunggang terbalik. Maka, punk itu boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran. Tapi bagi aku, ia masih juga perlu ada batasan. Dengan itu, jika kamu melakukan sesuatu yang lari dari arus, sesuatu yang melawan arus, sesuatu yang memecahkan tembok pemisah, kamu adalah punk. Oleh yang demikian, punk boleh disama artikan dengan revolusi. Jadi, aku sudah jadi punk kerana aku merevolusikan sifat malas aku untuk menulis blog dengan menulis blog hari ini.

Saturday, September 17, 2011

pencacai tak reti buatt kerja...

ni satu lagi pencacai umno...
pasal kes anwar...
x lain x bukan papa gomo...
kah kah kah...
nak fitnah, tu fitnah la btol2...
ni edit video x reti...
kan dah kantoi...
hahahahha...

Sunday, August 28, 2011

otak rosak...

dah berapa lama blog ni sunyi.
takde ape berita.
takde ape artikel.
takde ape celotehan.
sebab aku malas menulis.
dan aku kering idea tentang sesuatu yang kritikal.
critical thinking aku lemau.
aksyik layan blog orang je.
.....................

Saturday, July 16, 2011

pako, the legend...


setiap kali aku teringatkan kau...
setiap kali aku dengar lagu kau...
setiap kali aku lihat aksi kau di pentas bersama bandmate kau..
aksi kita juga pada semester lepas...
aku tidak akan terlepas untuk mengucapkan ; celaka, kenapa kau mati?

ya, itu la zikir yang aku sedekahkan kepada kau Pako...
sungguh aku tak sangka kau pergi meniggalkan kami bergitu saja...

mana janji-janji kau?

kepada siapa nak aku lempiaskan nafsu aku untuk berdebat?
kau saja lah yang terbaik untuk aku berkata-kata, bermaki-makian atas pendapat masing-masing...

siapa lagi mahu mendendangkan lagu untuk kami ketika kami kebosanan?
kau sajalah penghibur yang kami ada...

celaka, kenapa kau mati?

ya, sekali lagi ucapan itu terucap...



semoga kau aman disana kawan....


8 Jun 1987 - 6 Julai 2011



Mohd Afif Bin Nordin
a.k.a
Pako


Thursday, July 14, 2011

buka minda...

Kepada yang membaca blog aku ini, aku seru supaya kamu janganlah hanya membaca Utusan, Berita Harian dan tengok tv3. Kerana mereka hanya membaca skrip yang sudah ditulis oleh sang pemerintah tirani. Kenapa aku katakan demikian? Sila tengok dengan minda yang terbuka. ini baru media yang telus.


a.samad said...

sekarang aku gila a. samad said...
puisi beliau berjaya membakar semangat aku...
puisi beliau berjaya memecahkan tembok kebisuan...
puisi beliau berjaya merobohkan kesombongan sang tirani...

Friday, July 1, 2011

menghitung...

Sekarang ramai orang sedang menghitung hari. Tinggal 9 hari lagi pesta BERSIH akan berlangsung. Seperti biasa, pihak penguasa dengan rakus mencabuli hak asasi manusia. Sampaikan pakai baju warna kuning kene tangkap. Mujur aku tak bogel. Bodoh ni macam ada.

Kenapa tak haramkan baju Che Guavera? Baju Osama? Padahal 2 orang ini adalah satu ikon yang sangat radikal dan kitakan jahat. Che adalah pejuang revolusi yang berideologi komunisma dan Osama dikatakan seorang agamawan yang extremis sampai menghalalkan pembunuhan. tapi bodoh ni macam-macam, inilah yang terjadi. Terlalu takut dengan kebangkitan rakyat, bende yang remeh menjaditrauma yang hebat.

Tidak kurang juga beberapa pengcacai yang membalas komen dengan pandangan yang kurang bernas. Bila dibalas, mereka tidak dapat membalas, malah ada yang membalas dengan cacian dan pointless. tak kurang juga manusia yang hanya membaca Utusan dan TV3 yang mane kita tahu ketelusan berita sangat ditahap zero. Tapi bagi manusia-manusia ini, Utusan dan TV3 adalah kitab yang patut dipatuhi tanpa berfikir dengan waras.

Yang terbaru yang aku sempat lihat adalah perihal Lynas. karam Singh Walia mengatakan kita perlu mengikut kata pakar dalam bidang itu, bukan pakar dibidang lain. Malangnya, yang mengatakan tentang kebaikkan Lynas adalah seorang budak yang baru grad. Aku tulis demikian kerana susuk tubuh mamat itu masih muda dan masih mentah. Sedangkan pakar dari Australia sendiri katakan bahan sisa yang akan dikeluarkan oleh Lynas adalah berbahaya. Sebab itulah mereka (rakyat) tidak setuju dibuat di Australia. Boleh pulak dibandingkan dengan asap rokok yang dikatakan lebih berbahaya dari bahan kumbahan dari kilang Lynas. Kalau yang lemah iman mahupun bodo letor, memang percaya 100% apa yang dikatakan oleh mamat tu.

Berita pasal BERSIH juga tak kurang hebatnya. Polis rampas dan tangkap sesiapa yang pakai baju BERSIH. Baju patriot dan orang yang pakai baju patriot tak tangkap? Eh lupa, polis anjing kerajaan je. Takkan nak tangkap orang mereka sendiri. Terlintas dimulut rakanku yang mana, kemanakah baju-baju yang dirampas itu pergi? Rumusan yang dapat diteka adalah, mungkin SB akan pakai baju tersebut, dan menjadi dalang kepada kekecohan. So, aku akan cuba usul kepada pihak BERSIH agar melarang rakyat yang ingin turun ke BERSIH untuk memakai baju BERSIH.

Pada hemat aku, BERSIH ni takkan aman. Pasti ada pertempuran. Dan aku rasa, aku sendiri akan ditangkap. Harap-harap aku tak cedera, terseksa dan seumpamanya didalam tahana polis nanti. Kepada pencacai umno dan rakyat yang tak nampak kekejaman kerajaan, sila datang ke tempat kejadian, dan jadi sebagai pemerhati. Lihat siapa yang buat kecoh. Nilai sendiri.

Monday, June 27, 2011

gelombang kuning...

Aku rasa rakyat Malaysia sudah bangkit dari tidur. Ramai teman-temanku yang dulu tidak ambil tahu tentang politik, sekarang berapi-api bercerita tentang BERSIH. Berapi-api cerita tentang keburukkan kerajaan.

Dengar cerita 4 buah kereta nak gerakkan ke BERSIH kali ni. Betul ke tidak aku tak ambil perduli. Kerana bagi aku, mereka sudah sedar tentang realiti sekarang sudah memadai. Sudah memadai jika mereka hanya benci sistem yang berjalan didalam kerajaan Malaysia ini tanpa sebarang aksi.

Anak muda sekarang sudah bangkit. Sudah pandai menilai. Bukan seperti dulu. Tekanan demi tekanan mereka sudah rasa. Perit. Minyak naik. Gula naik. Harga makanan naik. Barang-barang keperluan naik. Senang cerita semua benda sudah naik.

Pernah sekali diumumkan di dalam berita yang Petronas untung berbilion ringgit. Selepas (lebih kurang) 2 bulan kemudian, harga minyak dinaikkan dengan alasan kerajaan takde duit. Aku tidak sempat untuk mengambil keratan akhbar yang mengatakan Petronas untung berbilion itu. Jika tidak aku boleh post disini.

Kerajaan sangat takut jika rakyat bangkit. Merka takut terjadi seperti di Mesir, Tunisia dan beberapa negara lagi. Najib takut dibicara seperti Mubarak. Rosmah takut harta dibekukan. Lalu pelbagai cara mereka guna untuk mengotorkan BERSIH. Melalui akhbar yang berat sebelah, media elektronik dan lain-lain. Demo bukan budaya kita, demo akan menyebabkan huru-hara, demo menyusahkan orang ramai, demo itu demo ini. Tidak kurang juga mahasiswa tolol muncul membuat conference hentam BERSIH. Suam tuduhan suda terjawap. Tapi masih ada lagi yang percaya dengan Utusan, berita harian dan sebagainya.

Jika demo bukan budaya kita, kenapa dulu umno buat demo emnentang British? Jika demo akan menyebabkan huru hara, suruh lah polis berkawal, bukan suruh polis yang buat huru-hara. Jika demo menyusahkkan orang ramai, lain kali haramkan sekali perarakkan maulidur Rasul, Le Tour De Langkawi, Perarakkan Merdeka, Taipusam dan sebagainya.

Yang peliknya, bukan hanya BERSIH saja yang akan buat demo pada hari itu, tapi PERKASA dan Pemuda umno. Tapi kenapa hanya penyokong BERSIH saja yang ditangkap? Ibrahim Ali terang-terang mengeluarkan kata-kata bersifat rasis masih tidak lagi ditangkap. Sah kerajaan berat sebelah dan kerajaan takut dengan kebangkita rakyat Malaysia. Sudah jelas. Sudah terang. Tapi masih lagi ada yang tidak setuju dengan BERSIH.




Kalau susah nak bersihkan kekotoran dengan cara lembut, gunalah sabun dan sental dengan kuat.

Thursday, June 23, 2011

seperti malam yang sudah...

Malam ni aku masih lagi tidur lewat. Mata masih lagi tidak mahu pejamkan mata. Barang kali aku sudah menjadi kelawar malam? Kipas jenama Sanas yang dibelikan oleh ayahku tahun lalu berputar laju, walaupun butan 'speed' die menunjukkan nombor 1. Rasa sejuk menusuk kalbu.

Malam-malam seperti ini aku menghabiskan masa aku dengan bertapa didepan lap top. Bersembang dengan kawan melalui Facebook. Berselang-seli dengan membaca buku yang aku beli pada tempoh hari. Sekarang buku Petak menjadi mangsa kerakusan manusia yang bernama Kudin mentelaah sampai habis. Tapi apakan daya, perasaan ingin bermalas-malasan lagi kuat dari keinginan membaca buku. Lalu aku simpan buku rapi di hujung penjuru katil usangku.

Air masak yang berada didalam gelas pelastik yang aku ambil sebelum ini masih berbaki separuh. Lalu aku pegang erat, merapatkan gelas itu ke bibirku, lalu isi gelas itu mencurah jatuh kedalam mulut aku. Membasahi kerongkong aku, seperti membasahi perigi yang kontang di Afrika utara. Hilang dahaga. Syukur Tuhan bagi Allah.

Malam ini agak lain rasanya. Sejuknya rasa lain, penatnya rasa lain, bosannya rasa lain. Alangkah seronok jika ada seorang teman yang bisa setia dengan aku. Yang bisa telefon atau mesej dengan aku 24 jam? Biar hilang bosan aku. Biar aku leka bercinta dari aku merempit. Tapi apakan daya, jodoh masih lagi tidak menyapa aku. Mungkin Tuhan sengaja menjauhkan aku dari jodoh. Dan aku pasti, pasti ada hikmah disebaliknya.



Tuhan kirimkanlah aku..
kekasih yang baik hati...
tuk mencintai aku...
apa adanya...

Wednesday, June 22, 2011

kiasan realiti...

kamu ada sebuah tanah. berekar-ekar besarnya. kamu dan famili kamu berpindah dari kota maksiat ke kampung. hanya semata-mata mahu menghidupi kampung halaman yang terbiar.

tanah yang berekar-ekar itu kamu usahakan dengan baik. mengupah beberapa pekerja menjalankan usaha kamu. kamu menanam sayur, buah-buahan serta menternak binatan al-an'am untuk dijual.

setiap bulan kamu membiayai gaji pekerja kamu sebanyak rm800 seoran.dengan wang sebanyak rm10 ribu, kamu mengamanahkan ketua pekerja kamu untuk membeli barang keperluan.beli baja, benih, cangkul, kayu dan sebagainya. tapi mereka mensonglap beribu-ribu banyaknya duit yang diamanahkan. dan meminta lagi wang untuk membeli barang dengan alasan yang tidak menasabah, tapi kamu percaya bulat-bulat.

tiba waktu musim menuai. buah-buahan banyak dikutip. dikumpul setempat. setelah selesai mengutip buah, mereka membawakan buah-buah itu kerumah kamu dan menjualkannya kepada kamu dengan harga yang melebihi harga pasaran. dan kamu dengan bangganya membeli buah itu.

soalan cepu emas, siapa yang untung? kamu, tuan tanah atau pekerja?



nota kaki : jika masih tak faham, sila tukar perkataaan 'kamu' kepada rakyat dan perkataan 'pekerja' kepada kerajaan. selamat berfikir.

Tuesday, June 21, 2011

awek cun dalam bas

seorang awek memainkan lagu hindustan menggunakan telefon bimbitnya. lagu give me a sunsine dari movie 3 idiots. mukanya amat cute. putih melepak. cun habis. tapi sayang, layan lagu hindustan. termenung. mungkin saje2 untuk menghabiskan saki baki masa perjalan dari KL ke dungun. mungkin juga mengenang masa lampau.mungkin juga mengenangkan pakwenya. takde peluang aku nak mengurat.

aku tidak minat dengan lagu hihdustan, tapi aku paksa rela mendengarkanya.

tanpa dsangka, mamat bangla(?) yang duduk di seat depan awek tu meminta lagu yang dimainkan itu. sial ko bangla, ko nak ngorat awek aku ke? hahhaha, mamat tu betul2 nak lagu tu ok. aku je yang buruk sangka. tapi kenapa aku x terfikir nak buat mcm tu ek? mane tahu, tuah aku dapat nombor awek tu. bukan senang lelaki kurang hensem macam aku ni nak dapat aweok cun melecun. putih mepak lagi. kalau kitorang berdating, sah2 macam taik cicak. tak pun bendera pahang. mane taknye, sorang putih, sorang itam. hahahha. lawak maharaja lawak.

moral untuk aku dan semia kaum lelaki yang lonely soldier boy, alert la cara2 untuk mengorat awek.

nota laki 1: patut la ramai awek2 cun2 suka kat mat bangla sbb dorang ni pandai mengorat. ade x mat bangla yang sudi ebrkawan dengan aku? aku nk menuntut ilmu ngan korang la.

nota kaki 2: last skali aku baru tahu yang mamat tu bukan bangla, tapi indian.

Monday, June 13, 2011

Pesta Chow Kit Kita fasa 2...



Sumpah, lame gile aku tak update blog. Perasaan malas makin bertambah bile balik kampung. Hari-hari melepak je sampai lebam.

Tapi takpe, ari ni aku rase sangat rajin, so aku nk update pasal pesta chow kit kita yang berlangsung 12hb Jun yang lepas. Sebagai volunteer yang baik, awal-awal aku dah ke lokasi iaitu di KL Krash Pad. Berhampiran dengan One Cafe. Sape-sape yang kaki gig kenal la tempat tu.

Sebenarnya aku dah sampai 2 hari sebelum tu. Sempat la jugak datang tolong menyediakan preparation untuk pesta ni. Aku ditugaskan sebagai team printing t-shirt. Print baju lagi. CKK yang lepas pun dah print baju. Tapi takpe la, dah takde orang la tu kot untuk team print baju.

Pada hari kejadian itu, sangat meriah. Tapi berkurangan apabila hujan turun dalam waktu tengahari. Tapi pesta tetap berjalan dengan lancar. Bermula dengan memperkenalkan remaja yang join program CKK ni selama 3 bulan (kot) dan seterusnya menunjukkan hasil yang mereka pelajari selama program CKK ni berjalan, seperti poster, gambar, video dan hasil kajian mereka, iaitu makanan yang ada di Chow Kit.

Macam-macam ade kat Chow Kit ni. Masakkan Jawa, India, Melayu dan macam-macam lagi. Yang mereka cuba tonjolkan adalah makan yang sedap dan unik. Seperti Pecel Lele. Korang tahu ape tu? Ni makan dari Jawa. Makanan ni adalah nasi yang dimakan dengan ikan Keli yang digoreng dengan cara khas (sebab rasa rangup die lain seket) dan bersambalkan belacan serta kuah sup. Nampak macam biasekan? Tapi best.

Dorang juga cuba tonjol minuman Lassi Manggo. Haaa.... ni pun best walaupun aku tak rase lagi. Hhahaha, aku tahu best sebab ni air manggo yang di campur dengan yogurt. Kat Terengganu mane ade beb. kat Chow Kit juga ade kedai yang jual Mini Burger. Cara dan bahan nak buat burger ni same, cuma roti dan daging burger ditempah khas dari kilang yang mane roti dan daging burger ni bersaiz kecik.

Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang mereka tonjolkan, tapi aku malas la nak review satu-satu. Semuanya ada 15 makanan yang mereka cuba tonjolkan. So kalau nak rasa, sila ke kedai mereka.

Selepas pertunjukkan hasil kerja remaja program CKK, ada pertunjukkan dari artis tempatan seperti Vandal, Shh.. diam, Tengku Adil dan ramai lagi. Last sekali kami buat flash mob bersama remaj-remaja CKK fasa 2. So, tamatlah sudah CKK untuk fasa ke-2. Nanti ade lagi untuk fasa ke-3. Nantikan kemunculannya.






Monday, May 16, 2011

motivasi 1 : sabar

Apa itu sabar. Sabar adalah satu perkara yang sangat susah untuk kita lakukan. Bukan senang untuk sabar. Tapi Tuhan tahu yang hambaNya mampu bersabar. Sebab itu Dia sentiasa memberi musibah kepada manusia. Tapi manusia tidak pernah bersabar, walaupun masalah yang dihadapinya sekecil kuman.

Manusia sentiasa mencemuh apabila musibah menimpa mereka. Tapi mereka tidak pernah berterima kasih semasa mereka sihat. Bertahun-tahun kita sihat, tapi hanya beberapa hari saja Tuhan tarik nikmat kesihatan yang Dia kurniakan, manusia terus hilang sabar. Ini kerana manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia nikmati.

Tuhan tarik kenikmatan bukan saja-saja. Setiap perkara yang Dia turunkan ada hikmahnya. Walaupun apa yang kita rasa adalah satu kesusahan, tapi perkara itu tetap mempunyai hikmah yang baik. Kita hanya merancang, tapi Dia yang tentukan.

Percayalah, setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku, telah menerima musibah. Dan aku percaya, tidak sedikit pun goyah kepercayaan aku ini yang ada hikmah disebalik kejadian ini. Sejak dapat musibah ni, aku sudah bukan aku yang dulu. Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tak perasan. Aku redha dengan apa yang berlaku kerana aku milik Dia dan aku tidak ada apa-apa didunia ini melainkan melainkan semuanya kepunyaan Dia yang aku pinjam.

Saturday, April 23, 2011

Survey : isu beras,kapitalism dan global warming


Interview ni dh lame, dan interview ni utk zine korok kring vol 2, tapi zine tu tak timbul-timbul selama 4 tahun. Jadi aku letak kat sini untuk anda semua.



1) Apakah pendapat anda tentang isu beras sekarang?
-beras semakin seikit krn permintaan terhadapnya semakin tinggi tp pengeluaran beras semakain menurun disebabkan bencana alam,pembangunan,peprangan yg memusnahkan kwasan sawah.

2) Apakah definisi kapitalis bagi anda.
-kapitalis adalah sistem ekonomi bebas tanpa batasan dan sekatan.


3) Adakah sesebuah kedai itu yang menjual barang yang agak mahal itu dikira sebagai kapitalis? Jelaskan.
-ya....1 analogi yg ringkas...

4) Jenayah semakin meningkat. Bagi anda apakah penyebab masalah ini terus berlaku.
-jenayah semakin meningkat sbb ibu bapa sudah tidak dpt mengawal anak2 mereka....dan akhirnya anak2 itu membesar dgn jiwa yg kosong...ramai jd penjenayah.....selain itu materialistik di kalangan manusia semakin bertambah...semua nk kaya jer..and ramai yg semakin terdedah dgn budaya tgk porn.....sbb tuh jenayah seks meningkat.....

5) Pemanasan global.Siapakah yang perlu dipersalahkan?
-manusia yg dipersalahkan sbb pemanasan global adalah disebabkan pelepasan karbon dioksida yg byk ke atmosfera....kilang2...kenderaan2...terutama di negara2 industri seperti amerika syarikat,china,india byk menyumbangkan kpd pemanasan dunia

zulhilmi (rakan myspace)



1) Apakah pendapat anda tentang isu beras sekarang?.

beras mmg mencukupi utk rakyat m'sia cuma ada sesetengah pihak cuba utk menaikkan harga beras dgn menyembunyikan stok2 bekalan beras ni

2) Apakah definisi kapitalis bagi anda.

hm,kapitalis=org yg mengawal keuntungan dgn melaburkan punca kewangan yg byk di dalam sesuatu perniagaan..

3) Adakah sesebuah kedai itu yang menjual barang yang agak mahal itu dikira sebagai kapitalis? Jelaskan.

bagi aku mereka cuma nk dptkan keuntungan yg lebih disebabkan harga2 runcit agak tak stabil buat masa sekarang..

4) Jenayah semakin meningkat. Bagi anda apakah penyebab masalah ini terus berlaku.

1.peningkatan taraf hidup yg secara mendadak
2.pendatang asing yg lebih cenderung melakukan jenayah daripada melakukan pekerjaan

5) Pemanasan global.Siapakah yang perlu dipersalahkan?

HUMAN BEING

band skatanix



1) pndapat aku tntang isu beras ialah beras lenim naek harge kbnykan dan mnysahkan gol2 miskin utk mkn nasi dan trpakse blapor..aku rase beras patut wak muroh.

2)bagi aku kapitalis merupekan golongan yg mnindas golongan yg laen dgn mngambil keuntungan atas sesuatu perniagaan tanpe blas kasihan trhadap org bawahan.

3) bagi aku kalau mahal sket tu adop hal ar..
ni kalu dkat2 double price orh fuck ah..
kire kapitalis original ah..
dok oh lalu nk amek untung..
org laen niage gok..
fikir ar gok org hok nok beli nim..

4) bagi aku jenayah mmg smakin mningkat dan harapan kerajaan 2015 negara malaysia bebas daripade dadah sangatlah mustahil bagi aku..
sebabnye aku rase ibu bape kurang mmbri kaseh syg sckupnye dan nasihat..
guru2 kurang ambil berat tntang murid2.
polis dan penguatkuase yg laen pulok kuat makan rasuoh,
dan sperti mane yg dkatekan oleh band straight answer,
'naekkan gaji cikgu2'.

5) pemanasan global aku rase semua patot dipersalahkan..
tetapi..
da memang lumrah hidup..
manusie mane ade puas ati..
sumenye nk lebih..
lebih lebih lebih.
bile lebih, effect trkene kpade alam sekitar seperti penternakan babi..
kite bleh tgk yg babi ni sgt merosakkan alam sekitar oleh krane pnternak tidak mengikut sistem yg sudah dtetapkan..
satu lagi air cond.
manusia sgtlah tamak sehingge bebas mnggunakan air cond secara overdose dan sdikit2 telah mmberi byk kesan kpada alam smulajadi ..
stakat itu saje.
trime kasih..

carin buncit (rojak Distro)



1) Apakah pendapat anda tentang isu beras sekarang?.

-isu beras??..hmm..probs nih ibarat kembar x seiras..rentetan pernah wujudnya masalah kekurangan gula dan tepung di pasaran..ape nk jd??..ade pihak yg cube berkomplot di belakang tabir..menyorok..menyimpan..sembunyi
bekalan beras dgn harapan dapat memberi tekanan kpd kerajaan supaya dpt menaikkan harga beras..betulke??
masalahnye bkn kat malaysia saje..thailand..kemboja..semuanye mengalami kekurangan makanan ruji tersebut..memang x masuk akal..harga beras boleh naik 2 kali ganda dlm mase 1 ari..gler2..sampai bile kite dpt bertahan dgn keadaan sebegini?? tp bg ak..ni mungkin petunjuk tuhan nk bg..negara kita baru mengalami kekurangan beras di pasaran..suda mau kecoh..mcm la x cukup mkn..tgk negara luar..afghanistan..bosnia..afrika..dan negara yg berada di bawah paras kemiskinan paling kritikal..mereka bukan sahaja kekurangan makanan..malah kebulur sampai mmbawa maut..cube bersyukur dgn nikmat yg kita ade..tp 2 x bermakne kite duduk diam dri jek.. cube la cari jln bersama ntuk selesaikan masalah nie..mr2



2) Apakah definisi kapitalis bagi anda.

-kapitalis??..hmm..bg ak kapitalis adalah golongan yg 'the have'..golongan yg mempunyai modal,harta,kelebihan,kekuasaan dlm menjalankan perniagaan..perusahaan..khasnye..tp malangnye mereka mengambil kesempatan, menindas,mempergunakan golongan bawahan yg lemah..dan x mampu melawan demi mengaut keuntungan yg besar,berlipat ganda..penting diri sendiri..?? ye2..btol2..hu3

3) Adakah sesebuah kedai itu yang menjual barang yang agak mahal itu dikira sebagai kapitalis? Jelaskan.

ho3..x la..x sampai tahap kapitalis kot..mb kapitalis junior..ha3..dieorg naik harge pon bkn ikut suke jek..usha2 pasaran semasa jugak..kalu pemborong jual harge beras kat mereka 13.50 sekampit..xkan mereka nk jual 10.50 sekampit..nege mesti nk untung..kite kene concern jugak..tp kalu keterlaluan tuh..memang x patut la..jgn bli kat kedai die..esh3


4) Jenayah semakin meningkat.
wowowo bnyk sebab nih
bg ak didikan awal mak bapak kepala bg masalah nih..kalu didikan agama,moral,rohani dan aspek dalam diri teguh,kuat..masalah x kan jd sebegini teruk..keberkesanan ilmu yg di serap dr ibu bapa boleh di jadikan ubat mujarab,benteng mantap dalam mengatasi masalah ini..haaa. tp jgn lupe faktor sampingan..pengaruh dunia luar..terutama barat.. (bkn barat saje ek)..filem2 yg beranasirkan 'tidak sesuai' dgn budaya kita jenuh tayangkan..lambakan warga asing yg bertamu tanpa di jemput sedikit sebanyak menyumbangkan bende nih..susah weh..halau dieorg balik r.blah2..same2 jage keamanan..ak nk idup dunia yg aman..waa


5) Pemanasan global.
Siapakah yang perlu dipersalahkan?

-no doubts..kudrat alam..manusia yg hidup..tinggal di bumi..suda tentu la manusia..tp i2 secara amnye..khasnye??mereka yg ketagih kejar kemajuan..konon pembangunan..tp bg ak kalu sudah berlebihan bkn pembangunan..tp pemBANGANGnan..polish weh..esh2

najwa (myspace)



1) Apakah pendapat anda tentang isu beras sekarang?.
aku rasa harga beras sekarang perlu diturunkan dan aku rasa kita harus bertindak untuk itu. fikirkan lah sesuatu...


2) Apakah definisi kapitalis bagi anda.
bagi aku kapitalis adalah org yang mengeluarkan modal yang sikit tapi keuntungan yang maksima dan menggunakan tenaga yang sikit dan keluaran yang maksima. menindas dan menekan yang bawahan itu sudah semestinya sifat mereka..

3) Adakah sesebuah kedai itu yang menjual barang yang agak mahal itu dikira sebagai kapitalis? Jelaskan.
aku rasa itu kita boleh gelar kapitalis. mengambil kesempatan atas apa yang terjadi. macam kedai2 sekarang dengar aje beras naik harga terus naik serta merta. padahal beras yang stok lama yang dijual nya tu. aku dah terkena kerana aku duduk rumah sewa. jauh berbeza sara hidup aku hari ini dengan setahun yang lepas. semua nya nak naik. benci betul.

4) Jenayah semakin meningkat. Bagi anda apakah penyebab masalah ini terus berlaku.
attitude yang membuat kan mereka begitu.. kalau boleh fikir dengan betul dan fikir kepentingan org lain x jadi benda macam ni. jenayah harus d hentikan. make our life a happy and peacefull again.

5) Pemanasan global.
Siapakah yang perlu dipersalahkan?
masyarakat yang x berfikiran kehadapan, kerajaan yang hanya goyang kaki, dan kita sebagai manusia yang tidak bertindak. masih ada lagi yang membuat pembakaran terbuka. dan masih ada lagi org2 yang menebang balak d hutan dan d mana2 sahaja dengan menceroboh tanah yang telah d jaga bertahun2 dulu.. macam mana bumi nak kekal hijau. atas alasan pembangunan?
nak kena tebang balak banyak2 clear kan hutan atas alasan kepadatan penduduk. apa semua itu? yang mana d jaga terus kan lah d jaga. aku rasa kalau semua nak tebang pokok apa kata kita pulak yang tanam pokok kat belakang rumah tepi2 rumah. depan rumah dan tempat2 yang sesuai untuk menanam.

wak kang ( komrad HFC dan A//LC)



1) Apakah pendapat anda tentang isu beras sekarang?.

- bagi aku, sepatutnya masalah ni tak patut berlaku, kerana di malaysia ni, banyak tanah yang dapat memberikan hasil tuai yang banyak. tetapi oleh kerana kerajaan tidak banyak membantu para petani (harga barang naik), menyebabkan para petani mula mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan untuk menyara keluarga. kerajaan jugak "bijak" kerana menjual beras tempatan dengan harga yang tinggi untuk disuap ke dalam perut kroni kerajaan, tetapi membeli beras diluar negara untuk dijual di dalam negara dengan harga yang mahal. sebab itu banyak kes penyeludupan.


2) Apakah definisi kapitalis bagi anda.

- berdagang sesuatu barang tanpa batas dan sekali gus menindas orang lain untuk kepentingan diri sendiri

3) Adakah sesebuah kedai itu yang menjual barang yang agak mahal itu dikira sebagai
kapitalis? Jelaskan.
-jika mahal sikit takpe la. atau pun layanan@servis yang diberikan berbaloi dengan kos. jangan la makanan x best, tempat kotor, makanan sampai lambat dan perkara2 yang sewaktu dengannya, tetapi kos tiggi macam makan kat hotel mewah. cibai la korang!!!

4) Jenayah semakin meningkat. Bagi anda apakah penyebab masalah ini terus berlaku.
-banyak sebab.
i)didikan yang tak sebaik mungkin
ii)penganguran yang bermaharajalela. bila penganguran banyak berlaku, dorang nk hidup dengan ape? makan pasir?? so xde keje dorang pon merompak. itu contoh jenayah rompakan.
iii) taraf hidup yang tiggi. sama macam diatas. barang naik, tapi gaji ciput. nak xnak, wat la keje haram
iv)rahsuah. ramai pesalah2 yang dilepaskan kerana kenal orang dalam. so dh terlepas, xkan xnk wat balik keje2 celaka tu. keje haram sememangnya cepat untung!!
v)masyarakat sekeliling. dorang taw@nmpak anak2 jiran mereka berkelakuan yang cenderung kepada jenayah, tetapi wat bodo jer. dorang hanya taw mengumpat, mengumpat dan mengumpat. tetapi tiada aksi terus untuk menyelamatkan anak2 jiran. bodo btol la. bile anak ko terjebak sekali baru la nk amek kisah. batok!!

5) Pemanasan global. Siapakah yang perlu dipersalahkan?
-kapitalis. hal ini kerana minyak sangat bernilai. jadi, memang sifat kapitalis, berdagang tanpa batas tanpa memikir kan efek2 yang akan melanda.jadi nk untung lebih, mereka dagangkan minyak tanpa memikirkan tentang efek yang akan berlaku. contoh aku bagi. kenapa masih tiada kereta yang bergerak dengan menggunakan air? bukankah dulu riuh tentang terciptanya kereta yang bergerak tanpa menggunakan minyak. kononnya lebih mesra alam. tepple!! takkan nk biarkan kereta bergerak guna air. air dimana2 pun ada. tapi minyak, hanya negara tertentu sahaja yang ada. sebab itu bush nak sangat iran, afghanistan dan yang lain2, sebab negara2 tersebut kaya dengan galian minyak mentah. jadi, si kapitalis ni, nak untung tidak memberi sebarang dana untuk projek kereta mesra alam ni (kereta guna air), kerana mereka sudah tahu, jika kereta dapat bergerak dengan mengunaka air. mereka sudah tiada lagi barang untuk didagang. ada faham? bila tiada barang dagangan, mereka tiada duit. itu bbaru ahagian pasal minyak. tak masuk lagi pasal aircond, tebang pokok sana-sini ( dah la tebang pokok, x tanam balik!), pembakaran bahan kimia dan sebagainya.

kodain