Sunday, June 13, 2010

Saturday, June 12, 2010

turn the time

should i regret what i did
maybe it is too late
can i turn the time to past?
if i have hands of God
might be will accept me?
a man should belongs to be...

her masochist



p/s: saje saje je tulis ni. tetibe je ayat ayat ni kluar dari kepala otak aku disangat aku teringatkan kepada sesuatu.

Wednesday, June 9, 2010

lawak sinikal...

seorang anak jutawan telah pulang belajar dari luar negara dengan membawa keputusan gagal.. telah disambut oleh bapanya dengan perasaan marah yang meluap2.... akibat terlalu marah pada si anak... bapanya tidak bercakap walau sepatah perkataan pun dalam perjalanan.... si anak yang berasa kurang selesa ingin memulakan perbualan...

anak: ayah tahu tak ... di luar negara teknologi mereka dah terlampau maju dari teknologi kita...hingga boleh buat sesuatu yang berada di luar jangkaan..

ayah: yer ker... apa la teknologi yang ko reti.....(nada sindir)

anak: kat luar negara sana.... ada satu teknologi... dimana kita masukkan seekor lembu hasilnya akan kluar hotdog.... hebat tak ayah....

ayah: alaaaaaa..... apa yang nak dihairankan sangat .... 25 tahun dahulu... ayah masukkan hot dog dan hasilnya dapat seekor lembu....

Generation X...

apa itu generation x? jika dialih ke bahasa melayu ia bermaksud generasi x. apa yang aku ingin kongsikan dengan generasi ini? generasi ini bagi aku adalah generasi pemusnah. siapakah mereka itu? mereka itu adalah KITA.
dahulu, dengan bantuan teknologi yang tinggi, kita hidup dalam keadaan yang sederhana dan aman. dengan kehadiran teknologi, kita sudah tidak seperti dahulu. kita sudah menjadi generasi pemalas. dahulu, orang terkpaksa berjalan 2km untuk ke sungai semata-mata ingin membasuh kain. tapi sekarang, hanya perlu mengambil 2 minit dan tidak perlu bersusah payah untuk memberus untuk membersihkan baju, kita masih malas untuk membasuh. ya, point aku adalah, teknologi membuatkan kita menjadi malas. dengan teknologi kita semakin leka dengan permainan dunia. teknologi bukan mahu mempermudahkan kerja kita, tapi membuat kita bertambah banyak kerja.

aku sangat suka dengan majlis keramaian. atau dengan kata lain, parti. remaja memang suka akan
dengan parti. dan parti tidak akan meriah tanpa makanan dan minuman. dahulu seronok bila tiba majlis tersebut, masing-masing membawa juadah mereka masing-masing. masing-masing bergotong royong memasak. masing-masing bergotong royong membersihkan pingang mangkuk selepas selesai majlis tersebut. dengan cara ini, perhubungan seseorang akan menjadi semakin erat. tapi lihat pada masa sekarang. semua juadah ditempah dikedai. pinggang pun guna yang jenis pakai buang. dimana keseronokan tersebut? sudah tiada. hanya ke majlis itu untuk makan percuma.kerana hal itu juga ramai yang membuang bayi mereka. kerana sistem yang ingin mempercepatkan sesuatu pekerjaan, ia menjadikan manusia tidak bertanggung jawap. dahulu berlajar membuang sampah merata-rata. sekarang belajar membuang bayi merata-rata. sistem pakai buang sangat mujarab untuk mendotrinkan manusia supaya tidak betanggung jawap. siapa yang bersalah dalam hal ini? adakah kesalahan itu 100% oleh remaja tersebut? inikah sistem yang kamu banggakan? sistem pakai buang yang kamu banggakan merosakkan kamu secara tidak sedar.

generasi sekarang sememangnya tidak bertanggungjawap. hanya fikir untuk jangka masa yang pendek. hanya fikir untuk perut sendiri. bagaimana mahu kembalikan perasaan tanggung jawap itu? dengan PLKN kah? denda? masuk umno kah? dotrin kah? senang saja. back to basic. ajar anak-anak kita bersopan. hormat menghormati. buang segala adat luar yang merosak. buang juga segala kesenangan kerena kesenagan membunuh rasa tanggungjawap. pasti keamanan akan memjelma jika semua orang hormat-menghormati antara satu sama lain.

Tuesday, June 8, 2010

neraka...

Perhatian:Penceritaan di bawah hanya dongengan semata-mata.Tiada kena-mengena dengan neraka yang sebenar.

Pada suatu hari,seorang lelaki bernama Roy dimasukkan ke dalam neraka di atas sebab-sebab yang tertentu.Setibanya di sana, dia dihadapkan kepada ketua neraka yang diberi jolokan nama Si Adi yang menjaga 3 buah bilik neraka.Roy yang masih kebingungan lantas diangkat oleh ketua neraka tersebut yang perkasa dan Roy diberitahu yang dia akan dibawa melawat tapak dan mempunyai keistimewaan untuk memilih salah satu bilik neraka untuk diduduki.

"Setiap kali seseorang masuk,seseorang yang menghuni didalam neraka itu akan keluar ke syurga.Macam sistem shift"kata si Adi.

Setibanya Roy di bilik neraka yang pertama,Roy dapat melihat penghuni di dalamnya di siat-siat kulit dan dilapah daging mereka tapi anehnya mereka masih hidup.Roy memandang ke muka Adi dan menggeleng-geleng kepalanya tanda tidak mahu.

Setibanya Roy di bilik neraka yang ke dua, Roy dapat melihat penghuni di dalamnya dihentak-hentak kepala mereka sampai pecah tapi anehnya mereka masih hidup lagi.Sekali lagi,Roy memandang ke muka Adi dan menggeleng-geleng kepalanya tanda tidak mahu.

Setibanya Roy di bilik neraka yang ke tiga,Roy dapat melihat suasana di bilik itu sangat nyaman dihiasi dengan aneka bunga dan tumbuhan.Dilihatnya di sebalik pokok ada seorang wanita yang sangat cantik sedang mengulum kemaluan seorang lelaki.Lantas Roy memandang ke muka Adi dan mengangguk-ngangguk kepalanya sederas-derasnya tanda mahu.

Si Adi bingkas masuk dan mencuit si wanita cantik tadi dan berkata "Cukup,keluar sekarang.Kau sudah ada pengganti"


p/s: dunia penuh dengan konspirasi. dan konspirasi itu akan memakan kita jika kita salah memilih dengan memilih keseronokkan sebagai the way of life....

Wednesday, June 2, 2010

semangat yang hilang...

aku dah tak ingat bila aku last menulis disini. lama juga aku tidak menulis. tidak memeras kepala untuk mencari idea untuk menulis. sekarang zaman santai(baca:malas).

ahad lepas pergi gig kat cerating. tidak ramai yang hadir. tapi aku berpuas hati kerana dapat melihat orkes kaki kayuh. salute kepada mereka. wakkang emosi gila semasa persembahan mereka. sampai menangis. aku pun hampir mahu menitiskan air mata semasa abu membaca syairnya.

sebenarnya aku tidak tahu nak menulis tentang apa. tapi aku cuba gagahi untuk menulsi sesuatu selepas beberapa lama menyepi. hahha. bukan ramai yang menunggu penulisan aku ini, tapi ini adalah passion aku. tapi sekarang dah berkurangan. mungkin kerana malas atau kekurangan idea.

macam-macam berlaku sekarang. dengar cerita minyak nak naek lagi. babi betul kerajaan. sebut tentang kerajaan, teringat aku lagu negara yang dinyanyikan oleh iwan fals.

Negara harus bebaskan biaya pendidikan
Negara harus bebaskan biaya kesehatan
Negara harus ciptakan pekerjaan
Negara harus adil tidak memihak

Itulah tugas negara
Itulah gunanya negara
Itulah artinya negara
Tempat kita bersandar dan berharap

tapi apa yang mereka lakukan? hanya merompak dan merompak lagi harta rakyat.

Sunday, May 2, 2010

may day - hari kegembiraan dan kesedihan ...

aku rasa, belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut hari pekerja. tidak kira yang berkerja mahupun tidak. semoga diri anda tidak ditindas.

kenapa menyambut hari pekerja? ini kerana untuk memperingati sejarah para buruh yang memperjuangkan hak-hak pekerja kerana mereka dahulu kala ditindas. pada zaman dahulu kala, para buruh bekerja lebih 10 jam satu hari. sehingga ada yang tidak kenal anak kerana masa harian mereka hilang ditempat kerja. gaji juga amat kurang, tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan. kerana ingin mendapat hak mereka, mereka mogok beramai-ramai sehingga ada yang terkorban. ada yang ditangkap dan dipenjara. tetapi mereka tidak mengalah. walaupun pihak kapitalis cuba bertindakbalas dengan zalimnya, keadilan tetap muncul. pada 1 mei 1886, dirasmikan pada 1 mei adalah hari pekerja bagi memperingati jasa-jasa pejuang pekerja dahulu. jadi ingat, jangan biarkan diri anda ditindas lagi oleh para kapitalis-kapitalis bangsat.

pada 1 mei juga adalah tarikh sedih bagi kami sekeluarga, terutama dari keluarga wan ismail. pemergian ibu saudara kami, wan fatimah atau teh, amat kami rasai. sudah 2 tahun beliau meninggalkan dunia yang fana ini. dengan itu, marilah kita sama-sama menghadiahkan al-fatihah kepada beliau agar ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. amin...