Friday, April 22, 2011

nasi lemak...

Orang yang tak reti jaga badan, nasi lemak yang kena. Tu lah yang terjadi sekarang. Kerajaan dah nak haramkan penjualan nasi lemak dikantin sekolah. Hahaha, tapi aku sokong idea ni. Tapi yang aku tak puas hati, kenapa baru sekarang nak buat? Kang aku dah gemuk sampai sekarang. Biol.

Ramai yang tak puas hati sebab tak munasabah. Sebab orang lain makan juga nasi lemak, tapi tak la gemuk. Cuma cara pemakanan masing2 yang berbeza sampai ade yang gemuk, ada yang kurus. Itu aku tak boleh nafikan. Ada betul juga. Tapi pengawalan juga perlu bagi mengawal.

Lagi bagus apa kalau bagi makanan yang bagus, halal dan sedap. Ni dari sekolah tadika sampai sekolah menengah, tak miss air teh O bing, sirap bing, milo O bing dan air berkabonat. Macam mana la orang Malaysia nak cerdik. Dari kecil sampai besar makan minum dari bahan tak bagus. tengok orang cina, bawak air masak botol besar kesekolah. Orang melayu kutuk2, tapi tak sebdar air masak tu la buat dorang cerdik dan pandai. Orang melayu dapat ape? Buat pandai ade la. Hahahahaha....

Dulu ada kempen minum susu la, ape lancaw la. Tapi sekerat jalan je buat. Orang malaysia ni memang suka buat kerja sekerat jalan ke? Aku rasa memang. Aku sendiri pu buat keje sekerat jalan. Kah kah kah. Kenapa tak buat je kempen minum susu tu untuk semua. Ni buat kempen untuk orang miskin. Orang miskin nak buku dan baju free. Bukan nak susu free bodoh. Otak menteri ni memang masuk air la.

Dah tu kempen punya kempen, pelajar lain kene berli susu. Dah la susu tu mahal. Tak silap aku time tu 1 kotak air susu rm1. Kira mahal la. Aku dapat duit saku pun rm1. Baik aku beli air kat kantin. rm1 tu dapat minum 5 kali. Aku rasa tu pun kempen atas projek kroni kot. Hahahaha. Kerajaan malaysia memang kuat pengaruh kronism. Sampai nak keje pun kene ade kabel. lagi-lagi kat Terengganu.

Ape-ape pun, aku nak tengok berjalan dengan lancar tak projek ni. Sebab aku taw, semua projek kerajaan jalan separuh je. Macam email 1malaysia. Dulu dah ade web wau. Sekarang dah senyap. Ni nak buat balik. Dan dah tersebar cerita yang projek ni adalah untuk selamatkan kompeni adik najib si bibir merah. Ni la kerajaan kesukaan orang malaysia. Terutamanya orang melayu yang suka buat2 pandai dek keranan kuat makan makanan tak bagus. Hahahahahha....

Monday, April 4, 2011

cerita dulu2 - kene lebong...

teringat cerita masa kecik2. selalu kene buli dan tipu ngan abang2. tak terkecuali ngan kakak. cerita ni antara aku ngan akak aku. dulu2 kami sentiasa berebut-rebut nak tengok movie. biase la, aku paling kecik, mesti nak tengok kartun. x buleh miss punya. yang lain nak tengok cite drama.

dulu2 tv takde remote, so yang paling rajin tukar channel adalah aku. yang lain ni, berat punggung hanya jerit2 suruh tukar. ade yang ugut nak sepak la. taknak bagi coklat la, cakap dosa lawan abang la. hai, macam2 la kami adik-beradik.

nak dijadikan cerita, akak aku cakap cerita yang ditayangkan dalam tv3 tu akak aku ade masuk. aku punya percaya bukan main. terus diam sambil tunggu nak tengok akak aku masuk tv. tunggu punya tunggu, aku tanye die mane part yang die keluar tv. die cakap depan lagi. ok, aku sabar menunggu. dah sejam , takde. aku tanye lagi. die cakap lepas iklan. last-last cerita tu abis. aku pun tanye la, mane ade die masuk tv, dorang ketawa. celake aku kene kencing rupanya. ape lagi, aku gunakan kuasa veto anak bongsu yang aku ada ni pergi report ngan mak aku sambil nangis-nangis. ape lagi, rasalah dorang ngan fire leteran mak aku.

tapi aku x puas hati sebab tak dapat tengok kartun dan ditipu hidup-hidup. moral of the story, budak-budak senang amat untuk ditipu dan yang kedua, jangankah tipu budak-budak sebab tipu budak-budak sangat-sangat tak cool....

Saturday, March 19, 2011

dialog...


komander : kamu harus mengikut segala arahan ketua walau apa pun keadaan. sedang tidur, sedang makan, sedang beristirehat, mahupun sedang solat!

pelajar : kami bukan tentera untuk mengikut sebarang arahan.

komender : jikalau keadaan darurat, kamu diserang musuh, apa kamu dapat pertahankan negara ini?

pelajar : apa gunanya tentera jika tidak dapat melindungi daulat negara ini? apa gunanya pemimpin jika tidak dapat melindungi rakyatnya?

komander : jikalau semua askar mati. apa yang kamu lakukan? ini adalah salah satu pelajaran bagi memepersiapkan diri kamu semua untuk menghadapi keadaan itu.

pelajar : matinya askar, matilah rakyat. itulah tugas tentera, menjaga rakyat. jiakn benar mereka ingin berkhidmat untuk rakyat, mereka akan buat yang terbaik seolah-olah rakyat itu nyawa mereka.

komender : bodoh! jikalau bergitu, apa guna jadi rakyat?

pelajar : tugas rakyat mengarah para pemimpin dan para tentera. itulah tugas rakyat. dan sekarang, kami rakyat mengarahkan kamu komander, persiapkan tentera-tentera kamu untuk mempertahankan daulat negara ini.

Tuesday, March 15, 2011

nuklear...

sekarang riuh pasal tsunami yang melanda Jepun. Jepun bagaikan lumpuh kerana penjana nuklear mereka rosak. Rakyat Jepun sukar mendapatkan bekalan elektrik sekarang. Mereka juga terputus hubungan. Pada waktu ini, dianggarkan beribu-ribu rakyat Jepun mati.

Tidak lupa juga warga kita disana yang belajar dan bekerja. Bagaimana keadaan mereka. Setakat ni tiada jumlah yang betul/ tepat tentang jumlah rakyat kita yang terselamat. Radiasi nuklear semakin hari semakin merbak, tapi kerajaan masih tidak lagi mengisytiharkan untuk membawa pulang warga kita. Kenapa hal ini terjadi? Adakah kerana kerajaan sudah tiada duit? Atau nuklear tidak sebahaya revolusi Mesir?

Akhbar ada menyatakan yang warga kita hanya dipindahkan ke tempat yang selamat. Tapi ' selamat ke 'tempat selamat' tu? Dan kerajaan masih juga berdegil mahu bina penjana nuklear disini. Aku tak tahu apa yang mereka(kerajaan) cuba buat dengan terbinanya penjana nuklear dimalaysia.

Berita Harian ada memaparkan berita tentang botol susu jenis policarbonate diharamkan (klik disini). Tapi tunggu 2012 baru dikuatkuasakan. Dengan alasan supaya pihak industri membuat persediaan awal bagi untuk menukar atau membeli peralatan baru. Celaka sungguh kerajaan negeri ini. Rakyat dihalau dari tanah kerajaan dengan cepat. Kalau bagi tempoh pun tidak cukup. Tapi kalau sesuatu tu dari pihak kapitalis, kerajaan bagi masa untuk bersiap sedia. Nampak sangat kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan. Seriuslly shit...

Monday, March 7, 2011

refresh...

Lama tak mendengar lagu sendiri. Tiba-tiba je tadi mulut menyanyi riang lagu flying high. Hahahha, tangan terus lancar mencari folder lagu tersebut.

Nafsu halwa telinga sudah puas dengan manatap lagu sendiri. Teringat pula masa dulu. Jamming, lepak, main gig. Tapi sekarang semua macam dah senyap. mungkin sibuk dengan kareer masing-masing. Ye la, apek ade penang, aku pula ade di KL. tinggal lok ngan bujoe je. Bila la nak jamming balik. Tiba-tiba je semangat dulu datang.

Haish. Apa yang datang merasuk aku ni malam-malam layan lagu berhantu lok ni? Hahahah.
i've mine own wings, and i'll gone tonite....

Saturday, February 26, 2011

tudung

Tadi, aku sempat menonton dokumentari pasal pemakaian tudung dikalangan muslimah di Malaysia. Bertempat di Annexe. Dokumentari ni menarik kau untuk menulis sesuatu mengenai situasi yang sedang berlaku.

Sejauh mana wanita sekarang memakai tudung atas dasar takut kepada tuhan? Ada yang memakai tudung atas dasar dipaksa dan terpaksa.Ramai yang pakai tudung sebab takut dimarahi oleh ayah. Ramai yang pakai sebab tidak mahu orang sekeliling melabel mereka sebagai manusia berdosa.

Kita lihat maksud hijab. Hijab itu adalah tadbir, penghalang atau dinding. Kalau hijab dalam konteks ini, ia adalah satu tabdir atau penghalang antara mata dengan aurat. Hal ini kerana ia tidaj nahu mendatangkan fitnah dan nafsu syalwat. Jika seorang wanita berbogel disebelah laki-laki, dan laki-laki itu tidak rasa apa-apa, itu tidak ada masalah. Tapi masalahnya, jika laki-laki itu tidak dapat tahan dengan godaan itu?

Tidak semua lelaki dapat mengawal nafsu mereka. Ada macam-macam perkara berbangkit semasa tayang itu kerana perlbagai mazhab, pelbagai pendapat. Ada mazhab yang cakap takpe tak pakai hijab. Ada yang cakap wajib. Tapi aku tidak tahu apa hujah mereka. Itu kena membaca lagi tulisan mereka.

Yang menarik untuk aku kupas disini adalah persoalan tiada siapa ada hak untuk menyuruh memakai tudung. Bagi aku menyuruh adalah satu paksaan. Tiada paksaan dalam agama. Tapi kita ada hak untuk mengajar mereka.

Contoh. Jika kita punya anak, kita berhak untuk mengajar mereka memakai tudung sehinggalah mereka baligh. Dan jika selelas merela baligh, mereka tidak mahu juga pakai tudung, itu hak mereka. Sebab itu dosa orang dah baligh tidak ditanggung lagi oleh si penjaga.. Jika itu pilihan mereka, mereka tanggung sendiri dosa mereka.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat aku. Aku cuba jelaskan. Kalau kamu cakap orang tiada hak untuk mengajar anak mereka memakai tudung, jadi kamu tidak patut mengajar anak kamu makan. Tidak mengajar mereka bercakap, berjalan, memangggil mana kamu. Kerana kamu tiada hak untuk mengajar!. Sebagai manusia, kamu berhak mengajar mereka untuk menjadi manusia. Itu fitrah manusia. Sebagai muslim, itu hak mereka untuk mengajar generasi mereka. sebagai buddha, itu hak mereka untuk mengajar mereka cara buddha. Apa ade hal?

Kita perlu memberi mereka pendidikan yang paling basis sehingga mereka dapat berdikari dan dapat bezakan baik dan buruk. Sebab itu, kita sudah perlu mengajar mereka untuk cara memilih, bukan mengikut. Dan kamu mesti faham yang mengajar adalah bukan memaksa. Jika dalam proses mengajar mereka tidak turuti, paksaan bukan cara terbaik. Kerana dengan paksaan akan menjadikan seseorang lagi jauh untuk memahami sesuatu.

Dikalangan rakyat muslim Malaysia agak sempit pemikirannya. Mereka suka menghukum orang daripada menasihat. Hukum-menghukum ini adalaj kerja Tuhan. Kita sebagai manusia hanya dapat menasihati mereka. Ramai isteri kepada ulama pada zaman dulu tidak pakai tudung atau pun pakai tudung dengan tidak sempurna. Seperti isteri Burhanudin Al Helmi, isteri NIk Aziz, ulama di Indonesia. Hal ini dikatakan mereka berlainan pendapat dengan ulama disini dan ada juga mengatakan yang mereka tidak memaksa mereka untuk bertudung selain dengan kerelaan hati.

Akhir kata, jangan prijudis terhadap orang yang lain daripada normal. Hormat menghormati adalah kunci keamanan.

Tuesday, February 22, 2011

penat...

revolusi belum berakhir

apa cerita warga mesir? apa cerita anak muda tunisia? apa khabar para demonstran jalanan di seluruh dunia? masih bersemangat mahukan revolusi?

pada waktu ini, di bumi arab masih lagi chaos. pelajar malaysia sudah lama sampai di rumah masing2. bersantai-santai dirumah. kerajaan pula buat-buat pandai untuk membuat keputusan bagaimana untuk menangani masalah pelajar malaysia yang tersangkut dalam pengajian mereka selepas tempat belajar mereka terpaksa ditutup kerana darurat.

apa nak jadi dengan kerajaan malaysia. kata negara demokrasi. tapi buat keputusan tak pernah tanya pendapat rakyat. buat keputusan mengikut sedap hati si tua keparat. fuck orang tua keparat!!!



pilihanraya kampus

sekarang sibuk cerita pilihnaraya kampus. di Unikl MIIT sudah selamat. ramai calon terpaksa dari calon yang rela untuk bertanding. dan aku, tidak mengundi walaupun calon MPP adalah housemate aku.

watpe aku nak mengundi kalau tak tahu ape moto mereka. tak tahu apa perjuangan mereka. hari isnin keluar nama calon, hari selasa cuti, tut tut hari rabu mengundi. WTF. baik tak payah adakan pilihanraya kampus. orang atas ke yang pilih. daripada 24++ student Unikl MIIt, hanya 8++ je yang mengundi. hahaha, kesian. aku tak tahu sama ada pelajar unikl macam akau ataw mereka memang taknak amek port pasal bende macam ni. dan housemate aku tercalon jadi MPP

berlainan pula dengan cerita di UKM dan UM. di UKM chaos sebab nama pencalon dikeluarkan tanpa sebab dan di UM calon pro-m sepatutnya terkeluar, tapi amsih boleh bertanding. ini mendatangkan kemarahan mahasiswa disana. mereka berdemo mengelilingi kampus mereka. tapi seperti biasa, mereka tumbang. walaupun tumbang, ia tidak bererti kalah.

p/s: di umikl MIIt masih undi pakai kertas. x update langsung...


kelab filem dan diskusi

aku ingin menubuhkan kelab filem dan diskusi di Unikl MIIT. ia salah satu plan untuk memasukkan fahmi reza dan lecturer power student ke sana. salah satu event yang aku nak buat adalah screening cerita pasal human right/ filem yang kiri/ dilem yang mempunyai mesej tersirat. dan selepas itu ada sesi diskusi bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit selepas menonton filem tersebut.

cool tak plan aku? tapi masalahnya, proposal tak siap-siap lagi. aduyai. nak dapatkan cop pengesahan lagi susah. harap-harap dapat siapkan secepat mungkin