Saturday, July 16, 2011

pako, the legend...


setiap kali aku teringatkan kau...
setiap kali aku dengar lagu kau...
setiap kali aku lihat aksi kau di pentas bersama bandmate kau..
aksi kita juga pada semester lepas...
aku tidak akan terlepas untuk mengucapkan ; celaka, kenapa kau mati?

ya, itu la zikir yang aku sedekahkan kepada kau Pako...
sungguh aku tak sangka kau pergi meniggalkan kami bergitu saja...

mana janji-janji kau?

kepada siapa nak aku lempiaskan nafsu aku untuk berdebat?
kau saja lah yang terbaik untuk aku berkata-kata, bermaki-makian atas pendapat masing-masing...

siapa lagi mahu mendendangkan lagu untuk kami ketika kami kebosanan?
kau sajalah penghibur yang kami ada...

celaka, kenapa kau mati?

ya, sekali lagi ucapan itu terucap...



semoga kau aman disana kawan....


8 Jun 1987 - 6 Julai 2011



Mohd Afif Bin Nordin
a.k.a
Pako


Thursday, July 14, 2011

buka minda...

Kepada yang membaca blog aku ini, aku seru supaya kamu janganlah hanya membaca Utusan, Berita Harian dan tengok tv3. Kerana mereka hanya membaca skrip yang sudah ditulis oleh sang pemerintah tirani. Kenapa aku katakan demikian? Sila tengok dengan minda yang terbuka. ini baru media yang telus.


a.samad said...

sekarang aku gila a. samad said...
puisi beliau berjaya membakar semangat aku...
puisi beliau berjaya memecahkan tembok kebisuan...
puisi beliau berjaya merobohkan kesombongan sang tirani...

Friday, July 1, 2011

menghitung...

Sekarang ramai orang sedang menghitung hari. Tinggal 9 hari lagi pesta BERSIH akan berlangsung. Seperti biasa, pihak penguasa dengan rakus mencabuli hak asasi manusia. Sampaikan pakai baju warna kuning kene tangkap. Mujur aku tak bogel. Bodoh ni macam ada.

Kenapa tak haramkan baju Che Guavera? Baju Osama? Padahal 2 orang ini adalah satu ikon yang sangat radikal dan kitakan jahat. Che adalah pejuang revolusi yang berideologi komunisma dan Osama dikatakan seorang agamawan yang extremis sampai menghalalkan pembunuhan. tapi bodoh ni macam-macam, inilah yang terjadi. Terlalu takut dengan kebangkitan rakyat, bende yang remeh menjaditrauma yang hebat.

Tidak kurang juga beberapa pengcacai yang membalas komen dengan pandangan yang kurang bernas. Bila dibalas, mereka tidak dapat membalas, malah ada yang membalas dengan cacian dan pointless. tak kurang juga manusia yang hanya membaca Utusan dan TV3 yang mane kita tahu ketelusan berita sangat ditahap zero. Tapi bagi manusia-manusia ini, Utusan dan TV3 adalah kitab yang patut dipatuhi tanpa berfikir dengan waras.

Yang terbaru yang aku sempat lihat adalah perihal Lynas. karam Singh Walia mengatakan kita perlu mengikut kata pakar dalam bidang itu, bukan pakar dibidang lain. Malangnya, yang mengatakan tentang kebaikkan Lynas adalah seorang budak yang baru grad. Aku tulis demikian kerana susuk tubuh mamat itu masih muda dan masih mentah. Sedangkan pakar dari Australia sendiri katakan bahan sisa yang akan dikeluarkan oleh Lynas adalah berbahaya. Sebab itulah mereka (rakyat) tidak setuju dibuat di Australia. Boleh pulak dibandingkan dengan asap rokok yang dikatakan lebih berbahaya dari bahan kumbahan dari kilang Lynas. Kalau yang lemah iman mahupun bodo letor, memang percaya 100% apa yang dikatakan oleh mamat tu.

Berita pasal BERSIH juga tak kurang hebatnya. Polis rampas dan tangkap sesiapa yang pakai baju BERSIH. Baju patriot dan orang yang pakai baju patriot tak tangkap? Eh lupa, polis anjing kerajaan je. Takkan nak tangkap orang mereka sendiri. Terlintas dimulut rakanku yang mana, kemanakah baju-baju yang dirampas itu pergi? Rumusan yang dapat diteka adalah, mungkin SB akan pakai baju tersebut, dan menjadi dalang kepada kekecohan. So, aku akan cuba usul kepada pihak BERSIH agar melarang rakyat yang ingin turun ke BERSIH untuk memakai baju BERSIH.

Pada hemat aku, BERSIH ni takkan aman. Pasti ada pertempuran. Dan aku rasa, aku sendiri akan ditangkap. Harap-harap aku tak cedera, terseksa dan seumpamanya didalam tahana polis nanti. Kepada pencacai umno dan rakyat yang tak nampak kekejaman kerajaan, sila datang ke tempat kejadian, dan jadi sebagai pemerhati. Lihat siapa yang buat kecoh. Nilai sendiri.

Monday, June 27, 2011

gelombang kuning...

Aku rasa rakyat Malaysia sudah bangkit dari tidur. Ramai teman-temanku yang dulu tidak ambil tahu tentang politik, sekarang berapi-api bercerita tentang BERSIH. Berapi-api cerita tentang keburukkan kerajaan.

Dengar cerita 4 buah kereta nak gerakkan ke BERSIH kali ni. Betul ke tidak aku tak ambil perduli. Kerana bagi aku, mereka sudah sedar tentang realiti sekarang sudah memadai. Sudah memadai jika mereka hanya benci sistem yang berjalan didalam kerajaan Malaysia ini tanpa sebarang aksi.

Anak muda sekarang sudah bangkit. Sudah pandai menilai. Bukan seperti dulu. Tekanan demi tekanan mereka sudah rasa. Perit. Minyak naik. Gula naik. Harga makanan naik. Barang-barang keperluan naik. Senang cerita semua benda sudah naik.

Pernah sekali diumumkan di dalam berita yang Petronas untung berbilion ringgit. Selepas (lebih kurang) 2 bulan kemudian, harga minyak dinaikkan dengan alasan kerajaan takde duit. Aku tidak sempat untuk mengambil keratan akhbar yang mengatakan Petronas untung berbilion itu. Jika tidak aku boleh post disini.

Kerajaan sangat takut jika rakyat bangkit. Merka takut terjadi seperti di Mesir, Tunisia dan beberapa negara lagi. Najib takut dibicara seperti Mubarak. Rosmah takut harta dibekukan. Lalu pelbagai cara mereka guna untuk mengotorkan BERSIH. Melalui akhbar yang berat sebelah, media elektronik dan lain-lain. Demo bukan budaya kita, demo akan menyebabkan huru-hara, demo menyusahkan orang ramai, demo itu demo ini. Tidak kurang juga mahasiswa tolol muncul membuat conference hentam BERSIH. Suam tuduhan suda terjawap. Tapi masih ada lagi yang percaya dengan Utusan, berita harian dan sebagainya.

Jika demo bukan budaya kita, kenapa dulu umno buat demo emnentang British? Jika demo akan menyebabkan huru hara, suruh lah polis berkawal, bukan suruh polis yang buat huru-hara. Jika demo menyusahkkan orang ramai, lain kali haramkan sekali perarakkan maulidur Rasul, Le Tour De Langkawi, Perarakkan Merdeka, Taipusam dan sebagainya.

Yang peliknya, bukan hanya BERSIH saja yang akan buat demo pada hari itu, tapi PERKASA dan Pemuda umno. Tapi kenapa hanya penyokong BERSIH saja yang ditangkap? Ibrahim Ali terang-terang mengeluarkan kata-kata bersifat rasis masih tidak lagi ditangkap. Sah kerajaan berat sebelah dan kerajaan takut dengan kebangkita rakyat Malaysia. Sudah jelas. Sudah terang. Tapi masih lagi ada yang tidak setuju dengan BERSIH.




Kalau susah nak bersihkan kekotoran dengan cara lembut, gunalah sabun dan sental dengan kuat.

Thursday, June 23, 2011

seperti malam yang sudah...

Malam ni aku masih lagi tidur lewat. Mata masih lagi tidak mahu pejamkan mata. Barang kali aku sudah menjadi kelawar malam? Kipas jenama Sanas yang dibelikan oleh ayahku tahun lalu berputar laju, walaupun butan 'speed' die menunjukkan nombor 1. Rasa sejuk menusuk kalbu.

Malam-malam seperti ini aku menghabiskan masa aku dengan bertapa didepan lap top. Bersembang dengan kawan melalui Facebook. Berselang-seli dengan membaca buku yang aku beli pada tempoh hari. Sekarang buku Petak menjadi mangsa kerakusan manusia yang bernama Kudin mentelaah sampai habis. Tapi apakan daya, perasaan ingin bermalas-malasan lagi kuat dari keinginan membaca buku. Lalu aku simpan buku rapi di hujung penjuru katil usangku.

Air masak yang berada didalam gelas pelastik yang aku ambil sebelum ini masih berbaki separuh. Lalu aku pegang erat, merapatkan gelas itu ke bibirku, lalu isi gelas itu mencurah jatuh kedalam mulut aku. Membasahi kerongkong aku, seperti membasahi perigi yang kontang di Afrika utara. Hilang dahaga. Syukur Tuhan bagi Allah.

Malam ini agak lain rasanya. Sejuknya rasa lain, penatnya rasa lain, bosannya rasa lain. Alangkah seronok jika ada seorang teman yang bisa setia dengan aku. Yang bisa telefon atau mesej dengan aku 24 jam? Biar hilang bosan aku. Biar aku leka bercinta dari aku merempit. Tapi apakan daya, jodoh masih lagi tidak menyapa aku. Mungkin Tuhan sengaja menjauhkan aku dari jodoh. Dan aku pasti, pasti ada hikmah disebaliknya.



Tuhan kirimkanlah aku..
kekasih yang baik hati...
tuk mencintai aku...
apa adanya...

Wednesday, June 22, 2011

kiasan realiti...

kamu ada sebuah tanah. berekar-ekar besarnya. kamu dan famili kamu berpindah dari kota maksiat ke kampung. hanya semata-mata mahu menghidupi kampung halaman yang terbiar.

tanah yang berekar-ekar itu kamu usahakan dengan baik. mengupah beberapa pekerja menjalankan usaha kamu. kamu menanam sayur, buah-buahan serta menternak binatan al-an'am untuk dijual.

setiap bulan kamu membiayai gaji pekerja kamu sebanyak rm800 seoran.dengan wang sebanyak rm10 ribu, kamu mengamanahkan ketua pekerja kamu untuk membeli barang keperluan.beli baja, benih, cangkul, kayu dan sebagainya. tapi mereka mensonglap beribu-ribu banyaknya duit yang diamanahkan. dan meminta lagi wang untuk membeli barang dengan alasan yang tidak menasabah, tapi kamu percaya bulat-bulat.

tiba waktu musim menuai. buah-buahan banyak dikutip. dikumpul setempat. setelah selesai mengutip buah, mereka membawakan buah-buah itu kerumah kamu dan menjualkannya kepada kamu dengan harga yang melebihi harga pasaran. dan kamu dengan bangganya membeli buah itu.

soalan cepu emas, siapa yang untung? kamu, tuan tanah atau pekerja?



nota kaki : jika masih tak faham, sila tukar perkataaan 'kamu' kepada rakyat dan perkataan 'pekerja' kepada kerajaan. selamat berfikir.