Tuesday, August 25, 2009

BABI...

dah beberapa minggu aku tak up date blog ni. bukan apa, aku sibuk menjadi robot. robot untuk menguntungkan si kapitalis. pelbagai pengajaran aku dapat sepanjang aku berkerja. aku dapat tahu cara kapitalis bekerja, kehidupan seorang yang miskin dan tentang kehidupan. aku impinkan kebebasan bekerja tanpa kene marah, tanpa dipaksa, tanpa dikongkong, tanpa arah dan tanpa keletihan.

sekarang agak reda tentang H1N1. aku sejak menular wabak ni, aku jarang2 pakai mask. bagi aku, aku rela mati dalam kebebasan dari hidup dalam kongkongan. nak nyawa pom susah kalu pakai mask. dah la amek kesempatan atas kesesakkan orang laen. harga patot 30sen, dah jadi 1 ringgit. dasar kapitalis. harga ubat dimainkan. semua pakai bayaran!! (lirik marjinal-rumah sakit brengsek).

semenjak aku menjadi robot, aku dilatih menjadi penipu. itu yang aku tak suka. menipu pelanggan, menipu diri sendiri. bayangkanlah, setiap lap top disediakan 2 kabel. 1 yang biasa digunakan di sini, yang ke 2 diguna kan di luar negeri. tapi bayangkan, kabel yang digunakan di luar negeri itu, diambil oleh kompeni, dan dijual dengan harga rm10. untung atas angin je. bnyk lagi perkara yang menjengkelkan berlaku semenjak aku menjadi robot suruhan ni....


noktah

2 comments:

Siti said...

Kije doh ke? Mu kije daner? jgn lupe sedia duit raya utk naqib eh....

eh ganer payoh base ngat komen box mu nih? tuko ah...

kerk said...

payoh base mende plok?
ok je...