Aku berpeluang hadir ke
forum Frinjan 5.0, iaitu Hijab(ster) : tak kenal maka tak cinta pada bulan puasa yang lepas.
Banyak juga pengisian yang aku dapat dalam forum ini. Hijabster ini
muncul sejak akhir ini menjadi satu trend baru bagi anak muda,
khasnya bagi kaum wanita. Dikatakan mengambil inspirasi dari
pemakaian tudung bangsa Turki, Hana Tajima seorang muslimah yang
kacukan Jepun dengan British mempopularkan trend ini.
Ia menular sehinggakan ikon musik
seperti Yuna dan beberapa lagi artis turut menggayakan stail ini.
Persoalannya, adakah hijabster ini adalah semata-mata fesyen? Didalam
islam, menutup aurat itu wajib, tidak kira la memakai tudung ke,
helmet ke atau baldi. Yang penting adalah menututup aurat. Menututup
aurat ini sambil berfesyen bukan suatu yang baru. Dari dulu lagi
sudah ada pelbagai jenis nama bagi tudung kepala ini seperti tudung
bawal, tudung shawl dan lain-lain. Dan tudung-tudung ini ada pelbagai
corak. Maka bagi penulis, hijabster ini bukanlah fesyen semata-mata.
Sudah kita maklum yang wajita ini suka berhias. Maka tidak
mustahillah wujud sub budaya baru ini yang dipanggil hijabster.
Bagi penulis, hijabster ini adalah satu
sub budaya yang timbul, seperti timbulnya mana sub-sub budaya lain
yang wujud di Malaysia seperti budaya rempit, futsal, Indie dan
sebagainya. Seperti mana sub budaya yang wujud, pasti suatu masa akan
berada diperingkat tepu dan berbagai-bagai. Pada peringakat itu,
pasti pengikut yang tanpa tujuan pasti ramai. Yang mana dikenali oleh
anak muda sebagai poser. Seperti dalam sub budaya punk, punk adalah
satu sub budaya yang bagus kerana sikap mereka adalah menentang
penindasan yang dihadapi oleh golongan buruh pada 1940an dulu. Tapi
anda boleh melihat sekarang keadaan sub budaya punk ini. Amat
menyedihkan. Ramai yang mengikut tanpa ideologi.
Sama juga dengan sub budaya hijabster
ini. Pelopor trend ini adalah untuk bergaya dengan pelbagai cara
sambil menutup aurat serta mengikut tuntutan syariat islam. Tapi bagi
pengikut tanpa anutan sebarang ideologi, pasti hanya memakai hijab
bagi fesyen semata-mata. Kadang-kadang pakai hijab, kadang-kadang
tidak.
Hijabster ini biasenya dipelopor oleh
golongan kelas pertengahan atas. Hal ini kerana, tudung-tudung
hijabster ini agak mahal dan untuk mengikut fesyen ini mereka perlu
sekurang-kurangnya 50 pasang tudung berlainan tone warna untuk
disesuaikan dengan baju. Gologan pertengah atas juga biasanya yang
suka berfesyen berbanding dengan golongan pertengahan bawah dan
golongan bawahan. Bagaimana pula dengan golongan elitis? Bagi
penulis, golongan elitis lebih selesa dengan free hair. Kebanyakkan
wanita elitis ini lebih kepada free thinker yang lebih berkiblatkan
budaya barat. Manakala bagi penulis, golongan pertengahan atas ini,
mereka lebih kepada berfikiran terbuka. Hal ini kerana, golongan ini
mereka berpendidikan agak tinggi dan mereka bersosial.
Dalam pemerhatian penulis, trend sub
budaya ini pasti akan sampai penghujungnya, yang mana tidak ramai
lagi yang akan turut serta mewarnai fesyen ini. Yang tinggal hanya
yang betul-betul faham akan hijabster ini. Kerana, setiap sub budaya
yang wujud, pasti akan terjadi seperti itu.
No comments:
Post a Comment