sempena bulan merdeka ini, aku ingin coretkan sedikit cerita yang mungkin kamu tidak pernah dengar dan malah akan memaki aku sebagai talibaut komunis. hahhaa, ade aku kesah? pergi mampus la kepada semua orang!!
tajuk pun dah macam rasis dengan bangsa sendiri. ye ke? hahahaha. mungkin ya aku rasis dengan bangsa aku sendiri, mungkin tidak. tapi memang aku benci dengan sikap kebanyakkan orang melayu ni. terlalu tipikal dan ortodoks pemikiran mereka. bila sebut komunis, sosialis, anarkis, semuanya adalah jahat. kah kah kah. apa yang baik dimata kamu? berkopiah? berkot? bertali leher? weh come on la. yang berkopiah itu juga yang cabul anak dara kita. yang berkot itu juga yang rampas hak kita. yang bertali leher itu juga yang rompak harta kita. pandangan luaran tidak mencerminkan padangan dalaman.
berbalik kepada topik asal. bila sebut komunis, semua benda yang bersangkut paut dengan komunis adalah jahat. dari mana mereka tahu akan hal ini? semestinya dari buku sejarah sekolah yang tak cukup sekolah tu.buku itu hanya menceritakan cerita dipihak yang menang. yang, sememamgnnya komunis pernah melakukan kekejaman, tapi itu dimana? dinegara china, bukan disini. parti komunis malaya(pkm) yang terebentuk disini adalah untuk mencapai kemerdekanan dengan cara mereka. parti islam dengan cara mereka, parti buruh dengan cara mereka dan pkmm pun dengan cara mereka. tapi dengan satu tujuanm, iaitu merdeka. tidak seperti umno yang mana slogan mereka hanyalah hidup melayu. dan british memberikan kemerdekaan itu melalui umno kerena umno adalah parti yang tidak radikal untuk mekerdekaan dan mereka juga pro british. jadi senanglah british ingin menguasai tanah melayu jiga berurusan dengan parti pro british.
mungkin ada yang mengatakan aku menipu yang buku teks sejarah itu bohong. cuba kau lihat. dalam buku itu tertulis yang kita merdeka tanpa darah. bukankah ramai yang terkorban semasa zaman itu? tidak percaya, cari dalam youtube tentang sejarah merdeka tanah air kita. semestinya terpampar tentnag beberapa mayat membusuk kerana mati dimedan perang
melayu tipikal juga mengatakan komunis itu jahat kerana british mengharamkan parti itu. hal itu bukan kerana parti itu membunuh rakyat, tapi mereka membunuh askar british. british hanya menggunakan alasan komunis adalah pengganas kerana mereka tidak mahu rakyat memilih pemimpin yang bukan dari kalangan mereka. ini adalah politik semamta-mata, hanya untuk menjaga kepentingan british.
melayu tipikal juga menggunakan alasan komunis anti agama. kah kah kah. kerana mereka anti agama, kita perlu tentang? weh, mca dan mic tu agama islam ke? tapi kenapa umno bersekongkol? agama itu seperti satu kepercayaan. dan kita letakkan yang ateis itu adalah satu kepercayaan yang mana mereka tidak pecaya kewujudan tuhan dan yang beragama itu satu kepercayaan yang mana mereka percaya kewujudan tuhan. ya komunis berfahaman anti agama atau ateis atau tidak percaya kewujudan tuhan, tapi mereka tidak 100% ambil ideologi komunis itu dan kebanyakkan ahli pkmm adalah islam. tapi mereka tidaklah sampai membunuh mereka yang beragama. mereka dengan cara mereka, dan kita dengan cara kita. mana kamu pilih, antara komunis yang ateis tapi inginkan kemerdekan 100% dari penjajah atau umno yang 100 'islam' tapi mahu tinggal dibawah penjajah?
komunis itu adalah sebahagian cara untuk menuntut kemerdekaan. bukan yang digembur-gembur kan oleh british dan bonekanya, umno iaitu komunis ingin mengambil alih tanah melayu dan cina adalah akan memimpin tanah melayu. seperti biasa-biasa, mereka menggunakan isu perkauman. dan mereka masih menggunakan isu perkauman untuk menentang pergerakkan revolusiner pembebasan tanah air....
Saturday, August 28, 2010
Sunday, August 22, 2010
student power...
semalam ( 20hb 8) aku menyertai fahmi reza dan mahasiswa Um untuk menghntar kertas kerja dasar (kkd) untuk mendapatkan kelulusan untuk membuat lecture di UM mengenai sejarah gerakan mahasiswa. walupun aku sampai lewat, tapi aku sempat berbual-bual dengan rakan-rakan disana. tapi ada berita yang menyedihkan. usul yang dibuat telah ditolak dengan alasan ia dibuat secara individu, bukan melalui persatuan. alasan kedua adalah kerana tiada lecturer yang bertauliah terbabit.
aku tidak faham kenapa mereka terlalu takut dengan student power. adakah kerana takut anasir komunis menular seperti yang diwar-warkan? adakah kerana arahan pihak atasan? bagi aku, mereka takut pada bayang-bayang merka sendiri.
seperti yang dijangkakan, mesti ada penentangan dari pihak lawan. ya, facebook 'kami bantah student power' telah dibuat. dan alasan mereka sangat dangkal. aku cuba membawa admin facebook itu untuk diskusi bersama. harap-harap dapat respon yang baik.
mahasiswa juga tidak ramai yang melibatkan diri. mungkin kerana takut di ambil tindakan. mungkin juga kerana mereka tidak mahu masuk campur dengan alasan tidak suka politik. cukup dangkal pemikiran mereka. dan aku sangat bersetuju yang projek kerajaan selama 40 tahun telah berjaya membuatkan mahasiswa menjadi lembu yang terbaik dari ladang. lebih kurang 40 tahu AUKU berjalan dengan sewenang-wenangnya didalam tempat menimbal ilmu. tapi ada juga yang setuju dengan AUKU. aku tidak tahu sebab apa mereka bersetuju.
sejarah tidak dapat menipu mahasiswa yang celik. AUKU digunakan untuk menyekat mahasiswa kerana mahasiswa mengganggu gugat kerajaan untuk merampas hak rakyat. sejarah itu tertulis dengan jelas didalam hati para pejuang mahasiswa dan dibukukan juga dengan rapi. tapi ramai mahasiswa yang tidak tahu kerana tidak membaca buku itu. mereka lebih selesa membaca buku naruto ataupun mangga.
tumpuan aku sekarang adalah untuk menyedarkan mahasiswa yang masih terlena dengan kesenangan supaya sedar dan bangkit melawan ketidak aldialn yang berlaku dibumi malaysia ini.
untuk membaca berita tentang sesi menghantar KKD, sila klik disini

kisah saleh...
baru-baru ini kes salleh bintang kertas tersebar meluas di dalam internet. dan aku merasakan suku rakyat malaysia sudah tahu mengenainya. tapi apakan daya. itu memang salah saleh.
bagi aku, jika mahu jadi free thinker, kena juga hormat antara satu sama lain. kerana statement yang dikeluarkan oleh saleh itu memang mengganggu sensitiviti sesetengah pihak. mana ideologi yang kamu juangkan saleh? adakah kerena mereka menyakiti kamu menjadikan satu lesen untuk kamu membenci mereka?
kerana dia juga membuatkan imej punk tercalar. aku tidak salahkan dia 100%. kerana setip orang melakukan kesilapan. harap-harap selepas ini, dia akan buat statement yang lebih bernas.

Sunday, August 8, 2010
kenapa...
semalam aku ke noisy, sbb rizi ade wat gig. sempat jgak bawak stuff, dan kali pertamanya stuff aku laku sepanjang aku g noisy selama ni. tapi bukan pasal gig aku nak ceritakan. selepas gig tu, aku tidur rumah rizi sebab dah lewat malam. aku sekarang duduk kat hostel, jadi hostel aku tak boleh masuk selepas pukul 12. sebelum tidur, sempat lagi kitorang berpakat nak g KLCC keesokkan harinya untuk ke pc fair.
seperti dijanjikan, selepas mandi (rizi je mandi, aku tak). kitorang ke kedai makan dulu untuk mengisi kekosongan yang ada. selepas itu baru kitorang ke KLCC. yang aku ingin berkongsi dengan korang, sepanjang aku pusing-pusing di pc fair tu, aku rak terlihat dari syarikat dari orang melayu dan india. dan itu persoalan dari aku. kenapa. kenapa hanya orang ciuna? sehinggakan pekerja mereka juga dari kaum cina. 2,3 kerat je yang melayu dan india. tu pun yang paling ramai orangt melayu di booth tmnet dan celcom.
persoalannya. kenapa hal ini terjadi? adakah mereka mengamalkan kronism? atau kita yang malas? atau ada sesuatu yang disebalik hijab yang aku tidak tahu. dalam perjalanan tu juga, aku lihat banner yang besar terpampang gambar jackie chan dan chong wei lee. dan apa yang aku tahu, mereka berdua adalah tergolong dari kalangan elit illuminati. tak percaya? sudah. ada aku kesah? tapi aku juga ingin terus menulis tentang mereka.
berbalik kepada persoalan aku. apa yang terjadi kepada 2 bangsa yang aku sebut tadi? hal ini bukan hanya berlaku di KL, tapi di kuala terengganu juga berlaku seperti itu. tapi kenapa? masih dengan persoalan kenapa. kerana persoalanj kenapa itu sentiasa berlegar dalam benak kepala otak aku. 24-7. berpusing-pusing seperti gasing. persoalan ini aku ingin berkongsi dengan kamu! jika ade jawapan, sila berkongsi dengan aku.

Saturday, July 3, 2010
terpedaya...
2 hari yang lepas, aku berjumpa dengan rakan sekelas aku dari smkss yang sudah beberapa tahun tidak bersua.
dan lokasinya adalah kfc batu buruk
aku sememangnya cuba mengelak untuk mengkomsum duit aku kepada kfc. oleh kerana sedikit perasaan yang sememangnya tidak dijangka, aku mengkomsumi juga barangan mereka.
hanya kerana perasaan takut dicop sebagai pokai a.k.a tiada wang, aku terus membeli air dan french fries. bagaimana bahlolnya aku boleh tertewas dengan nafsu hipokrit yang aku selalu lawan. mungkin juga aku perlu bagi perasaan hipokrit menang untuk sekali sekala. dan aku jamin, bukan aku seorang saja yang mengalami situasi sebegini. dan lagi membuatkan aku terasa bertapa bodohnya diri ini kerana membazirkan rm10 untuk 2 gelas air, 1 french fries dan 1 wages. BULLSHIT...
baik aku makan dikedai mamak. buleh save lagi duit. kepada teman-teman, jauhilah renstoran ini. semoga anda dapat hidup dengan aman.
Thursday, July 1, 2010
penat...
penat.
tu je yang buleh aku ungkapkan.
bukan penat sebab bersukan atau apa. aku penat sebab sekarang aku dah mula menjadi perokok tegar. penat nak berhenti balik. jalan-jalan pon dah rasa penat. harap-harap lepas ni tak penat lagi nak berhenti.
Monday, June 28, 2010
road to kota bharu, kelantan....
26hb 7 adalah tarikh kami bertiga aku, apek dan bujoe dari kugiran whippersnapper ke kota bharu kelantan untuk menjayakan upacara struck in nevre. bermula dari tarikh sebelum itu, kami sudah berbincang untuk ke sana bersama kugiran kiss berfore sunset (KBS). dan waktu berangakat telah ditetapkan, iaitu jam 9 pagi. seperti mana sedia maklum, jika janji melayu sememangnya akan lewat. sebab itu aku tetapkan jam 9 sebagai waktu berangkat.
jam 10 aku sudah keluar rumah bersama apek untuk ke tempat berkumpul. dalam perjalanan, kami terpaksa pusing kembali ke rumah apek kerana apek tertinggal bateri kameranya. masa sudah dibazirkan sebanyak 30 minit. setelah itu, 20 minit lagi dibazirkan kerana salah seorang dari kugiran KBS juga tertinggal barang. lebih kurang pukul 11.15. kami mulakan perjalanan kami.
dalam perjalan itu, kami singgah sebentar untuk bersarapan di merchang. jam memunjukkan pukul 12, kami berpakat untuk meneruskan perjalanan kami yang tergendala tadi dengan berempat. perjalanan yang memakan masa 2 jam itu membuatkan kami mengantuk. bagi menghilangkan rasa mengantuk, kami memasangkan perlbagai lagu yang ada didalam kereta yang kami naiki. kebetulan kereta yang kami naiki adalah kereta milik ibu saudara apek. dan semestinya, lagu2 yang ada dalam kereta itu tidak mencapai tahap piawaian untuk kami berempat. pelbagai kejadian lucu semamsa kami putarkan lagu2 yang ada didalam kereta tersebut. sehingga satu tahap yang mana kami sing along lagu raya (boh, lambat lagi nok raye). lagu a. ramlee juga kami pasang.
kami sampai dikelantan pada jam 2 lbh. tapi kerana kami tidak familiar dengan jalan kelantan, kami terpaksa meneruskan perjalanan kami agak perlahan supaya kejadian sesat tidak berlaku. sampai di bandar kota baru, kami berhenti sekejap kerana tidak kenal tempat kejadian tersebut. nizang sudah bertanya keadaan kami. beberapa kali juga kami menghubungai joe gegey untuk ke lokasi. sudah beberapa ringgit kami habiskan untuk mendapat petunjuk ke lokasi. tetapi kami tetap buntu kerana jalan disana agak sibuk seperti kami berada di KL. dan jalan ke vanue juga sangat bersimpang siur. jadi kami sampai di lokasi dalam pukul 3.30. dan bagi kami, ia sudah lambat.
setelah sampai, aku, apek dan nik disarm naik ke vanue uttuk meninjau perkemnabgna gig sementara menunggu kereta yang satu lagi sampai. ada sedikit kejutan yang mana hanya 3 band je yang akan beraksi. never found tidak jadi beraksi, dan digantikan dengan kugiran jonny not gangster. band givenpath juga tidak beraksi kerana ada sedikit kesulitan. dan gig itu belum lagi bermula. lantas dengan semangat yang ada, kami terus memulakan acara tersebut. bermula dengan aksi metalcore dari KBS, dan disambung dengan kugiran punk rock dari kerteh, jonny not gangster. dan diakhiri dengan whippersnapper. acara tersebut tamat pada pukul 6 lbh. selepas beraksi, kami terus ke kedai makan untuk makan tengah hari. sempat juga aku bersembang dengan mat wan UADC, hamidi kedai hitam putih, dan anak2 muda kelantan.
setelah selamat nasi goreng kami kedarah, kami berpakat untuk ke KB mall. ye la, takkan pergi tempat orang tak jalan2. selesai kami tawaf KB mall beberapa kali, kami terus ke wakaf che yeh. niat dihati untuk berjalan-jalan, tapi kami dapat bonus kerana dapat mencuci mata melihat kecantikan anak2 gadis kelantan. sunggguh aku tak tipu. anak2 gadis disana sangat cantik. tapi kenapa budak2 kelas aku masa dipoli tidak secantik mereka? adakah anak2 gadis ini dikurung?
nampak gaya, aku akan kesana lagi. sempat juga kau menyilau2 kasut sukan. tapi hanpa, barang di sana agak mhal. sudah penat kami tawaf di pasar itu, kami berehat sebentar ditepi jalan sambil menghirup air keladi yang manis leting dan berzina dengan dunhill.
jam sudah hampir pukul 11, kami berpakat untuk menuruskan perjalan kami, pulang kerumah.
tapi kami pulang dengan 1 kereta saja kerana 2 kereta lagi ingin tido di setiu. sebelum pulang, kami sempat membeli burger. sambil2 itu kami bertanya arah ke terengganu kepada akak yang jual burger. setelah siap burger kami, kami terus mengahala ke terengganu. seperti siang tadi, kami cuba menghilangkan rasa mengantuk dengan menyanyi, mengata orang, berbalah dengan pendapat apek, kutuk apek dan pelbagai lagi kejadian yang harus aku tapis disini agar tiada yang berasa hati. kami sampai di kuala terengganu dalam pukul 2.30. setelah menghantar bujoe kerumahnya di gong badak, kami hantar nik ke rumah sewanya di chendering dan last skali, apek hntar aku ke rumah.
dan sekian, coretan dari aku tentang perjalan kami ke kota bharu, kota awek cantik..
hehhehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)