Monday, May 16, 2011

motivasi 1 : sabar

Apa itu sabar. Sabar adalah satu perkara yang sangat susah untuk kita lakukan. Bukan senang untuk sabar. Tapi Tuhan tahu yang hambaNya mampu bersabar. Sebab itu Dia sentiasa memberi musibah kepada manusia. Tapi manusia tidak pernah bersabar, walaupun masalah yang dihadapinya sekecil kuman.

Manusia sentiasa mencemuh apabila musibah menimpa mereka. Tapi mereka tidak pernah berterima kasih semasa mereka sihat. Bertahun-tahun kita sihat, tapi hanya beberapa hari saja Tuhan tarik nikmat kesihatan yang Dia kurniakan, manusia terus hilang sabar. Ini kerana manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia nikmati.

Tuhan tarik kenikmatan bukan saja-saja. Setiap perkara yang Dia turunkan ada hikmahnya. Walaupun apa yang kita rasa adalah satu kesusahan, tapi perkara itu tetap mempunyai hikmah yang baik. Kita hanya merancang, tapi Dia yang tentukan.

Percayalah, setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku, telah menerima musibah. Dan aku percaya, tidak sedikit pun goyah kepercayaan aku ini yang ada hikmah disebalik kejadian ini. Sejak dapat musibah ni, aku sudah bukan aku yang dulu. Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tak perasan. Aku redha dengan apa yang berlaku kerana aku milik Dia dan aku tidak ada apa-apa didunia ini melainkan melainkan semuanya kepunyaan Dia yang aku pinjam.