Wednesday, August 29, 2012

Hijabster...



Aku berpeluang hadir ke forum Frinjan 5.0, iaitu Hijab(ster) : tak kenal maka tak cinta pada bulan puasa yang lepas. Banyak juga pengisian yang aku dapat dalam forum ini. Hijabster ini muncul sejak akhir ini menjadi satu trend baru bagi anak muda, khasnya bagi kaum wanita. Dikatakan mengambil inspirasi dari pemakaian tudung bangsa Turki, Hana Tajima seorang muslimah yang kacukan Jepun dengan British mempopularkan trend ini.

Ia menular sehinggakan ikon musik seperti Yuna dan beberapa lagi artis turut menggayakan stail ini. Persoalannya, adakah hijabster ini adalah semata-mata fesyen? Didalam islam, menutup aurat itu wajib, tidak kira la memakai tudung ke, helmet ke atau baldi. Yang penting adalah menututup aurat. Menututup aurat ini sambil berfesyen bukan suatu yang baru. Dari dulu lagi sudah ada pelbagai jenis nama bagi tudung kepala ini seperti tudung bawal, tudung shawl dan lain-lain. Dan tudung-tudung ini ada pelbagai corak. Maka bagi penulis, hijabster ini bukanlah fesyen semata-mata. Sudah kita maklum yang wajita ini suka berhias. Maka tidak mustahillah wujud sub budaya baru ini yang dipanggil hijabster.

Bagi penulis, hijabster ini adalah satu sub budaya yang timbul, seperti timbulnya mana sub-sub budaya lain yang wujud di Malaysia seperti budaya rempit, futsal, Indie dan sebagainya. Seperti mana sub budaya yang wujud, pasti suatu masa akan berada diperingkat tepu dan berbagai-bagai. Pada peringakat itu, pasti pengikut yang tanpa tujuan pasti ramai. Yang mana dikenali oleh anak muda sebagai poser. Seperti dalam sub budaya punk, punk adalah satu sub budaya yang bagus kerana sikap mereka adalah menentang penindasan yang dihadapi oleh golongan buruh pada 1940an dulu. Tapi anda boleh melihat sekarang keadaan sub budaya punk ini. Amat menyedihkan. Ramai yang mengikut tanpa ideologi.

Sama juga dengan sub budaya hijabster ini. Pelopor trend ini adalah untuk bergaya dengan pelbagai cara sambil menutup aurat serta mengikut tuntutan syariat islam. Tapi bagi pengikut tanpa anutan sebarang ideologi, pasti hanya memakai hijab bagi fesyen semata-mata. Kadang-kadang pakai hijab, kadang-kadang tidak.

Hijabster ini biasenya dipelopor oleh golongan kelas pertengahan atas. Hal ini kerana, tudung-tudung hijabster ini agak mahal dan untuk mengikut fesyen ini mereka perlu sekurang-kurangnya 50 pasang tudung berlainan tone warna untuk disesuaikan dengan baju. Gologan pertengah atas juga biasanya yang suka berfesyen berbanding dengan golongan pertengahan bawah dan golongan bawahan. Bagaimana pula dengan golongan elitis? Bagi penulis, golongan elitis lebih selesa dengan free hair. Kebanyakkan wanita elitis ini lebih kepada free thinker yang lebih berkiblatkan budaya barat. Manakala bagi penulis, golongan pertengahan atas ini, mereka lebih kepada berfikiran terbuka. Hal ini kerana, golongan ini mereka berpendidikan agak tinggi dan mereka bersosial.

Dalam pemerhatian penulis, trend sub budaya ini pasti akan sampai penghujungnya, yang mana tidak ramai lagi yang akan turut serta mewarnai fesyen ini. Yang tinggal hanya yang betul-betul faham akan hijabster ini. Kerana, setiap sub budaya yang wujud, pasti akan terjadi seperti itu.

No comments: