Feminism adalah satu ideologi ciptaan manusia yang
berteraskan untuk melawan penindasan terhadap kaum wanita. Biasanya entiti yang
dipersalahkan adalah kaum lelaki. Ini secara tidak langsung, ideologi melawan
seksis ini sendiri seksis terhadapa gander berlawanan dengan gender tersebut. Sekadar
pengenalan ringkas tentang feminism ,
ideologi ini terbit pada abad ke-18 oleh Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis
de Condorcet. Ia berkembang setelah Revolusi Amerika 1776 dan Revolusi Prancis
pada 1792, yang mana pengetahuan tentang hak tersebar dengan meluas,
termasuklah hak kaum wanita.
Penindasan adalah satu perkara yang kita harus tentang
kerana ia telah mengambil hak seseorang. Dan ini termaktub dalam deklarasi hak asasi manusia
(Universal Declaration of Human Rights) iaitu, semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan rights.Mereka dikurniakan dengan pemikiran
dan perasaan hati dan hendaklah
bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan (artikel 1). Dalam konteks
ini, wanita kerap menjadi sasaran keganasan dan penindasan dari pihak lelaki
dan wanita. Ya, penindasan terhadap wanita
juga berlaku bukan hanya dari pihak lelaki, malah dari pihak wanita
sendiri. Hal ini boleh di buktikan melalui budaya negara Kyrgyzstan. Dinegara ini,
budaya menculik wanita untuk dikahwinkan kepada anak atau sadara lelaki adalah
perkara biasa. Dan watak yang muncul dalam komplot ini juga terdiri dari kaum
wanita.
Tapi adakah apa yang diperjuangakan oleh
pendokong feminisim ini? Salah satu perjuangan ideologi ini adalah kesetaraan
dengan kaum lelaki. Bagi aku, ini tidak betul. Mereka yang tertindas ini terasa
mereka sangat terhina dengan pelbagai penindasan yang berlaku. Sehinggakan mereka
berasa mereka tidak setara dengan kaum lelaki. Setara itu adalah sebuah nilai,
dan taraf itu adalah kedudukan. Wanita tidak boleh meletakkan mereka setara dan
setaraf dengan lelaki. Malah, lelaki juga tidak boleh meletakkan sereka setara
dan setaraf dengan wanita. Hal ini kerana, dua gender ini mempunya kedudukan
setara dan taraf yang berbeza.
Feminism secara tidak langsung telah
meletakkan satu taraf yang mana perbezaan ini perlu dihapuskan dan disetarakan
bagi kemakmuran. Tapi taraf wanita tidak sama dengan taraf lelaki. Contoh senang
adalah seperti satu pasukan bola sepak. Setiap pemain adlah manusi. Cuma bezanya
adalah posisi masing-masing. Ada pengjaga gol, penyerang, pertahanan dan
sebagainya. Disini ada dua sisi yang berbeza. Mereka sebagai manusia dan
sebagai pemain yang mempunyai posisi yang berbeza setiap orang. Posisi penjaga gol
adalah berbeza dengan posisi penyerang. Dan peranan mereka juga berbeza. Sama juga
dengan hal ini. Wanita dan lelaki adalah manusia yang perlu diukur sama rata,
tapi sebagai watak dua gender yang berbeza, mereka mempunyai posisi yang
berbeza yang mana tidak boleh disetara.
Wanita mempunyai posisi yang sangat menarik.
Wanita boleh menjadi pelbagai watak. Sebagai anak, kakak, isteri dan ibu, malah watak-watak ini sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tanpa mereka,
institusi kekeluargaan ini tidak boleh berjalan dengan lancar. Didalam Islam,
Hawa di ciptakan untuk Adam adalah untuk membantu Adam dalam kehidupan harinya.
Hawa dicipta untuk menemani hati kosong Adam, untuk membuatkan Adam tersenyum
dan tertawa. Wanita ini diciptakan oleh tuhan untuk melengkapkan sesuatu yang belum lengkap. Dan itu
perlu wanita tahu dan banggakan, bukan bangga dengan berdirinya wanita setaraf
dengan lelaki kerana taraf lelaki adalah diluar kontek taraf wanita.
Watak wanita yang perlu dijuangkan bukanlah
untuk mensetarakan taraf wanita dengan lelaki, tapi memperjuangkan taraf wanita
itu sendiri yang sebenarnya menjadi watak penting dalam kehidupan seharian
manusia. Wanitalah tempat untuk pengembangan zuriat. Tanpa wanita, mampukah manusia
berkembang secara sihat? Secara teorinya tidak kerana kaedah sains untuk menghasilkan,
dari air mani- ambrio-fetus-janin secara tabung uji sngat tidak berkesan dan
memberi efek kepada manusia yang terlahir dari makmal itu.
Wanita adalah ciptaan bukan untuk ditindas. Biasanya
penindasan ini berlaku disebabkan budaya yang melampau. Kerana masyarakatlah
yang menentukan taraf seseorang itu kerana sejak berkurun dahulu sistem
patriarki diperaktikkan disetiap masyarakat kerana perasaan inferior itu wujud
dalam diri wanita. Dan kalau diikutkan, wanitalah watak yang terpenting dalam
masyarakat dan tamadun sesebuah bangsa. Ia sebagai tunjang sebuah institusi. Sebab
itu didalam prosa melayu ada menyebut sebagai ibu rumah, bukan ayah rumah. Kerana
peranan ibu itu sebagai akar bagi sesebuah institusi. Walaubagaimana pun, watak
lelaki juga penting. Dan masing-masing penting dalam kehidupan ini,. Dan mereka
memerlukan satu sama lain kerana mereka perlu bergantung dengan sesuaitu untuk
terus hidup, dan tempat ideal untuk menjadi tempat bergamtung adlah pasangan
hidup mereka, dan jika kedua-dua gender ini diasingkan, maka musnahlah sebuah
ketamadunan.
No comments:
Post a Comment