Saturday, January 4, 2014

Resolusi Menindas...


Salam sejahtera dan selamat tahun baru. Tahun 2014 dimulakan dengan demonstrasi oleh rakyat Malaysia yang tidak puas hati terhadap kenaikkan harga barang yang tinggi sehinggakan betul-betul membebankan rakyat. Aplikasi kenaikkan harga minyak sendiri sudah membebankan rakyat, ditambah lagi dengan kenaikkan harga tol, elektrik dan cukai tanah. Tekanan ini tidak lain tidak bukan adalah disebabkan dari pihak kerajaan yang terpaksa mengurangkan subsidi dan menaikkan harga untuk meganti balik duit yang diguna pakai secara boros. Amat boros.
Keborosan kerajaan Malaysia tidak lagi dapat diselindung kerana setiap sudut gerak geri menteri-menteri sering diperhatikan. Malah ada yang menjadi tali barut kerana ketidak puasan hati mereka disebabkan perangai menteri menteri sekarang. Malah ada yang berani mengecam tindakkan PM atas kesulitan yang dihadapi sedangkan mereka adalah ahli atau pengikut setia parti BN. Nampak gaya, mereka sudah tersedar sedikit tentang kemelesatan ini bukan hanya terkesan kepada rakyat yang menyokong PR.
Pelbagai saranan bodoh di berikan oleh menteri untuk rakyat hadapi masalah kegawatan ekonomi ini. Antaranya menyarankan tidak perlu komsum sesuatu barang itu jika barang itu kita tidak mampu miliki. Atau dengan kata lain, harga itu mahal. Itu adalah asalan yang paling dangkal jika dilihat ia dikeluarkan dari sosok tubuh yang berjawatan menteri. Jadi memang benarlah momokan dari rakyat mengatakan menteri-menteri di Malaysia ini berfikiran sempit.
Oleh kerana bebanan ini, ramai rakyat Malaysia mula bertindak radikal dengan berniaga secara haram. Bukan haram dari segi menjual barangan haram, tapi cara urus niaga itu ditakrifkan sebagai haram. Untuk memaksimakan keuntungan, para peniaga cuba meminimumkan kos pengeluaran. Antarannya, peniaga menggunakan barangan yang murah, yang mana kebiasaannya barangan ini mutu barangnya adalah rendah. Secara tidak langsung ia memudaratkan kesihatan.

Memaksimumkan Keuntungan
Tapi itu bukan yang aku ingin tonjolkan dalam penulisan ini. Yang ingin aku tonjolkan adalah hal berniaga secara gerai ditepi jalan. Dengan berniaga ditepi jalan, kos untuk mnyewa bangunan atau tapak dapat dikurangkan. Kerana kos penyewaan bangunan atau tapak adalah sangat tinggi lebih-lebih lagi jika tempat itu berdekatana dengan Bandar. Sewa tapak di Wangsamaju saja sudah mencecah rm500 utk tapak seluas 20X20. Itu tapak ditepi jalan. Bagaimana pula dengan sewa sebuah lot kedai? Kebiasaannya tidak kurang dari rm10k satu bulan.
Dengan itu, perniaga dapat menjual harga makanan dengan murah dan dapat menjimatkan perbelanjaan harian rakyat. Rakyat sekarang terpaksa kerja keras untuk mendapat duit lebih. Antara caranya adalah berkerja sampingan. Oleh itu, mereka tidak ada masa untuk memasak. Solusinya, mereka membeli makan diluar dan cara untuk berjimat adalah dengan membeli makanan digerai-gerai tepi jalan yang mana lebih murah berbanding dengan harga di restoran berbangunan.
Hal ini dapat kita lihat sendiri yang mana peniaga ditepi jalan tumbuh dengan cepat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Di Wangsamaju sendiri memperlihatkan fenomena ini berlaku dengan cepat. Pelbagai juadah dihidangakan bagi menarik pelanggan untuk membelinya.
Dahulu kita dimomokkan dengan gerai-gerai tepi jalan ini diragui kebersihannya. Tapi kerana kesepitan kewangan, rakyat sudah tidak perduli dengan momokan itu, janji dapat makan. Di sekitar Wangsamaju, juadah yang dijual boleh dikatakan ekonomikal kerana juadahnya tidaklah mahal sngat dan tidak murah sangat. Harga nasi kukus ayam goreng yang dijual ditepi jalan berharga rm3.50. Kuantiti makanan itu dapat mengeyangkan para pembeli. Kuih muih juga masih lagi rm1 untuk 3 ketul kuih, berbanding dengan gerai yang berlesen yang mana harganya rm2 untuk 5 ketul.
Kesempitan hidup ini membuatkan ramai orang berbelanja secara berhemah. Kalau dulu pergi keluar kemana-mana, tidak kisah sangat untuk berbelanja. Kini, mereka berkira-kira untuk berbelanja dan malah ada yang sanggup tidak keluar rumah pada sebelah malam atau pada hari minggu semata-mata untuk berjimat. Ini boleh dikatakan meragut kebebasan rakyat. Kerana rakyat berhak untuk berhibur dengan pelbagai cara.

Resolusi Menindas
Saranan menteri supaya rakyat berjimat dan mencari resolusi sendiri bagi mengautkan keuntungan. Tapi malangnya, cara untuk mengaut keuntungan itu disalah ertikan. Mereka yang berniaga tanpa lesen diburu oleh pihak berkuasa seperti DBKL. Apa ertinya ini? Dicadangkan cari resolusi untuk cari keuntungan atau duit lebih, tapi dihalang. Bagaimana lagi para peniaga ingin mendapat untung lebih jika cara mendapatkan untung lebih dihalang malah didenda jika disabitkan dengan kesalahan.
Bukan setakat denda, malah ada yang gerai mereka disita. Bila hal ini terjadi, lagi bertambah masalah kewangan yang peniaga hadapi. Begitu juga dengan hal menaikkan harga barang. Menter-menteri member amaran kepada peniaga jangan naikkan harga barang kerana ia membebankan rakyat, masalahnya jika tidak menaikkan harga barang, ia membebankan peniaga.
Harga minyak naik, kos pengankutan naik, mana mungkin kos barangan tidak naik. Jika tidak naik, macam mana para peniaga nak dapat untung? Itu belum GST dilaksanakan. Jika dilaksanakan, lagi bertambah mahal harga barang. Dijangkakan jika GST, tol naik, tariff elektrik naik dan cukai tanah dilaksanakan, harga barang boleh meningkat mencecah 300%. Nilai ini sangat besar bagi rata-rata rakyat Malaysia yang bergaji kurang dari rm2000 sebulan.

Resolusi
Aku sendiri terasa kenaikkan harga barang kini. Walaupun sebagai pelajar tahun akhir yang mendapat pinjaman, aku juga terkesan. Alaun bulanan aku rm700 hanya dapat menampung hidup aku cukup-cukup makan dengan tinggal 10 orang 1 rumah, motorsikal buruk yang tak pernah disekenggara dengan baik kerana harga barangan motor juga terkesan dengan kenaikkan harga barang. Bila ditolak dan di tambah, aku hanya ada sekitar rm350 untuk beberlanja makan selama sebulan. Yang lain digukanan untuk rumah sewa, api air, motor dan barang kelengkapan diri. Kadang-kadang barang kelengkapan diri aku tak beli sebab aku perlukan duit lebih untuk hal yang lain. Maka, sabun dan ubat gigi teman serumah menjadi mangsa rompakan aku.
Tidak lain tidak bukan, cara untuk menangani masalah ini adalah dengan kita menyuarakan sara hati kita. Biar dunia ini dengan dengan masalah yang kita hadapi. Bagaimana caranya? Mungkin dengan berdemonstrasi? Atau pun gulingkan kerajaan sedia ada? Ayuh kita sama-sama renungkan.

Saturday, April 20, 2013

rasisma : melentur biar dari rebungnya...


“ling ling ling, basika langgor rok, mung kate aku keling, mung cine dok basuh berok”
  Terjemahan
“ling ling ling, basikal terbabas kedalam semak, kau kata aku keling, kau cina tak basuh berak”

Ini adalah lagu yang selalu dinyanyikan oleh kanak-kanak sezaman dengan aku. Lagu ini didalam bahsa kampung halaman aku, Terengganu. Setiap kanak-kanak pada zaman aku pasti tahu akan lagu ini. Aku tak pasti dari mana datang lagu ini. Siapa yang mencipta lagu ini. Yang pasti, lagu ini sangat menunjukkan sifat rasis yang tinggi. Ia adalah satu teladan yang buruk, dimana kita perlua jauhi.
Lagu ini sinonim dengan kanak-kanak. Keranan lagu ini dimainkan bersama permainan kanak-kanak. Biasa dengan permainan lap talilap? Ya, permainan sama yang dimainkan, tapi berbeza lagu. Aku tidak pasti apa nama spesifik permainan itu, tapi aku kenali permainan itu dengan nama lap talilap. Permainan ini sangat terkenal dikalangan kanak-kanak. Masalah timbul bila lirik lagu iini berbau rasis dan ia secara tidak langsung mengajar anak-anak kita, generasi baru untuk bersifat rasis.
Anak-anak perlu diasuh dengan nilai murni seperti yang dianjurkan oleh agama dan adat. Anjuran ini sangat memberi kebaikan sejagat jika diperaktikkan oleh semua orang di setiap lapisan masyarakat. Tapi malangnya, ia tidak terjadi. Malah diajar untuk membenci antara satu sama lain. Pendekatan ini yang aku tentang, kerana rasisma adalah satu sifat yang sehina-hina perbuatan.
Pepatah melayu ada menyebut, ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’.  Ia bermaksud, untuk mengajar anak supaya mengikut apa yang kita acuankan, kita perlulah ajar mereka sejak dari kecil lagi. Bersabitan dengan lagu diatas, lagu ini memainkan peranan penting dalam mengajar generasi baru untuk bersifat rasis. Perkataan ‘keling’ sudah cukup untuk menggugat sensetiviti orang india. Malah, doktrinisasi terhadap stereotaip kepada orang cina yang mana, mereka tidak basuh berak. Ia juga boleh menggugat sensetiviti kaum cina.
Lagu ini cukup menjadi bahan propaganda untuk terus membuat rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus bersifat rasis. Doktrinisasi ini berlaku tanpa kita sedari dan ini menular disetiap pelusuk daerah yang didiami oleh setiap suku kaum. Ia seperti barah kecil yang mana sedang merebak yang akan menjadi barah yang parah. Sehingga tiada sebarang ubat yang boleh mengubati barah ini. Terus membusuk, lalu mati.
Wabak rasis ini sudah menjadi barah. Ramai anak muda yang bersifat rasis. Ada yang sedar, ada yang tidak sedar yang perbuatan mereka itu bersifat rasis. Mereka kabur dengan bangsa mereka sendiri. Mereka tertipu dengan kelemahan masing-masing. Tapi sejak-sejak akhir ini, kesedaran mulai timbul atas keprihatinan aktivis-aktivis sosial bagi membuka mata kepada masyarakat terutamanya anak-anak muda.
Anak-anak kita adalah generasi baru yang akan menerajui negara ini. Bagai mana generasi hari ini berfikir dan dicorakkan, begitulah corak mereka memimpin negara ini dimasa hadapan. Adakah kita mahu lihat negara ini masih ditakuk lama dengan masalah perkauman atau sesuatu yang lebih baik? Untuk itu, ubahlah corak pendidikan awal kanak-kanak bagi mewujudkan generasi yang bersifat mulia dan berfikiran kritis dalam setiap sudut dalam memimpin negara ini.

Thursday, March 28, 2013

puisi buat sang cahaya


jangan pernah meniduri aku, jika hanya untuk memuaskan nafsu...
jangan pernah curi hatiku, jika hanya untuk aku merana...
jangan pernah menggalas harapan, jika bukan untuk aku...
jangan pernah menolak aku, jika hanya untuk aku cemburui..

hidupku tak pernah tenang,
selalu saja samar..
selalu saja menggila..
selalu saja berkecamuk..

ia berlaku sejak dari tarikh itu,
tarikh 27, 2 bulan sebelom itu,
tarikh 27, pada hari itu..
tarikh 27, 2 bulan selepas itu..

selamat malam..
semoga kitakan bersama disyurga...

Friday, February 22, 2013

feminism : perjuangan sebuah nilai diluar konteks



Feminism adalah satu ideologi ciptaan manusia yang berteraskan untuk melawan penindasan terhadap kaum wanita. Biasanya entiti yang dipersalahkan adalah kaum lelaki. Ini secara tidak langsung, ideologi melawan seksis ini sendiri seksis terhadapa gander berlawanan dengan gender tersebut. Sekadar pengenalan ringkas  tentang feminism , ideologi ini terbit pada abad ke-18 oleh Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis de Condorcet. Ia berkembang setelah Revolusi Amerika 1776 dan Revolusi Prancis pada 1792, yang mana pengetahuan tentang hak tersebar dengan meluas, termasuklah hak kaum wanita.

Penindasan adalah satu perkara yang kita harus tentang kerana ia telah mengambil hak seseorang. Dan ini termaktub dalam deklarasi hak asasi manusia (Universal Declaration of Human Rights) iaitu, semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan rights.Mereka dikurniakan dengan pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan (artikel 1). Dalam konteks ini, wanita kerap menjadi sasaran keganasan dan penindasan dari pihak lelaki dan wanita. Ya, penindasan terhadap wanita  juga berlaku bukan hanya dari pihak lelaki, malah dari pihak wanita sendiri. Hal ini boleh di buktikan melalui budaya negara Kyrgyzstan. Dinegara ini, budaya menculik wanita untuk dikahwinkan kepada anak atau sadara lelaki adalah perkara biasa. Dan watak yang muncul dalam komplot ini juga terdiri dari kaum wanita. 

Tapi adakah apa yang diperjuangakan oleh pendokong feminisim ini? Salah satu perjuangan ideologi ini adalah kesetaraan dengan kaum lelaki. Bagi aku, ini tidak betul. Mereka yang tertindas ini terasa mereka sangat terhina dengan pelbagai penindasan yang berlaku. Sehinggakan mereka berasa mereka tidak setara dengan kaum lelaki. Setara itu adalah sebuah nilai, dan taraf itu adalah kedudukan. Wanita tidak boleh meletakkan mereka setara dan setaraf dengan lelaki. Malah, lelaki juga tidak boleh meletakkan sereka setara dan setaraf dengan wanita. Hal ini kerana, dua gender ini mempunya kedudukan setara dan taraf yang berbeza.

Feminism secara tidak langsung telah meletakkan satu taraf yang mana perbezaan ini perlu dihapuskan dan disetarakan bagi kemakmuran. Tapi taraf wanita tidak sama dengan taraf lelaki. Contoh senang adalah seperti satu pasukan bola sepak. Setiap pemain adlah manusi. Cuma bezanya adalah posisi masing-masing. Ada pengjaga gol, penyerang, pertahanan dan sebagainya. Disini ada dua sisi yang berbeza. Mereka sebagai manusia dan sebagai pemain yang mempunyai posisi yang berbeza setiap orang. Posisi penjaga gol adalah berbeza dengan posisi penyerang. Dan peranan mereka juga berbeza. Sama juga dengan hal ini. Wanita dan lelaki adalah manusia yang perlu diukur sama rata, tapi sebagai watak dua gender yang berbeza, mereka mempunyai posisi yang berbeza yang mana tidak boleh disetara.

Wanita mempunyai posisi yang sangat menarik. Wanita boleh menjadi pelbagai watak. Sebagai anak, kakak, isteri dan ibu, malah watak-watak ini sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tanpa mereka, institusi kekeluargaan ini tidak boleh berjalan dengan lancar. Didalam Islam, Hawa di ciptakan untuk Adam adalah untuk membantu Adam dalam kehidupan harinya. Hawa dicipta untuk menemani hati kosong Adam, untuk membuatkan Adam tersenyum dan tertawa. Wanita ini diciptakan oleh tuhan untuk melengkapkan sesuatu yang belum lengkap. Dan itu perlu wanita tahu dan banggakan, bukan bangga dengan berdirinya wanita setaraf dengan lelaki kerana taraf lelaki adalah diluar kontek taraf wanita.

Watak wanita yang perlu dijuangkan bukanlah untuk mensetarakan taraf wanita dengan lelaki, tapi memperjuangkan taraf wanita itu sendiri yang sebenarnya menjadi watak penting dalam kehidupan seharian manusia. Wanitalah tempat untuk pengembangan zuriat. Tanpa wanita, mampukah manusia berkembang secara sihat? Secara teorinya tidak kerana kaedah sains untuk menghasilkan, dari air mani- ambrio-fetus-janin secara tabung uji sngat tidak berkesan dan memberi efek kepada manusia yang terlahir dari makmal itu.

Wanita adalah ciptaan bukan untuk ditindas. Biasanya penindasan ini berlaku disebabkan budaya yang melampau. Kerana masyarakatlah yang menentukan taraf seseorang itu kerana sejak berkurun dahulu sistem patriarki diperaktikkan disetiap masyarakat kerana perasaan inferior itu wujud dalam diri wanita. Dan kalau diikutkan, wanitalah watak yang terpenting dalam masyarakat dan tamadun sesebuah bangsa. Ia sebagai tunjang sebuah institusi. Sebab itu didalam prosa melayu ada menyebut sebagai ibu rumah, bukan ayah rumah. Kerana peranan ibu itu sebagai akar bagi sesebuah institusi. Walaubagaimana pun, watak lelaki juga penting. Dan masing-masing penting dalam kehidupan ini,. Dan mereka memerlukan satu sama lain kerana mereka perlu bergantung dengan sesuaitu untuk terus hidup, dan tempat ideal untuk menjadi tempat bergamtung adlah pasangan hidup mereka, dan jika kedua-dua gender ini diasingkan, maka musnahlah sebuah ketamadunan.

Thursday, February 14, 2013

sahabat selamanya...


Hablumminannas. Hubungan antara sesama manusia. Setiap manusia pasti akan mempunyai sahabat yang mana, sahabat ini mempunyai perlbagai fungsi. Yang paling jelas, sahabat adalah untuk digunakan antara satu sama lain. Tidak kira, ia baik atau jahat.

Setiap sekumpulan persahabatan anak muda, pasti ada konflik antara satu sama lain. Konflik antaranya adalah dari segi idea, attitude dan juga cinta. Setiap manusia diciptakan dengan berbagai pendapat. Masing-masing pasti ingin idea mereka mendapat tempat. Perkelahian antara pendapat sangat bagus kerana ia akan mewujudkan satu suasana ilmiah yang baik. Hal ini kerana dalam perdebatan ini akan mewujudkan satu lagi idea baru, hasil pertembungan dua sumber idea yang berbeza. Ini sangat diperlukan bagi setiap masyarakat.

Walaubagaimana pun, perbezaan pendapat atau idea ini akan mengundang situasi yang lebih ekstrim. Hinggakan tidak bertegur sapa, mengata dibelakang, dan yang lebih malang lagi, putus persahabatan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana kesan-kesan yang terbit dari permasalahan ini akan mengundang permasalahan yang baru. Mungkin mewujudkan perasaan dengki, dendam dan fitnah. Tidak dinafikan ia boleh membawa kepada kematian!

Begitu juga dengan cinta. Tak mustahil apabila seseorang itu  rapat dengan seseorang, bibit-bibit percintaan akan tersemai. Ini kerana, setiap kali seseorang itu rapat dengan seseorang, ai akan mewujudkan satu perhubungan yang selesa. Dan ya, cinta itu adalah satu perhubungan yang selesa. Masing-masing selesa dengan cinta mereka. Tanpa keselesaaan, cinta tak akan seindah syurga. Tanpa keselesaan, cinta tak akan wujud. Dan kita tidak boleh mempersalahkan orang yang bercinta atau jatuh cinta pada sesama sendiri. Cinta sejati datang tanpa dipaksa, bukan cinta nafsu yang bila-bila masa saja boleh datang.

Tanpa kita sedari, pergaulan bebas antara kelompok persahabatan ini menghasilkan satu sifat tanggung jawap, perihatin, cemburu, dan cinta. Sebab itu, sahabat yang baik adalah yang protactive, responsiblity, dan suka menolong. Dari sifat-sifat inilah yang membungakan cinta antara kelompok persahabatan ini.

Tapi mampukah kita menjaga perhubungan ini? Nah, aku ingin mengemukakan teori aku. Aku berpendapat yang kita tidak akan mampu menjaga perhubungan antara manusia. Kerana kita sentiasa berahsia. Kata kuncinya adalah rahsia. Kerana rahsia, kita semua bersangka buruk. Kerana rahsia, kita tidak dapat membaca isi hati orang. Kerana rahsia, kita tidak tahu apa yang mereka perlukan dan tak perlukan. Manusia tidak dapat lari dari sifat-sifat ini. Kerana itulah sifat manusia yang Tuhan cipta.

Setiap orang ada rahsia masing-masing. Rahsia yang dipegang itu adalah rahsia sendiri, atau rahsia kepunyaan orang lain. Lagi berat jika rahsia itu diamanahkan kepada kita untuk menjaganya. Kenapa mereka sembunyikan rahsia? Biasanya, rahsia yang disimpan adalah kerana rahsia itu adalah sesuatu yang memalukan. Satu perkara yang jika orang lain mengetahuinya, mereka akan malu, masalah baru akan timbul, malah perhubungan mungkin akan renggang.

Manusia perlukan sahabat. Sampaikan wujud budaya adik beradik angkat. Hal ini kerana rapatnya perhubungan seseorang itu dengan seseorang  yang lain. Memang penat untuk menjaga hati sahabat, tapi cubalah menjadi jujur dalam perhubungan agar perhubungan itu kekal lama sampai mati. Sahabat juga tidak boleh dipaksa. Biar keselesaan dalam perhubungan itu yang menjadikan kita bersahabat. Jangan biarkan rahsia merosakkan perhubungan.  Dan jangan paksa jika hubungan itu tidak selesa.

ruang...

Lagu ini ditulis untuk seorang wanita yang mencuri sekeping hati yang kering ini lalu membasahan hati kering ini dengan cinta...
tapi akhirnya terbakar..
hinnga abu juga tak jua kelihatan...


Ruang.

Sebelum kamu tidur, izikan aku bertahta di hatimu,
Ku ingin disampingmu setiap waktu, oh kekasih.

Sebelum kau terlena, izinkan aku berada di mindamu,
Ku ingin menemani, mimpi malammu, oh kekasih.

###
Berikan aku ruang,
Untuk aku buktikan,
Cintaku padamu,
Walau tak seindah cinta dia...

p/s: happy valentine day (walaupun orang marah sambut perayaan ini)

Friday, November 16, 2012

vitagen...

Sejak dua menjak ni, aku sering dapat gastrik. Gastrik aku tak efek kepada perut, tapi kepada penafasan aku. Aku sering rasa semput dan sukar untuk bernafas sebab gastrik ini. Macam2 ubat dah aku telan.

Sampai satu ketika, aku balik ke kampung minggu lepas untuk hadiri majlis perkahwinan sepupu aku. Hari tu, hari ahad. Aku lepak dengan anak sedara aku. Kebetulan ade vitagen. Aku tanpa segan pau vitagen anak sedara aku. Malamnya, aku rasa ok. Tiada lagi masalah sesak nafas. Penafasan aku menjadi lancar. Aku ingat itu keadaan biasa, sebab kadang2 penafasan aku jadi ok. Esokkan harinya, aku rasa teringin nak minum air vitagen lagi. Jadi aku beli 1set (ade 5 botol). Pada hari itu juga, penafasan aku jadi ok. Aku baru teringat mungkin sebab vitagen. Dan ya, memang terbukti sebab lepas aku minum je air tu, aku terus sedawa angin. Sejak itu, aku terus amalkan minum air vitagen.

Jadi dalam lepak2 buang masa (biar pun minggu depan dah nak exam), aku pun  surf internet cari kebaikkan vitagen. Dalam mencari maklumat tentang vitagen, aku terjumpa 1 blog yang cerita tentang zaman kegemilangan vitagen di sekolah. Kalau berminat, boleh baca disini.

Jadi aku pun teringat tentang kawan aku yang juga tak jumpa sampai sekarang. Dia bukan belanja aku vitagen, tapi makan masa rehat.  Boleh cakap tiap2 minggu die belanja aku. Aku lupa nama mamat tu. Tapi name die pawer. Tak silap aku nama die Shahputra ape entah. Name dia panjang. Kalau jumpa die, aku nak belanja die balik. Kalau tak jumpa kat dunia pun, kita jumpa kat sane ok....

Wednesday, August 29, 2012

Hijabster...



Aku berpeluang hadir ke forum Frinjan 5.0, iaitu Hijab(ster) : tak kenal maka tak cinta pada bulan puasa yang lepas. Banyak juga pengisian yang aku dapat dalam forum ini. Hijabster ini muncul sejak akhir ini menjadi satu trend baru bagi anak muda, khasnya bagi kaum wanita. Dikatakan mengambil inspirasi dari pemakaian tudung bangsa Turki, Hana Tajima seorang muslimah yang kacukan Jepun dengan British mempopularkan trend ini.

Ia menular sehinggakan ikon musik seperti Yuna dan beberapa lagi artis turut menggayakan stail ini. Persoalannya, adakah hijabster ini adalah semata-mata fesyen? Didalam islam, menutup aurat itu wajib, tidak kira la memakai tudung ke, helmet ke atau baldi. Yang penting adalah menututup aurat. Menututup aurat ini sambil berfesyen bukan suatu yang baru. Dari dulu lagi sudah ada pelbagai jenis nama bagi tudung kepala ini seperti tudung bawal, tudung shawl dan lain-lain. Dan tudung-tudung ini ada pelbagai corak. Maka bagi penulis, hijabster ini bukanlah fesyen semata-mata. Sudah kita maklum yang wajita ini suka berhias. Maka tidak mustahillah wujud sub budaya baru ini yang dipanggil hijabster.

Bagi penulis, hijabster ini adalah satu sub budaya yang timbul, seperti timbulnya mana sub-sub budaya lain yang wujud di Malaysia seperti budaya rempit, futsal, Indie dan sebagainya. Seperti mana sub budaya yang wujud, pasti suatu masa akan berada diperingkat tepu dan berbagai-bagai. Pada peringakat itu, pasti pengikut yang tanpa tujuan pasti ramai. Yang mana dikenali oleh anak muda sebagai poser. Seperti dalam sub budaya punk, punk adalah satu sub budaya yang bagus kerana sikap mereka adalah menentang penindasan yang dihadapi oleh golongan buruh pada 1940an dulu. Tapi anda boleh melihat sekarang keadaan sub budaya punk ini. Amat menyedihkan. Ramai yang mengikut tanpa ideologi.

Sama juga dengan sub budaya hijabster ini. Pelopor trend ini adalah untuk bergaya dengan pelbagai cara sambil menutup aurat serta mengikut tuntutan syariat islam. Tapi bagi pengikut tanpa anutan sebarang ideologi, pasti hanya memakai hijab bagi fesyen semata-mata. Kadang-kadang pakai hijab, kadang-kadang tidak.

Hijabster ini biasenya dipelopor oleh golongan kelas pertengahan atas. Hal ini kerana, tudung-tudung hijabster ini agak mahal dan untuk mengikut fesyen ini mereka perlu sekurang-kurangnya 50 pasang tudung berlainan tone warna untuk disesuaikan dengan baju. Gologan pertengah atas juga biasanya yang suka berfesyen berbanding dengan golongan pertengahan bawah dan golongan bawahan. Bagaimana pula dengan golongan elitis? Bagi penulis, golongan elitis lebih selesa dengan free hair. Kebanyakkan wanita elitis ini lebih kepada free thinker yang lebih berkiblatkan budaya barat. Manakala bagi penulis, golongan pertengahan atas ini, mereka lebih kepada berfikiran terbuka. Hal ini kerana, golongan ini mereka berpendidikan agak tinggi dan mereka bersosial.

Dalam pemerhatian penulis, trend sub budaya ini pasti akan sampai penghujungnya, yang mana tidak ramai lagi yang akan turut serta mewarnai fesyen ini. Yang tinggal hanya yang betul-betul faham akan hijabster ini. Kerana, setiap sub budaya yang wujud, pasti akan terjadi seperti itu.

Saturday, August 25, 2012

Raya Dan Kapitalis

Ha‎ri Raya datang lagi untuk tahun 1433H. Seperti biasa, rakyat muslim Malaysia mula sibuk mencari barang keperluan untuk persiapan hari raya seperti baju melayu, kuih-muih, songkok dan sebagainya.

Kemeriahan menjelang hari raya memang menonjol di Malaysia. Kemeriahan ini terasa dek oleh kesibukan ummat Islam yang sibuk menyiapkan persiapan hari raya dengan membuat ketupat, membersih rumah, tukar langsir baru. Bahkan kesesakkan lalu lintas juga melambangkan meriahnya sambuatan aidil fitri di Malaysia.

Budaya membeli pakaian baru adalah sunnah kerana memakai pakaian baru pada hari raya adalah adalah perbuatan nabi Muhammad. Malangnya, ummat Melayu ini telah terpesong dari makna asal budaya ini. Sehinggakan mereka membeli apa yang tidak perlu. Sehingga pembaziran berlaku.Mereka mengejar pahala, tapi dapat dosa.

Syawal sememangnya ada 30 hari. Tapi tidaklah 30 hari itu perlu kita sambut hari raya. Hari raya hanyalah 1 hari, iaitu 1 Syawal.Tapi tidak bagi ummat Melayu Islam. Sampai seminggu beraya. Malah membeli 7 pasang baju baru agar dapat mendapat sunnah memakai baju baru dihari raya. Inilah antara perkara yang tidak betul. Terpesong dari ajaran sebenar.Kenapa hal ini berlaku? Bagi penulis, hal ini berlaku kerana ummat Islam di Malaysia tiada budaya membaca buku. Tiada budaya dahagakan ilmu. Kerana tiada ilmu, itu yang terjadi seperti hari ini.

Budaya membeli ini tidak lain tidak bukan hanyalah menguntungkan para pemodal semata-mata. Malah, pengisian pada hari raya tidak sampai. Pengisian hari raya adalah untuk menyambut kemenangan atas melawan nafsu sepanjang bulan ramadhan. Bukan sahaja nafsu lapar dan dahaga, malah nafsu membeli. Malangnya, menjelang sahaja hari raya, ummat Islam Malaysia seperti orang gila menguntungkan sang kapitalis.

Tak ketinggalan juga kiriman SMS ucapan selamat hari raya kepada rakan-rakan dan keluarga. Ucapan ini sangat bagus kerana mengucapkan selamat kepada orang lain adalah satu doa. Dan si pengucap itu mendapat pahala. Malangnya, budaya ini secara tidak sengaja menguntungkan golongan kapitalis. Setiap SMS yang dikirimkan itu telah menyumbangkan keuntungan kepada syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi dan lain-lain. Walaupun nilai SMS itu tidak tinggi, tapi cuba bayangkan jika setengah ummat Islam Malaysia menggunakan SMS untuk mengucapkan selamat hari raya, berapa syarikat-syarikat ini mendapat keuntungan?

Sehinggakan ada yang membeli isian kredit sebanyak rm10 semata-mata untuk menghantar SMS kiriman ucapan hari raya kepada teman dan ahli keluarga. Lihat berapa banyak pembaziran yang berlaku?

Jika dahulu, pengusaha kad raya yang untung atas budaya ini, sekarang pengusaha telekom yang untung. Sekarang sudah ada bibit-bibit budaya mengucapkan selamat hari raya menggunakan Facebook. Pendapat penulis, Menggunakan Facebook sebagai saluran untuk mengucapkan selamat hari raya lebih bagus dan releven kerana tidak memerlukan wang yang terlampau untuk dibazirkan.

Friday, January 20, 2012

terima kasih kerajaan. KAH KAH KAH....

Entri ni adalah membicarakan tentang boucer buku rm200 oleh kerajaan Malaysia. Ye ke? Bukan kerajaan umno? Hahahaha.

Tajuk diatas adalah sarcasm untuk manusia-manusia yang bodoh serta bingai apabila berterima kasih kepada kerajaan kerana bagi mereka boucer rm200 (baca: rezeki). Bukankah Tuhan saja yang memberi rezeki kepada umat manusia? Jika Tuhan tidak mengizinkan kerajaan manusia ini memberi boucer itu, tak terasa la korang nak shopping buku.

Kenapa boucer buku diberi bukan harga barang yang diturunkan? Bukan harga minyak diturunkan? Itu korang pikir la sendiri. Ada otak untuk berfikir. Jangan guna otak untuk cari makan je. Gunalah otak untuk benda berfaedah sikit.

Dapat boucer rm200 terus nampak kerajaan ni bagus. Nak tolong rakyat. Hahahaha, lawak nusantara betul. Orang yang cakap macam ni dan percaya adalah orang dikalangan sakit. Kalau betul nak tolong rakyat, kenapa tidak tahun lepas? kenapa tidak harga barang? Senang je, sebab politik la (tadi cakap suruh pikir, tapi bagitaw jugak). Lagi-lagi bilamana hampir pilihanraya. Pelbagai propaganda untuk menarik undi. Cuba tengok lepas PR, pasti ada lagi harga barang naik.

Ini bukan aku nak menipu. cuba bayangkan, bilamana harga minyak dunia turun, harga minyak di Malaysia turun? Hanya turun sekali setelah naik berkali-kali. Tapi tetap juga nampak kerajaan bagus kerana tolong rakyat. Kah kah kah. Dulu janji dalam tv, akhbar yang minyak takkan naik. Tup tup naik juga dengan alasan yang tak munasabah. Alasan untuk pelarasan. Pelarasan untuk ape? Itu tidak di terangkan. kenapa tidak diterangkan? Korang pikir la sendiri. NI serius aku suruh korang fikir sendiri.

Berbalik kepada boucer rm200. Untuk makluman semua, hanya 3 golongan saja yang dapat bantuan ini. iaitu budak sekolah, orang yang mempunyai keluarga saraan dan juga mahasiswa. Budak sekolah dapat rm100 dan ketua keluarha dapat rm500. Masing-masing dapat cash. Tapi mahasiswa dapat boucer. Yang mana hanya boleh ditebus untuk membeli buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPma. Kenapa jadi macam ni? Ada bagus juga supaya melatih mahasiswa untuk membaca yang mana memang mahasiswa sekarang memang malas mebaca. Sebab itu buta dalam terang.

1 lagi perkaran yang aku mahu sentuh mengenaik boucer ini ialah siapa yang untung. Siapa yang untung dalam hal ini? Pastinya kedai-kedai jual buku. Kerajaan guna duit rakyat, bagi dekat rakyat untuk rakyat memberi kepada kapitalis ini. Senang nak cerita, seperti duit rakyat kerajaan bagi dekat sikapitalis la. Nampak permainan ini?

Pemberian boucer ini disertakan dengan 1 kertas kecil yang menerangkan secara detail pasal boucer ini. Ia menerangkan cara pembelian buku, apa yang boleh dibeli menggunakan boucer ini dan beberapa rules. Ada satu benda yang tertarik, ia itu point yang ke 3 dan ke-5.

point ke-3 ; baki BB1M yang tidak habis diguna dianggap luput dan tidak boleh dituntut
point ke-5 ; jika amaun yang dibeli melebihi rm200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan pada kerajaan.

Nampak tak? Yang untung adalah sikapitalis. Ini belum lagi kedai itu membeli boucer itu. Contohnya kedai itu membeli boucer itu dengan harga rm150, kedai itu akan memdapat untung rm50 dan buku mereka tidak terusik. Ini sangat menguntungkan. Aku berharap agar tiada orang yang bodoh menjual boucer itu kerana bagi aku ia seperti memberi harta kau sewenag-wenangnya kepada orang lain. Lain la kalau ko berniat sedekah. Hahahaha.

Secara keseluruhannya, ada bagus dan ada tak bagus dalam pemberian bantuan ini. tapi aku lebih nampak tak bagus dari bagus. Ini pendapat aku, pendapat kamu?

Wednesday, January 18, 2012

kene lebong tapi tak sedar-sedar lagi...

Berita muka depan akhbar tempatan menyiarkan berita tentang DRB-Hicom beli Proton. Hahahahah. baru minggu lepas orang proton menafikan ada ura-ura Proton akan dibeli. Siap Tang Chong Motor pun keluar statement yang dorang tak beli Proton. Tapi last2 Proton dibeli juga oleh kapitalis lahanat.

Apa yang aku kesah sangat pasal mende ni? Mai sini nak habaq mai. Dah kalau kapitalis swasta yang pegang dalam sesuatu perniagaan, pasti harga akan naik. Bayangkan Proton dibawah GLC pun dah mahal, inikan pula Proton dibawah syarikat swasta. Di Mesir, kereta Proton dijual labih murah sebanyak 2 kali ganda dari dijual dinegara pengeluar sendiri. Aku percaya lepas ini pasti harga kereta akan naik atas alasan meningkatkan mutu pengeluaran, atau dengan pe;bagai alasan untuk menipu. Tak silap aku DRB-Hicom tu kompeni kroni. Kalau salah, tolong betulkan. Kalau betul itu kompeni kroni, nah, siapa yang untung? Rakyat atau individu?

Tapi apakan daya, orang kita masih tak sedar. Masih bodoh kerana diri sendiri. Kenapa aku marah sangat? Macam aku tulis kat atas tadi. Proton itu guna dana duit kerajaan. Bina empayar untuk rakyat. Tapi akhirnya, individu yang untung bila Proton, hak rakyat Malaysia dijual secara tidak meminta pandangan rakyat. Ini yang dipanggil gila babi. Jual harta rakyat sewenang-wenangnya. Proton adalah salah satu projek untuk menguntungkan rakyat. Agar rakyat tidak perlu terbeban dengan kadar cukai yang tinggi apabila membeli kereta inport. Tapi sejak akhir-akhir ini, rakyat dibebankan dengan harga kereta yang mahal. Kamu tahu, harga kereta Proton Persona rm80ribu? baik tambah lagi rm20ribu, boleh beli Evo Lancer. Mutu lebih terjamin, barang spare part murah dan senang dapat serta berkualiti tinggi. Sama juga dengan kereta Hyundai dan Kia.

Baru-baru ini aku ada menonton video dalam youtube tentang ayahnda dari 1 kumpulan pertubuhan pro melayu mengamuk selepas mereka sedar kerajaan tipu mereka. Hhahahah, baru sedar selama ini bertahun-tahun kene tipu? Selama ini tak sedar atau xtaw yang diri kene diperbodohkan? Dah la kene tipu dengan bangsa sendiri. Lagi sadis. Tapi ok la dari ramai orang lagi yang tak sedar kene lebong. dah la kene lebong, pastu diperbodohkan macam lembu. Harap tulisan ini dapat membuka minda masyarakat kita. Semoga Tuhan memberi rahmat keatas bumi ini agar segala parasit, lintah dan nyamuk dihampuskan dimuka bumi Malaysia. Amin.

Tuesday, January 17, 2012

perjuangan mahasiswa atau heroism?...

Adam Adli dan safwan Anang

Sekarang hangat diperkatakan tentang adam adli dan safwan anang. Sekarang mereka sibuk mengandakan tour ke beberapa negeri di Malaysia untuk menceritakan apa yang berlaku sebenarnya setelah mereka ini tidak dapat tempat untuk didalam media massa seperti ditivi swasta apatah lagi tivi swasta.

Baru-baru ini mereka mengadakan forum di KLSCAH dan dengar cerita mendapat sambutan yang baik. Anda boleh melihat video forum itu disini. Keesokkan harinya mereka berada di Dungun dan selepas itu ke Kuala Terengganu. Dengan cerita, mereka memasang angan yang tinggi untuk keseluruh negeri. Semoga impian mereka tercapai, amin.

Tapi adakah orang nampak perjuangan ini perjuangan mahasiswa @ perjuangan Adam Adli? Sebab ada beberapa perkara yang masyarakat kita keliru dengan perjuangan ini. Mereka mengangkat Adam sebagai heroism. Sedangkan Adam bukan hero mahasiswa. Dan aku tidak mempercayai sistem heroism ini. Cuma aku bersetuju jika mereka mengakat Adam sebagai ikon. Tapi rata-rata mahasiswa dan masyarat mengangkat die sebagai hero. Sedangkan bila ia adalah memperjuangan heroism itu, ia adalah perjuangan individu. Ia terbukti. Contoh paling dekat adalah Anwar Ibrahim.

Aku berharap agar mahasiswa dan masyarakat faham tentang hal ini, dan aku berharap agar Adam tidak merasa dirinya hero.


Mahasiswa dan rakyat

Perjuangan mahasiswa juga agak terhap disudut pandangan aku. Mereka aksyik melaungkan hidup mahasiswa, hidup rakyat. Tapi dimanakah perjuangan mahasiswa terhadap rakyat? Mungkin tidak tertonjol, mungkin memang tiada. Didalam forum di KLSCAH, ada seorang yang menyentuh hal ini, dan Safwan Anang (pengerusi BEBAS) menerangkan mereka ada bersama rakyat di Kuantan untuk menentang Lynas. Tapi kena tidak di tonjolkan. Ya, ada yang berkata, kenapa perlu tonjol, nanti tidak ikhlas. Ya, aku akui hal itu. Tapi kita kena ingat, zaman sekarang zaman pembasuah minda-minda rakyat melaui alat-alat propaganda seperti tivi, radio dan internet. salah satu propaganda mereka adalah menunjukkan mereka berbakti kepada rakyat. Kita kena counter mereka dengan cara yang sama, agar rakyat faham tentang sesuau isu.

Cadangan aku, mereka perlu ada 2 team yang aku rasa penting bagi mengukuhkan perjuangan kita. Ia itu team pubilisiti dan team media. Team publisiti ini, kerja mereka mempromosikan apa jua acara yang merakyat rakyat oleh mahasiswa. Agar setiap pelusuk kampung tahu yang mahasiswa memperjuangakan hak mereka. Jadi mereka akan menyokong mahasiswa. Buat apa mereka (rakyat) menyokong mahasiswa jika mahasiswa tidak buat apa-apa perubahan untuk rakyat.

Team media pula adalah melakukan dokumentasi setiap acara yang dilakukan. Ini sangat penting bila mana ia boleh menjadikan bukti-bukti dimasa akan datang. Sama ada untuk melawan tuduhan dari pihak anti perjuangan mahasiswa, ataupun untuk menceritakan tentang perjuangan ini supaya generasi akan datang tahu sejarah ini.

Korang rasa mahasiswa akan bangkit ke jika sejarah mahasiswa dahulu tidak didokumentasikan? Mujur ada beberapa buku, akhbar dan majalah tentang sejarah mahasiswa pada zaman 60-an seperti mana yang ditunjukkan oleh Fahmi Reza dalam lecturer student power-nya. Jika tiada dokumentasi di buat, generasai akan datang boleh mempersoalkan mungkin cerita ini palsu kerana tiada bukti(dokumentasi).

Bagi aku mereka agak ghairah untuk berjuang, Sedangkan, ramai lagi mahasiswa yang tercicir dengan pendedahan perjuangan mahasiswa ini. ramai lagi mahsiswa tidak faham dengan perjuangan ini, termasuklah ahli BEBAS, SMM dan sebagainya. Opini aku, mereka perlu memperkasakan dulu mahasiswa didalam negara ini. Agar mahasiswa di negara ini faham sefahamnya tentang perjuangan mahasiswa.

Dalam forum (tapi menurut rakanku, ia lebih kepada ceramah) di Dungun, Adam ada meyebut tentang Kampung Baru. Jika kampung Baru akan diroboh, dia dan mahasiswa akan turun ke sana. Tapi berapa ribu mahasiswa akan turun ke Kampung Baru? Pada aku mungkin ratus-ratus saja. Kenapa aku mempersoalankan hal ini? Kerana mahsiswa tidak ramai yang faham dan ambil peduli dengan hal ini. Jika hanya ratusan mahasiswa ke Kampung Baru apakah kejraan tergugat? Tidak sama sekali, tapi sekiranya ribuan mahasiswa turun ke jalan, pasti mereka terasa tergugat.

Mahasiswa yang ada di Malaysia adalah hampir 2 juta(perbetulkan aku jika angka ini silap). Jika hanya ratusan mahsiswa bangkit, yakni mewakilan peratusan yang kecil, kerajaan tirani tidak sama sekali tergugat. Ya, ratus itu memang angka yang besar, tapi tidak diangka peratusannya. Tapi jika mereka bersatu, bersama-sama turun kejalan dengan ribuan, puluh ribu, jutaan mahasiswa, pasti kerajaan tirani terasa tergugat kerana angka ini boleh dijadikan majoriti kepada sesuatu kelompok.

Hal ini sudah lama aku perhatikan. Setiap benda tanpa kesatuan, mereka pasti kalah. Sebab itu aku berharap agar tiada lagi pertubuhan/kelab/persatuan mahasiswa. Kerana dengan tertubuhnya kelab-kelab ini akan mewujudkan jurang antara ideologi dan pendapat. Ini yang membuatkan mahasiswa tidak bersatu. Aku sarankan, persatuan/kelab mahasiswa ini bersatu dibawah satu bumbung agar mahasiswa dapat bersatu pada dasar yang satu.


Masa depan mahasiswa

Masa depan negara dan mahasiswa terletak pada mahasiswa itu sendiri. Kerana meraka adalah pelapis bagi pemimpin sekarang. Jika mereka tidak matang dalam berfikir, macam mana mahu mentadbir negara? Hal ini jelas kerana ada beberapa menteri dalam kerajaan hanya berpendidikan rendah. Jadi, ambil hak kamu untuk menentukan hak kamu.


p/s: ini adalah padangan peribadi dan aku menerima sebarang perbedaan pendapat.

Tuesday, January 10, 2012

teramat pelik...

amat pelik jika stencil tulisan tukar tiub dimerata-rata tidak diambil tindakan...

amat pelik jika sticker iklan pinjaman wang along tidak diambil tindakan...

amat pelik jika kertas A4 iklan kanak-kanak hilang,
kerja kosong,
urut badan,
jual tubuh,
rumah sewa,
jual kereta,
bilik kosong,
membeli rekorder astro,
sewa lori,
sewa kereta,
tukang paip,
tukang kasut,
tukang cat,
kedai dobi,
kedai baru buka,
ketuk bodi,
urut batin,
alatan seks,
ubat kuat,
jamu asli,
poster personal yang dikehendaki,
notis pemberitahuan dan ape lancau lagi lagi tidak diambil tindakan...

semua ini tidak pernah dibawa kes kemahkamah..
tidak dianggap jenayah berat..
tidak pernah dicemuh...
tapi hanya stencil T.T.R 901 (jika betul perbuatan mereka)...
mereka diadili dengan tidak adil....
fuck malaysia's judiciary...

Saturday, December 31, 2011

catatan terakhir...

aku bukan nak ke mane pun. Bukan dah nak mati ( insyaallah semoga umur aku masih panjang. amin). Tapi ni catatan last untuk tahun 2011. Dalam bln terakhir ini, baru hari ini aku menulis. Banyak benda aku nak menulis sebenarnya pada hari-hari yang lepas. Tapi macam biase la, malas menguasai diri.

dalam bulan ini agak sibuk dengan pelbagai aktiviti, daripada aktiviti tak berfaedah, sampailah ke aktiviti berfaedah. Untuk hari ini, aku nak berbicara tentang acara yang akan berlaku (insyaalah) didataran merdeka pada mlm ini.

Flasmob V for merdeka oleh kumpulan anak muda. Aku ada kawan yang join grup ini. Jadi aku tahu la sedikit demi sedikit pasal acara ini. Aku sangat teruja kerana aku suka sangat dengan V ni dan ceritanya serta pandangan yang disampaikan. Malangnya, beberapa manusia yang aku tak tahu tapi buat-buat tahu, menuduh dengan pelbagai fitnah yang menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Salah satunya adalah grup ini ditaja oleh DAP. Sedangkan, acara ini disumbang oleh ahli #Occupy Dataran. Tuduhan melulu itu sangat mengecewakan kerana maklumat yang diberikan itu akan membawa keburukkan kepada grup yang bukan pencacai mana-mana politik. Tapi apa nak buat, pemikiran tipikal mereka mengatakan grup ini adalah grup pencacai PR. Hhahahaha, sangat melucukan. Sedangkan, Fahmi sendiri anti terhadap mana-mana parti politik sekarang. Dia juga non-government individual( bagi pendapat aku la). So, bagaimana dorang boleh kata yang Fahmi ini pencacai PR atau Anwar? Macam V cakap la, artis menipu untuk memberitahu kebenaran, manakala ahli politik menggunakan untuk menyorok kebenaran.

Aku tak tahu memang mereka berfikiran lembab macam itu, atau dibayar untuk menulis seperti itu. Lagi kelakar bila obefiend keluarkan video yang dibuat oleh grup itu diblognya, seriusblog.blogspot. Ada yang menuduh obefiend yang rakam dambar sendiri, ada yang komen dengan perasaan benci yang sangat tak logik akal, tak lupa juga komen yang bersifat perkauman. Aik, cakap sokong 1 Malaysia. Kah kah kah, lawak maharaja lawak betul dorang ni. Mereka tuduh orang ini, orang itu pencacai, tapi mereka tidak sedr yang mereka sendiri itu pencacai.

Dah la aku mengukutuk orang kat sini. Mak aku marah kutuk orang lebih-lebih. Takut masuk ISA katanya. Macam la yang masuk ISA tu dia. Hahahha. Tapi takpe la, mak aku jugak kan? Kene la hormat die.

Ada orang pos kt facebook pasal azam. Ya, aku berjaya melaksanakan azam aku pada tahun 2007, iaitu berhenti merokok. Esok hari, boleh aku klaim aku dah berhenti selama 1 tahun. Hahahaha, korang boleh? Ape, aku poyo? Ada aku kesah? Hahahahahahaha. Pergi mampos la korang. BTW, terima kasih kepada Tuhan yang telah mengizinkan aku untuk berhenti merokok.

Sejak aku berhenti merokok ni, kehidupan aku best sikit la. Boleh ebrmewah-mewah. Ada la kasut, baju, seluar yang dulu tak mampu aku miliki, sekarang aku boleh miliki. Dengan duit terkumpul tanpa membeli rokok, insyaalah aku akan ke Jakarta tahun depan.

Sejak aku berhenti merokok ni juga, baru aku tahu ape perasaan orang yang tidak merokok. Asap rokok sangat tak best untuk orang bukan perokok macam aku kini. Kepada kawan-kawan dan sesiapa yang marah bila aku hisap rokok berdekatan kamu, tolong maafkan aku ye. Aku akui itu memang salah aku.

Cuma azam aku nak berpacaran belom lagi termakbul. Mungkin ada hikmahnya kot. Harap-harap tapat yang dah kerja, boleh kawen terus. Jauh dari maksiat. Huhuhuhu. Okey la, aku berhenti kat sini je la bebelan aku untuk malam terakhir 2011 (Malam terakhir tahun Hijrah taknak pulak buat macam ni). Jam pun dan pukul 8.30. Nak bersiap-siap ke dataran merdeka untuk mengikuti flash mob malam ini. Bye...

Tuesday, November 22, 2011

harimau. garuda.nasionalism...

Semalam, aku bersama beberapa teman sempat menjadi antara manusia yang berada di Dataran Merdeka semalam untuk menyaksikan perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia dalam perlawanan bola sepak suka SEA.

Hampir penuh juga Dataran Merdeka dengan rakyat jelata. Mungkin kerana mutu permaianan pemain Malaysia sudah baik. Menurut Zul, teman gial bola aku, perlawanan sukan SEA tahun 2009 tak semeriah semalam. Dan aku memang akui yang mutu bola sepak negara makin meningkat.

Aku bukanlah sorang yang fanatik dengan bola. Tak kira la liga mana. Aku hanya tengok bola bila ada kelapangan dan keinginan. Dan semalam, yang membuatkan aku sampai di dataran adalah kerana kelapangan, keinginan dan juga semangat untuk menyokong kenaikkan mutu permainan pemain negara.

Perlawanan semalam bagi aku adalah sengit. Kedua-dua pihak sangat hebat. Malaysia ada kehebatan tersendiri dan Indonesia ada kehebatan tersendiri. Dan aku respek bila kedua-dua pihak tidak bermain dengan semangat nasionalism yang menebal. Bila dikasari, mereka saling bantu membantu dan bermaaf-maafan. Itulah yang terbaik. Apa yang aku nampak, hanya 2 susuk tubuh yang paling memainkan peranan itu adalah Baddrol dan Bonai. Dan kemengan Malaysia semalam adalah nasib. Ya, sepakan penalti itu adalah nasib.

Tapi aku rasa agak ralat sedikit kerana terpaksa menyanyikan lagu negara yang diciplak dari lagu orang lain. Kalau lagu tu lagu original, aku dah nyanyi kuat-kuat. Tanpa rasa malu dan segan. Oleh kerana sudah lama aku cari jersi Malaysia tak dapat sebab tiada saiz, semala aku beli kain yang tertera nama Malaysia. Aku tak tahu apa nama bende tu. Aku panggil kain rentang je, hahahaha. Tapi, aku akan pastikan suatu hari nanti aku akan dapatkan juga.

Seperti biasa, bila lagu Negaraku dimainkan, mereka tidak hormat. Ala biasa la, bila time lagu negara mereka berkumandang, kamu juga tidak menghormati. Jadi macam mana orang nak menghormati lagu negara kita? Tak payah ikot orang, ikot diri sendiri. Apa-apa pun, aku berharap sukan bola kita terus maju tanpa ganguan oleh mana-mana pihak. Lebih-lebih lagi dari pihak politik....

Sunday, October 30, 2011

bercerai...

Ini bukan entri pasal artis mane yang bercerai-berai. Tapi ini cerita tentang ketidak sejiwa didalam jiwa rakyat Malaysia. Aku mahu berkongsi cerita dan pendapat tentang perlawanan bola semalam antara Terengganu dengan Negeri Sembilan.

Cerita bermula apabila FAM menaiikan harga tiket dengan harga yang sangat tinggi. Tersebarlah 1 Malaysia ada yang mahu memboikot perlawan ini. Ya, ada yang boikot, tapi ramai yang tidak boikot. Aku tak tahu kenapa. Mungkin rm50 itu murah, atau mereka rasa subsidi itu tidak ada masalahnya.

Aku tidak mahu mengulang lagi pasal subsidi ni. Mahu ketahui dengan lanjut boleh cari artikel sebelum artikel ini. Dengar cerita penuh juga stadium malam semalam. Dan ramai juga yang boikot diluar. Mereka berdemonstrasi. Aku salute mereka yang bersama dengan kumpulan demostran diluar stadium itu. Mereka sangat hebat dengan semangat dan gants yang mereka cipta. Tapi malangnya, hanay segelintir penyokong Terengganu yang join kumpulan itu(ini mengikut dalam video yang ada di youtube yang mana, ia menunjukkan pnyokong berbaju kuning lebih banyak dari penyokong baju putih).

Ramai juga rakan-rakan aku dari Terengganu datang. Siap tanya aku pergi ke tak. Yang aku bengang, orang yang seakiran dengan pemikiran aku juga turut pergi. Aku tidak sempat untuk bertanya kenapa. Tapi aku dapat baca jawapan die. Salah satunya adalah sebab semangat untuk pasukan Terengganu. Ye la, Terengganu dudah 1 dekad tidak menjuarai piala Malaysia. Paling tinggi pun dapat nombor 2. Mungkin sebab itu mereka tidak endahkan dengan pemboikotan perlawan itu.

Pada mulainya, perlawanan ini ingin diboikot oleh kedua-dua belah pihak. Tapi malangnya apabila berita subsidi keluar, masing-masing sudah goyah. Lebih-Lebih lagi penyokong Terengganu. Dengar cerita, semalam penyokong Terengganu lebih ramai dari penyokong Negeri Sembilan. Apa yang berlaku, aku tidak pasti kenapa.

Tapi apa-apa alasan yang mereka beri, aku tidak dapat terima. Sebab semata-mata bola mereka boleh mengkayakan kepada sikeparat. Itu adalah tindakan yang bodoh. Dengan ini aku isytiharkan yang FAM menang dalam perlawanan ini.

Yang lagi menarik, website FAM digodam sebanyak 2 kali oleh peminat bola sepak dari Negeri Sembilan. Ekau memang hebat!!. Aku rasa nak tukar kerakyatan negeri la. Nak jadi orang Nogori. Bukan sebab Terengganu kalah, tapi sebab orang Terengganu tidak bersatu hati untuk memboikot perlawanan ini.

Wednesday, October 26, 2011

satu lagi alat pencekik harta rakyat...

Semua orang riuh pasal harga tiket perlawanan antara Terengganu dengan Negeri Sembilan sabtu ini. Mahal tak tentu arah. Tak silap aku, tahun sebelum ini harga dalam rm20/rm30. Kalau tak silap la. Aku juga manusia biasa yang mempunyai kapasiti memori ingatan yang sedikit dah lemah.

Sebab hal ini juga beberapa Facebook telah muncul bagi menentang tindakan celaka FAM, salah satu yang ini. Sebelum itu, aku terus terang yang aku bukannya die-hard-fan bola. Tapi minat-minat yang biasa. Dan menonton perlawanan bola adalah antara hobi aku jika berpeluang.

Setelah ribut pasal orang ramai memboikot perlawanan itu, kerajaan Terengganu kononnya cuba memcari inisiatif sendiri dengan ingin memberi subsidi keatas setiap tiket dengan 50% diskaun. Kalau yang kurang cerdik pasti melompat gembira. Tapi bagi orang bijak, tidak. Dan, dalam pemerhatian aku di dalam facebook seperti aku linkkan diatas, ramai yang berfikiran waras dan cerdik. Dan aku bangga kerana rakyat sudah berfikiran kritis dan waras.

Ok, aku cuba memceritakan tentang subsidi ini. Subsidi adalah duit kerajaan yang mana kerajaan dapat dengan pelbagai cara. Dan salah satu caranya adalah dengan tax. Atau dalam bahasa melayunya, cukai. cukai rumah, cukai tanah, cukai motor, cukai kereta, cukai jalan, cukai pintu, cukai barang, cukai top up dan bermacam cukai. Nak aku senaraikan semua, esok pun tak habis. Jadi siapa yang bayar cukai ni? Ya, sepuluh markah untuk anda, rakyatlah yang membayar cukai tersebut. Tapi kenapa sewenang-wenangnya kerajaan Terengganu nak bagi duit rakyat kepada FAM? Dengan memberi subsidi kepada tiket jualan adalah sama dengan kita beli tiket perlawanan tersebut dengan harga rm50. Cuma mungkin kita tidak terasa kerana kita hanya nampak nilai rm25 itu sahaja, padahal rm25 lagi kita tidak nampak.

Ini bukan satu tindakan yang membabi buta. Bagi aku ini satu tindakan yang bijak. Memboikot FAM dan menonton perlawanan itu di stadium adalah satu tindakan yang wajar. Ini kerana, hal ini hanya menguntungkan di sebelah pihak, ia itu pihak kapital. Siapa si kapitalis itu kalau bukan FAM. Kononya ingin membaikpulihkan stadium itu. Apa bodoh sangat alasan nak tipu rakyat? Itu stadium negeri. Dan kerajaan negerilah yang bertanggung jawap keatas pembaikkan itu.

Setakat hari ini tiada lagi berita yang keluar dari FAM seperti harga tiket seperti sediakala. Korang bayangkan, perlawanan Malaysia antara Singapura hanya rm30. Dan ada manusia yang celaka menjadi ulat tiket menjual tiket dengan harga berlipa kali ganda seperti rm60, rm80 dan ada yang mencapai rm150. Aku tak tahu lah ada ke yang beli tiket rm30 dengan harga ulat rm150. tapi cuba bayangkan jika harga asal tiket rm50, berapa pula harga tiket dengan ulat tiket? Jadi lebih murah ke?

Rata-rata yang ingin melihat perlawanan ini adalah rakyat marhaen. dan adasesetengahnya adalah dari golongan kurang mampu yang pelajar, buruh, juruteknik dan sebagainya. Bukannya anak menteri, anak kerabat diraja, arkitek, doktor dan sebagainya. Kalau ada pun aku rasa 30% je golongan elit ini melihat perlawanan piala Malaysia. Itu pun aku rasa banyak 30% tu. 30% ni maksud aku adalah jumlah daripada bilangan penuh penonton yang boleh dimuatkan didalam stadium pada suatu masa.

Tindakan memboikot perlawanan ini bagi aku adalah perjuangan rakyat. Yang kental sahaja yang berani melawan, yang lemah menunduk pada sang pemerintah saja yang sanggup memberi harta kepada sikeparat. Majulah rakyat untuk sukan negara. Hampuskanlah politik dalam sukan negara. Kerana ia seolah-olah satu virus yang boleh membawa kemudaratan yang sangat berbahaya.

p/s: ini link blogger yang seangkatan dengan pemikiran aku.

Tuesday, October 25, 2011

kematian gadafi....

Berita tentang kematian bekas perdana menteri Libya tersebar dengan cepat. Sepantas angin berlalu, sepantas cayaha bergerak. Dan dia mati dengan sangat tragik. Dibunuh oleh bangsa sendiri, rakyat sendiri. Dipukul, diterajang, dan akhir sekali ditembak dikepala.

Dunia bersorak girang. Berpesta untuk menyambut kegemilangan perjuangan sudah selesai. Tapi, bagi aku tidak! kematian Gadaffi hanyalah satu wayang. Bukan aku cakap dia belum mati. Tapi kejadian kematinya adalah wayang.

Seperti kita tahu, Gadaffi adalah boneka Amerika, walaupun ada pihak cuba menafikannya seperti disini. Ada point yang boleh diambil, ada point yang ditulis tidak boleh diguna pakai. Kejahatannya sangat menjadi-jadi sejak beberapa tahun. Dia dikatakan menjadi sekular dan anti islam. Bukan itu saja, malah anti dengan rakyatnya sendiri. Rakyat merempat, tiada pekerjaan, harga barang mahal, serba serbi mahal (macam pernah dengar je cerita ni, tapi dimananya?). Tapi dalam link yang aku bagi tadi, cuba menceritakan sebaliknya. Gadaffi baik, menolong rakyat dan sebagainya.

Taidak dinafikan dia dulu adalah pemimpin yang hebat, berkaliber dan Amerika takut kepadanya. Tapi sekarang tidak lagi. Dia pula yang tunduk pada Amerika. Dia menjadi boneka Amerika secara total. Segala perintah dari Amerika dia turuti.

Tapi, betapa jahatnya dia, membunuhnya bukan satu cara yang bijak. Dan dengan cara itu tidak akan menyelesaikan solusi. Sebab Amerika semestinya akan cuba campur tangan untuk kawal Libya. Sebab Libya seperti ditanah arab yang lain, yang mana mempunyai minyak yang banyak. Mungkin dengan menangkapnya boleh membongkar rahsia yang tidak diketahui. Atau boleh membuktikan sesuatu yang sukar dibuktikan. Tapi apakan daya, nafsu manusia melebihi kepada akal fikiran. Sanjung islam itu agama yang mulia, tapi malangnya, panganutnya tidak faham dengan agama sendiri.

Seperti yang aku tulis diatas, kematiannya bukan satu perjuang. Dan secara tidak langsung perjuangan belum tamat. Kematian gadaffi ibarat menangkap pengedar dadah, tapi tokei dadah masih terlepas.

Aku percaya, suatu hari nanti, keaddan di Iraq. Tumbangnya kerajaan Saddam bukanya bermakna orang Iraq merdeka, sebab yang memduduki Iraq adalah askar Amerika, dan dengan alasan ingin membangunkan Iraq , mereka juga merampas minyak dan hak orang Iraq. Ia seolah-olah, lari dari perangkap harimau, tapi termasuk perangkap buaya. Dan revolusi yang berlaku di Libya bukannya revolusi rakyat, tapi revolusi dibuat-buat untuk menguntungkan sebelah pihak. Percayalah, semua ini terjadi kerana pihak kapitalis sudah tahu era emas mereka akan berakhir tidak lama lagi, sebab itu mereka cuba membolot harta sebanyak mungkin.

Wednesday, October 19, 2011

weh puki, kau nak main lagu atau main puki?...

Semalam aku masuk pertandingan BOTB. Tapi main secara akustik je la. Kami main lagu medley, dan diubah sehari sebelum pertandingan itu. Memang agak kelam kabut. Tapi akhirnya siap juga lagu medley itu. Semalaman kami praktis. Semester lepas kami dapat nombor 2. Dan kami janggakan kami akan dapat nombor satu. Itu jika mengikut statistik la. Tapi kalau ikot Tuhan, Dia yang tentukan segalanya.

Pertandingan itu bermula pada jam 2.30 petang di Bestari Hall. Kami grup yang ke 7 dari 8 buah band. Dalam menunggu giliran kami, kami praktis sekejap. Lepas jamm 2 kali, kami masuk balik dalam dewan untuk menyaksikan persembahan rakan-rakan. Ada yang betul-betul berbakat. Ada yang tidak.

Akhirnya sampai juga giliran kami. Tapi belum apa-apa 2nd gitaris kami dah buat hal. Die suruh aku guna gitar lain sebab dia nak guna gitar yang lain. Sebelum ini, kami dah setting baik dengan 2 gitar. 1 gitar aku, 1 lagi gitar pinjam. Tappi last minit die suruh aku tukar. Pada mula-mula aku tak nak, tapi terpaksa akur sebab nak jaga tuning gitar. Biasa la, bila guna gitar orang lain ni, jadi tak selesa sikit.Ah, lantak la, aku pun bedal je.

Tapi yang aku bengang, baru masuk lagu je, 2nd gitaris aku buat hal, silap main lead. Aku buat-buat cool je dulu. Tapi bila masuk part yang tengah-tengah, die buleh pulak lupa pulak kord. Aku dah hangin satu badan. Nak maki je depan-depan. Dan ayat yang bermain-main dalam kepala otak aku adalah macam tajuk entri ni. Puki betul, aku dah cakap praktis betul-betul. Sekarang dah bermasalah. Kalau die je yang salah kord takpe lagi. Ni sampai aku tergagap-gagap sampai ngan aku sekalai salah kord.

Aku rasa kami takkan menang. Kalau dapat nombor pun sebab krebiliti vokalis kami. Dia memang power. Lepas abis je perform, aku terus packing gitar dan terus blah. Malas aku nak layan. Dah takde mood. Pemenang akan diumukan pada jumaat ni sempena penutup minggu openday. 1 silap 2nd gitaris kami tu adalah takde preperation yang baik sebab guna gitar orang. Orang lain sibuk praktis lagu, dia sibuk cari orang nak pinjam gitar. So, moral cerita ni, praktis la baik-baik dan beli gitar sendiri kalau nak jadi profesional dalam bidan hiburan.

Monday, October 17, 2011

assalamualaikum , aku Amerul...

Sangat hebat semalam. dapat ketemu seorang artis yang sangat rendah diri. Dan aku rasa, tiada yang sehebat dia! Kejadian itu berlaku dalam jam 10 malam selepas kami dikacau oleh abang uniform biru kerana kami ber-occupy di dataran merdeka sempena solidariti occupy untuk seluruh dunia. Dan itu adalah gangguna kali ke-2 selepas gannguan itu berjaya dipatahkan kerana dengan alasan melepak untuk melihat siaran perlawanan Manchester dengan Liverpool. Tuhan maha kaya, kebetulan siaran bola muncul dalam keadaan kekalutan.

Untuk meredakan keadaan, masing-masing berpecah dengan membuat aktivit masing-masing. Aku dan Hocy melangkah kearah tebing. Tapi datang idea untuk pusing balik ke tempat tadi untuk membuat lakonan. Kami menghampiri sepasang suami isteri yang melihat gelagat polis tidak jauh dari tempat kejadian. Kami berlakon dengan bertanya apa yang berlaku. Dan ternyata mereka tidak tahu apa-apa tentang occupy.

Dah puas kami berlakon, kami gerak ke tebing untuk minum. Dalam melepak disebuah direstoran ditebing, aku ternampak kawan aku, Amin Landak, yang juga occupier di meja belakang. Aku ke meja dia untuk mengajaknya duduk bersama kami, tapi aku baru sedar yang dia bersama seorang yang istimewa. ya, pelakon yang aku sebut diatas. Aku pada mulanya tidak perasan kerananya memang kulitnya gelap, tambah lagi keadaan di meja mereka itu gelap dan dia berkepala botak. dia menghulurkan tangan dan berkata," Assalamualaikum, aku Amerul". Aku dengan biasa menjawap salamnya. Selepas itu baru aku teringat yang dia itu seorang pelakon. Agak kaku juga aku melihat pelakon, kerana aku jarang melihat pelakon. Lebih-lebih lagi bersalam.

Tapi artis ini cukup istimewa keraja cara dia sangat-sangat rendah diri. Pakaian macam orang biasa, lepak dengan orang biasa dan lepak ditempat orang biasa. Sangat unik. Pernah ke korang nampak artis lain lepak warung-warung (yang seangkatan dengan dia la)? Setakat ni aku hanya nampak dia sorang je yang lepak kat warung. Yang lain aku pernah nampak kat area BB, masjid Kampung Baru dan dataran merdeka.

Agak ralat juga aku tidak melepak bersama dia kerana aku nak juga melihat watak dia macam mana diluar layar. Tapi aku tidak mahu mengacau perbincangan mereka berdua. Aku harap suatu hari aku akan dapat melepak bersama dia juga.

Sebelum balik rumah, kami ada bercakap pasal Amerul dengan Acong(penulis skrip cerita Gadoh). Dan watak dia amat menarik dan untuk trivia korang, Amerul lebih hebat lakonannya berbanding Bob(Zahiril Adzim). Aku cuba muaturun filem kedua-dua manusia ini untuk membuat perbandingan, adakah cerita itu benar yang Amirul lebih hebat dari Bob. Sebab aku minat Bob sebab die hebat, dan kalau betul cerita itu, aku perlu juga meminati Amerul.




Amerul bersama (mungkin)peminat.