Saturday, April 20, 2013

rasisma : melentur biar dari rebungnya...


“ling ling ling, basika langgor rok, mung kate aku keling, mung cine dok basuh berok”
  Terjemahan
“ling ling ling, basikal terbabas kedalam semak, kau kata aku keling, kau cina tak basuh berak”

Ini adalah lagu yang selalu dinyanyikan oleh kanak-kanak sezaman dengan aku. Lagu ini didalam bahsa kampung halaman aku, Terengganu. Setiap kanak-kanak pada zaman aku pasti tahu akan lagu ini. Aku tak pasti dari mana datang lagu ini. Siapa yang mencipta lagu ini. Yang pasti, lagu ini sangat menunjukkan sifat rasis yang tinggi. Ia adalah satu teladan yang buruk, dimana kita perlua jauhi.
Lagu ini sinonim dengan kanak-kanak. Keranan lagu ini dimainkan bersama permainan kanak-kanak. Biasa dengan permainan lap talilap? Ya, permainan sama yang dimainkan, tapi berbeza lagu. Aku tidak pasti apa nama spesifik permainan itu, tapi aku kenali permainan itu dengan nama lap talilap. Permainan ini sangat terkenal dikalangan kanak-kanak. Masalah timbul bila lirik lagu iini berbau rasis dan ia secara tidak langsung mengajar anak-anak kita, generasi baru untuk bersifat rasis.
Anak-anak perlu diasuh dengan nilai murni seperti yang dianjurkan oleh agama dan adat. Anjuran ini sangat memberi kebaikan sejagat jika diperaktikkan oleh semua orang di setiap lapisan masyarakat. Tapi malangnya, ia tidak terjadi. Malah diajar untuk membenci antara satu sama lain. Pendekatan ini yang aku tentang, kerana rasisma adalah satu sifat yang sehina-hina perbuatan.
Pepatah melayu ada menyebut, ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’.  Ia bermaksud, untuk mengajar anak supaya mengikut apa yang kita acuankan, kita perlulah ajar mereka sejak dari kecil lagi. Bersabitan dengan lagu diatas, lagu ini memainkan peranan penting dalam mengajar generasi baru untuk bersifat rasis. Perkataan ‘keling’ sudah cukup untuk menggugat sensetiviti orang india. Malah, doktrinisasi terhadap stereotaip kepada orang cina yang mana, mereka tidak basuh berak. Ia juga boleh menggugat sensetiviti kaum cina.
Lagu ini cukup menjadi bahan propaganda untuk terus membuat rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus bersifat rasis. Doktrinisasi ini berlaku tanpa kita sedari dan ini menular disetiap pelusuk daerah yang didiami oleh setiap suku kaum. Ia seperti barah kecil yang mana sedang merebak yang akan menjadi barah yang parah. Sehingga tiada sebarang ubat yang boleh mengubati barah ini. Terus membusuk, lalu mati.
Wabak rasis ini sudah menjadi barah. Ramai anak muda yang bersifat rasis. Ada yang sedar, ada yang tidak sedar yang perbuatan mereka itu bersifat rasis. Mereka kabur dengan bangsa mereka sendiri. Mereka tertipu dengan kelemahan masing-masing. Tapi sejak-sejak akhir ini, kesedaran mulai timbul atas keprihatinan aktivis-aktivis sosial bagi membuka mata kepada masyarakat terutamanya anak-anak muda.
Anak-anak kita adalah generasi baru yang akan menerajui negara ini. Bagai mana generasi hari ini berfikir dan dicorakkan, begitulah corak mereka memimpin negara ini dimasa hadapan. Adakah kita mahu lihat negara ini masih ditakuk lama dengan masalah perkauman atau sesuatu yang lebih baik? Untuk itu, ubahlah corak pendidikan awal kanak-kanak bagi mewujudkan generasi yang bersifat mulia dan berfikiran kritis dalam setiap sudut dalam memimpin negara ini.