Saturday, March 19, 2011

dialog...


komander : kamu harus mengikut segala arahan ketua walau apa pun keadaan. sedang tidur, sedang makan, sedang beristirehat, mahupun sedang solat!

pelajar : kami bukan tentera untuk mengikut sebarang arahan.

komender : jikalau keadaan darurat, kamu diserang musuh, apa kamu dapat pertahankan negara ini?

pelajar : apa gunanya tentera jika tidak dapat melindungi daulat negara ini? apa gunanya pemimpin jika tidak dapat melindungi rakyatnya?

komander : jikalau semua askar mati. apa yang kamu lakukan? ini adalah salah satu pelajaran bagi memepersiapkan diri kamu semua untuk menghadapi keadaan itu.

pelajar : matinya askar, matilah rakyat. itulah tugas tentera, menjaga rakyat. jiakn benar mereka ingin berkhidmat untuk rakyat, mereka akan buat yang terbaik seolah-olah rakyat itu nyawa mereka.

komender : bodoh! jikalau bergitu, apa guna jadi rakyat?

pelajar : tugas rakyat mengarah para pemimpin dan para tentera. itulah tugas rakyat. dan sekarang, kami rakyat mengarahkan kamu komander, persiapkan tentera-tentera kamu untuk mempertahankan daulat negara ini.

Tuesday, March 15, 2011

nuklear...

sekarang riuh pasal tsunami yang melanda Jepun. Jepun bagaikan lumpuh kerana penjana nuklear mereka rosak. Rakyat Jepun sukar mendapatkan bekalan elektrik sekarang. Mereka juga terputus hubungan. Pada waktu ini, dianggarkan beribu-ribu rakyat Jepun mati.

Tidak lupa juga warga kita disana yang belajar dan bekerja. Bagaimana keadaan mereka. Setakat ni tiada jumlah yang betul/ tepat tentang jumlah rakyat kita yang terselamat. Radiasi nuklear semakin hari semakin merbak, tapi kerajaan masih tidak lagi mengisytiharkan untuk membawa pulang warga kita. Kenapa hal ini terjadi? Adakah kerana kerajaan sudah tiada duit? Atau nuklear tidak sebahaya revolusi Mesir?

Akhbar ada menyatakan yang warga kita hanya dipindahkan ke tempat yang selamat. Tapi ' selamat ke 'tempat selamat' tu? Dan kerajaan masih juga berdegil mahu bina penjana nuklear disini. Aku tak tahu apa yang mereka(kerajaan) cuba buat dengan terbinanya penjana nuklear dimalaysia.

Berita Harian ada memaparkan berita tentang botol susu jenis policarbonate diharamkan (klik disini). Tapi tunggu 2012 baru dikuatkuasakan. Dengan alasan supaya pihak industri membuat persediaan awal bagi untuk menukar atau membeli peralatan baru. Celaka sungguh kerajaan negeri ini. Rakyat dihalau dari tanah kerajaan dengan cepat. Kalau bagi tempoh pun tidak cukup. Tapi kalau sesuatu tu dari pihak kapitalis, kerajaan bagi masa untuk bersiap sedia. Nampak sangat kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan. Seriuslly shit...

Monday, March 7, 2011

refresh...

Lama tak mendengar lagu sendiri. Tiba-tiba je tadi mulut menyanyi riang lagu flying high. Hahahha, tangan terus lancar mencari folder lagu tersebut.

Nafsu halwa telinga sudah puas dengan manatap lagu sendiri. Teringat pula masa dulu. Jamming, lepak, main gig. Tapi sekarang semua macam dah senyap. mungkin sibuk dengan kareer masing-masing. Ye la, apek ade penang, aku pula ade di KL. tinggal lok ngan bujoe je. Bila la nak jamming balik. Tiba-tiba je semangat dulu datang.

Haish. Apa yang datang merasuk aku ni malam-malam layan lagu berhantu lok ni? Hahahah.
i've mine own wings, and i'll gone tonite....