Friday, October 1, 2010

UMNOngok takde modal...

didada akhbar hari ini memaparkan isu kerajaan pulau pinang memberi duit ehsan kepada warga miskin tegar menggunakan duit dari hasil judi. hahaha, akhirnya pak pandir dan mak andir muncul jadi pelakon terbaik. bergambar sambil memberi 'balik' duit tersebut kedalam tabung. jap, beri balik? tapi kenapa beri kat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN. kenapa tidak diberkian kepada kerajaan nergeri pulau pinang? hahaha. nak jadi hero tak bertempat.

untuk pengetahuan kamu semua, kerajaan malaysia tak berikan kepada rakyat guna duit hasil judi? selama ni vincent tan bagi cukai tu untuk siapa? untuk poket-poket ahli gerombolan umno? vincent tan tu tokei besar Berjaya Sport Toto Berhad, Pan Malaysian Pool Sdn Bhd dan Magnum Corporation Berhad. ketiga-tiga syarikat ni syarikat judi. boleh pulak kerajaan umno guna duit hasil judi membangunkan negara. guna duit hasil judi beri kepada rakyat. sama juga dengan tokei genting, Lim Goh Tong. tiap-tiap tahun bagi cukai hasil judi. tapi umnongok senyap pulak?

so, ape pendapat korang? sape yang pemutar alam? sapa yang cakap belit? sapa tukang fitnah tegar? sapa penipu? lu pikrlah sendiri...

Wednesday, September 29, 2010

sipemutar alam...

parti politik dilarang menggunakan institusi pengajian untuk berpolitik - utusan melayu

sila lihat dengan teliti:


agak terkejut apabila booth UMNO terpacak didepan pintu masuk kampus aku. kata tidak boleh berpolitik diinstitusi pengajian. kata mahasiwa tidak boleh berpolitik. fuck UMNO....

Saturday, September 25, 2010

entri sebelum dan selepas raya....

aku tak tahu kenapa aku menjadi malas untuk menulis sejak akhir-akhir ni. main facebook buleh plok berjam-jam. jadi sebab cerita yang aku mahu kongsi bersama korang (macam la ade orang nak bace blog ni) cerita sebelum dan selepas raya. ok aku akan mulakan dengan cerita sebelum raya. nanti ada masa aku cerita plok cerita selepas raya.


jalan-jalan, kena sapa.

ni bukan rancangan ala-ala jalan-jalan cari makan. ini adalah realitiu yang berlaku kat aku. minggu depan dah nak balik. aku balik raya dengan rizi hari selasa minggu depan(17hb 8). hari ni hari sabtu.seperti semalam aku rasa sangat bosan. rizi ada ajak aku pergi chow kit untuk beli barang untuk raya. tapi sampai sudah tak telepon aku. jadi untuk mematikan rasa bosan aku, aku nekad untuk ke chow kit walaupun berseorangan. dan seperti aku jangka, aku berseorangan ke sana, kerana roomate aku malas nak ikut.

aku hanya pernah ke chow kit 2 minggu lepas aku daftar di UniKL. itu pun sebab aku nak pergi ke kedai abang aku di GM plaza. tapi aku ni jenias lambat pick up. kalau 1st time, memang aku susah sket nak agak. jadi dengan perngalaman hanya sekali aku jejak ke chow kit, aku teruskan perjalanan aku. naik train dari kerinci ke dang wangi. lepas tu transit naik monorail ke chow kit. sesampai disana, aku tidak tahu hala tuju aku. jalan tidak seperti pertama kali aku ke sana. lagi-lagi time tu malam. aku hanyun je kaki aku ni tanpa tujuan yang pasti.

jalan-jalan sambil aku menyilau barangan yang terjual disana, tapi masih tidak ada yang berkenang dihati. sampai disatu tempat, aku disapa oleh seorang uncle yang dalam umur 40-an. aku cuba amati setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kedutnya."mahu amoi?" itulah butir-butir kata yang keluar dari mulut busuk uncle tu. sial, tempat punyalah terang, tawar aku amoi. kerja gila. iman aku masih kukuh. aku teruskan perjalanan sambil silau-silau takut-takut ada sanak saudara yang melihat aku bersama sibapa ayam itu. syukur. tiada.

terdetik dihati untuk singgah di sebuah gerai jual seluar jeans. aku pun dah lama tak beli jeans baru. selama ni seluar bundle je. seluar aku yang aku pakai pun sekarang dah banyak yang berlubang. aku cuba tanya tokei tu harga. tapi kerana dek mulutnya yang wangi macam mawar, aku terbeli. sial. tapi mujur seluar tu aku suka.tak keras.lepas beli seluar, aku terlihat ada mat bangla jahit seluar. aku pun terus kecik kaki kat situ. malas nkak tunggu balik terengganu. takut tak sempat siap.

lepas setel semua. aku terus balik. tapi aku tidak lalu lorong tadi, sebab malas nak berpanasan dan malas nak berjumpa dengan uncle tadi. aku lalu dilaluan yang jauh. takpe jauh, asal tak kena sapa lagi. tapi janggkaan aku meleset. aku disapa untuk kali kedua. ade soreang mamat ni jalan tepi aku. aku ingat pejalan kaki macam aku. tapi tidak. seperti uncle tadi, die mula bercicara dengan aku. tapi aku tidak dapat menangkap sebarang perkataan. aku cuba tanya dia supaya aku dapat dengar jelas pertanyaan die(time ni aku tak perasan lagi yang dia ni pun bapa ayam)."mahu amoi sabah ka?". sekali lagi. aku terus wat dek je.terus jalan. memmang gila. terang-terang tawar seks kat orang. memang gile babi. tanpa pandang belakang, aku terus jalan laju-laju ke stesen monorail. dalam perjalanan tu, aku terlihat perempuan tua yang berpakaian seksi(seksa?) ditempat yang agak gelap. wah, pelacuran pun ada yang tua. selama ni baca dalam paper je pelacur tua. sekarang, amek, dapat tengok depan-depan. lepas raya aku pergi lagi. kalu ikut aku tak nak pergi dah, tapi terpaksa sebab nak gnting rambut. dan satu tempat tu je yang aku tahu. tanye orang lain, ade yang tak tahu, ade yang lambat balas mesej. tapi kali kedua aku pergi, takde plok kene sapa lagi. pelacur tak abis raye kot.hahahaha....

Friday, September 3, 2010

Saturday, August 28, 2010

tipical malay....

sempena bulan merdeka ini, aku ingin coretkan sedikit cerita yang mungkin kamu tidak pernah dengar dan malah akan memaki aku sebagai talibaut komunis. hahhaa, ade aku kesah? pergi mampus la kepada semua orang!!

tajuk pun dah macam rasis dengan bangsa sendiri. ye ke? hahahaha. mungkin ya aku rasis dengan bangsa aku sendiri, mungkin tidak. tapi memang aku benci dengan sikap kebanyakkan orang melayu ni. terlalu tipikal dan ortodoks pemikiran mereka. bila sebut komunis, sosialis, anarkis, semuanya adalah jahat. kah kah kah. apa yang baik dimata kamu? berkopiah? berkot? bertali leher? weh come on la. yang berkopiah itu juga yang cabul anak dara kita. yang berkot itu juga yang rampas hak kita. yang bertali leher itu juga yang rompak harta kita. pandangan luaran tidak mencerminkan padangan dalaman.

berbalik kepada topik asal. bila sebut komunis, semua benda yang bersangkut paut dengan komunis adalah jahat. dari mana mereka tahu akan hal ini? semestinya dari buku sejarah sekolah yang tak cukup sekolah tu.buku itu hanya menceritakan cerita dipihak yang menang. yang, sememamgnnya komunis pernah melakukan kekejaman, tapi itu dimana? dinegara china, bukan disini. parti komunis malaya(pkm) yang terebentuk disini adalah untuk mencapai kemerdekanan dengan cara mereka. parti islam dengan cara mereka, parti buruh dengan cara mereka dan pkmm pun dengan cara mereka. tapi dengan satu tujuanm, iaitu merdeka. tidak seperti umno yang mana slogan mereka hanyalah hidup melayu. dan british memberikan kemerdekaan itu melalui umno kerena umno adalah parti yang tidak radikal untuk mekerdekaan dan mereka juga pro british. jadi senanglah british ingin menguasai tanah melayu jiga berurusan dengan parti pro british.

mungkin ada yang mengatakan aku menipu yang buku teks sejarah itu bohong. cuba kau lihat. dalam buku itu tertulis yang kita merdeka tanpa darah. bukankah ramai yang terkorban semasa zaman itu? tidak percaya, cari dalam youtube tentang sejarah merdeka tanah air kita. semestinya terpampar tentnag beberapa mayat membusuk kerana mati dimedan perang

melayu tipikal juga mengatakan komunis itu jahat kerana british mengharamkan parti itu. hal itu bukan kerana parti itu membunuh rakyat, tapi mereka membunuh askar british. british hanya menggunakan alasan komunis adalah pengganas kerana mereka tidak mahu rakyat memilih pemimpin yang bukan dari kalangan mereka. ini adalah politik semamta-mata, hanya untuk menjaga kepentingan british.

melayu tipikal juga menggunakan alasan komunis anti agama. kah kah kah. kerana mereka anti agama, kita perlu tentang? weh, mca dan mic tu agama islam ke? tapi kenapa umno bersekongkol? agama itu seperti satu kepercayaan. dan kita letakkan yang ateis itu adalah satu kepercayaan yang mana mereka tidak pecaya kewujudan tuhan dan yang beragama itu satu kepercayaan yang mana mereka percaya kewujudan tuhan. ya komunis berfahaman anti agama atau ateis atau tidak percaya kewujudan tuhan, tapi mereka tidak 100% ambil ideologi komunis itu dan kebanyakkan ahli pkmm adalah islam. tapi mereka tidaklah sampai membunuh mereka yang beragama. mereka dengan cara mereka, dan kita dengan cara kita. mana kamu pilih, antara komunis yang ateis tapi inginkan kemerdekan 100% dari penjajah atau umno yang 100 'islam' tapi mahu tinggal dibawah penjajah?

komunis itu adalah sebahagian cara untuk menuntut kemerdekaan. bukan yang digembur-gembur kan oleh british dan bonekanya, umno iaitu komunis ingin mengambil alih tanah melayu dan cina adalah akan memimpin tanah melayu. seperti biasa-biasa, mereka menggunakan isu perkauman. dan mereka masih menggunakan isu perkauman untuk menentang pergerakkan revolusiner pembebasan tanah air....

Sunday, August 22, 2010

student power...

semalam ( 20hb 8) aku menyertai fahmi reza dan mahasiswa Um untuk menghntar kertas kerja dasar (kkd) untuk mendapatkan kelulusan untuk membuat lecture di UM mengenai sejarah gerakan mahasiswa. walupun aku sampai lewat, tapi aku sempat berbual-bual dengan rakan-rakan disana. tapi ada berita yang menyedihkan. usul yang dibuat telah ditolak dengan alasan ia dibuat secara individu, bukan melalui persatuan. alasan kedua adalah kerana tiada lecturer yang bertauliah terbabit.

aku tidak faham kenapa mereka terlalu takut dengan student power. adakah kerana takut anasir komunis menular seperti yang diwar-warkan? adakah kerana arahan pihak atasan? bagi aku, mereka takut pada bayang-bayang merka sendiri.

seperti yang dijangkakan, mesti ada penentangan dari pihak lawan. ya, facebook 'kami bantah student power' telah dibuat. dan alasan mereka sangat dangkal. aku cuba membawa admin facebook itu untuk diskusi bersama. harap-harap dapat respon yang baik.

mahasiswa juga tidak ramai yang melibatkan diri. mungkin kerana takut di ambil tindakan. mungkin juga kerana mereka tidak mahu masuk campur dengan alasan tidak suka politik. cukup dangkal pemikiran mereka. dan aku sangat bersetuju yang projek kerajaan selama 40 tahun telah berjaya membuatkan mahasiswa menjadi lembu yang terbaik dari ladang. lebih kurang 40 tahu AUKU berjalan dengan sewenang-wenangnya didalam tempat menimbal ilmu. tapi ada juga yang setuju dengan AUKU. aku tidak tahu sebab apa mereka bersetuju.

sejarah tidak dapat menipu mahasiswa yang celik. AUKU digunakan untuk menyekat mahasiswa kerana mahasiswa mengganggu gugat kerajaan untuk merampas hak rakyat. sejarah itu tertulis dengan jelas didalam hati para pejuang mahasiswa dan dibukukan juga dengan rapi. tapi ramai mahasiswa yang tidak tahu kerana tidak membaca buku itu. mereka lebih selesa membaca buku naruto ataupun mangga.

tumpuan aku sekarang adalah untuk menyedarkan mahasiswa yang masih terlena dengan kesenangan supaya sedar dan bangkit melawan ketidak aldialn yang berlaku dibumi malaysia ini.

untuk membaca berita tentang sesi menghantar KKD, sila klik disini

kisah saleh...

baru-baru ini kes salleh bintang kertas tersebar meluas di dalam internet. dan aku merasakan suku rakyat malaysia sudah tahu mengenainya. tapi apakan daya. itu memang salah saleh.

bagi aku, jika mahu jadi free thinker, kena juga hormat antara satu sama lain. kerana statement yang dikeluarkan oleh saleh itu memang mengganggu sensitiviti sesetengah pihak. mana ideologi yang kamu juangkan saleh? adakah kerena mereka menyakiti kamu menjadikan satu lesen untuk kamu membenci mereka?

kerana dia juga membuatkan imej punk tercalar. aku tidak salahkan dia 100%. kerana setip orang melakukan kesilapan. harap-harap selepas ini, dia akan buat statement yang lebih bernas.