Salam sejahtera dan selamat tahun
baru. Tahun 2014 dimulakan dengan demonstrasi oleh rakyat Malaysia yang tidak
puas hati terhadap kenaikkan harga barang yang tinggi sehinggakan betul-betul
membebankan rakyat. Aplikasi kenaikkan harga minyak sendiri sudah membebankan
rakyat, ditambah lagi dengan kenaikkan harga tol, elektrik dan cukai tanah. Tekanan
ini tidak lain tidak bukan adalah disebabkan dari pihak kerajaan yang terpaksa
mengurangkan subsidi dan menaikkan harga untuk meganti balik duit yang diguna
pakai secara boros. Amat boros.
Keborosan kerajaan Malaysia tidak
lagi dapat diselindung kerana setiap sudut gerak geri menteri-menteri sering
diperhatikan. Malah ada yang menjadi tali barut kerana ketidak puasan hati
mereka disebabkan perangai menteri menteri sekarang. Malah ada yang berani
mengecam tindakkan PM atas kesulitan yang dihadapi sedangkan mereka adalah ahli
atau pengikut setia parti BN. Nampak gaya, mereka sudah tersedar sedikit
tentang kemelesatan ini bukan hanya terkesan kepada rakyat yang menyokong PR.
Pelbagai saranan bodoh di berikan
oleh menteri untuk rakyat hadapi masalah kegawatan ekonomi ini. Antaranya
menyarankan tidak perlu komsum sesuatu barang itu jika barang itu kita tidak
mampu miliki. Atau dengan kata lain, harga itu mahal. Itu adalah asalan yang
paling dangkal jika dilihat ia dikeluarkan dari sosok tubuh yang berjawatan
menteri. Jadi memang benarlah momokan dari rakyat mengatakan menteri-menteri di
Malaysia ini berfikiran sempit.
Oleh kerana bebanan ini, ramai
rakyat Malaysia mula bertindak radikal dengan berniaga secara haram. Bukan haram
dari segi menjual barangan haram, tapi cara urus niaga itu ditakrifkan sebagai
haram. Untuk memaksimakan keuntungan, para peniaga cuba meminimumkan kos
pengeluaran. Antarannya, peniaga menggunakan barangan yang murah, yang mana
kebiasaannya barangan ini mutu barangnya adalah rendah. Secara tidak langsung
ia memudaratkan kesihatan.
Memaksimumkan Keuntungan
Tapi itu bukan yang aku ingin
tonjolkan dalam penulisan ini. Yang ingin aku tonjolkan adalah hal berniaga
secara gerai ditepi jalan. Dengan berniaga ditepi jalan, kos untuk mnyewa
bangunan atau tapak dapat dikurangkan. Kerana kos penyewaan bangunan atau tapak
adalah sangat tinggi lebih-lebih lagi jika tempat itu berdekatana dengan Bandar.
Sewa tapak di Wangsamaju saja sudah mencecah rm500 utk tapak seluas 20X20. Itu tapak
ditepi jalan. Bagaimana pula dengan sewa sebuah lot kedai? Kebiasaannya tidak
kurang dari rm10k satu bulan.
Dengan itu, perniaga dapat
menjual harga makanan dengan murah dan dapat menjimatkan perbelanjaan harian
rakyat. Rakyat sekarang terpaksa kerja keras untuk mendapat duit lebih. Antara caranya
adalah berkerja sampingan. Oleh itu, mereka tidak ada masa untuk memasak. Solusinya,
mereka membeli makan diluar dan cara untuk berjimat adalah dengan membeli
makanan digerai-gerai tepi jalan yang mana lebih murah berbanding dengan harga
di restoran berbangunan.
Hal ini dapat kita lihat sendiri
yang mana peniaga ditepi jalan tumbuh dengan cepat seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Di Wangsamaju sendiri memperlihatkan fenomena ini berlaku dengan
cepat. Pelbagai juadah dihidangakan bagi menarik pelanggan untuk membelinya.
Dahulu kita dimomokkan dengan
gerai-gerai tepi jalan ini diragui kebersihannya. Tapi kerana kesepitan
kewangan, rakyat sudah tidak perduli dengan momokan itu, janji dapat makan. Di sekitar
Wangsamaju, juadah yang dijual boleh dikatakan ekonomikal kerana juadahnya
tidaklah mahal sngat dan tidak murah sangat. Harga nasi kukus ayam goreng yang
dijual ditepi jalan berharga rm3.50. Kuantiti makanan itu dapat mengeyangkan
para pembeli. Kuih muih juga masih lagi rm1 untuk 3 ketul kuih, berbanding
dengan gerai yang berlesen yang mana harganya rm2 untuk 5 ketul.
Kesempitan hidup ini membuatkan
ramai orang berbelanja secara berhemah. Kalau dulu pergi keluar kemana-mana,
tidak kisah sangat untuk berbelanja. Kini, mereka berkira-kira untuk berbelanja
dan malah ada yang sanggup tidak keluar rumah pada sebelah malam atau pada hari
minggu semata-mata untuk berjimat. Ini boleh dikatakan meragut kebebasan rakyat.
Kerana rakyat berhak untuk berhibur dengan pelbagai cara.
Resolusi Menindas
Saranan menteri supaya rakyat
berjimat dan mencari resolusi sendiri bagi mengautkan keuntungan. Tapi malangnya,
cara untuk mengaut keuntungan itu disalah ertikan. Mereka yang berniaga tanpa lesen
diburu oleh pihak berkuasa seperti DBKL. Apa ertinya ini? Dicadangkan cari
resolusi untuk cari keuntungan atau duit lebih, tapi dihalang. Bagaimana lagi
para peniaga ingin mendapat untung lebih jika cara mendapatkan untung lebih
dihalang malah didenda jika disabitkan dengan kesalahan.
Bukan setakat denda, malah ada
yang gerai mereka disita. Bila hal ini terjadi, lagi bertambah masalah kewangan
yang peniaga hadapi. Begitu juga dengan hal menaikkan harga barang. Menter-menteri
member amaran kepada peniaga jangan naikkan harga barang kerana ia membebankan
rakyat, masalahnya jika tidak menaikkan harga barang, ia membebankan peniaga.
Harga minyak naik, kos pengankutan
naik, mana mungkin kos barangan tidak naik. Jika tidak naik, macam mana para
peniaga nak dapat untung? Itu belum GST dilaksanakan. Jika dilaksanakan, lagi
bertambah mahal harga barang. Dijangkakan jika GST, tol naik, tariff elektrik
naik dan cukai tanah dilaksanakan, harga barang boleh meningkat mencecah 300%. Nilai
ini sangat besar bagi rata-rata rakyat Malaysia yang bergaji kurang dari rm2000
sebulan.
Resolusi
Aku sendiri terasa kenaikkan
harga barang kini. Walaupun sebagai pelajar tahun akhir yang mendapat pinjaman,
aku juga terkesan. Alaun bulanan aku rm700 hanya dapat menampung hidup aku
cukup-cukup makan dengan tinggal 10 orang 1 rumah, motorsikal buruk yang tak
pernah disekenggara dengan baik kerana harga barangan motor juga terkesan
dengan kenaikkan harga barang. Bila ditolak dan di tambah, aku hanya ada sekitar
rm350 untuk beberlanja makan selama sebulan. Yang lain digukanan untuk rumah
sewa, api air, motor dan barang kelengkapan diri. Kadang-kadang barang
kelengkapan diri aku tak beli sebab aku perlukan duit lebih untuk hal yang
lain. Maka, sabun dan ubat gigi teman serumah menjadi mangsa rompakan aku.
Tidak lain tidak bukan, cara
untuk menangani masalah ini adalah dengan kita menyuarakan sara hati kita. Biar
dunia ini dengan dengan masalah yang kita hadapi. Bagaimana caranya? Mungkin dengan
berdemonstrasi? Atau pun gulingkan kerajaan sedia ada? Ayuh kita sama-sama
renungkan.