Friday, July 31, 2009

sedikit tentang gerakkan feminism

tulisan ini aku cedok dari link ini = http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/wanita/feminisme.htm

ia sebagai tatapan anda semua.

GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA

- ANTARA IDELISME DENGAN MATLAMAT-

Oleh ABD. Rahim ABD. Rashid

GERAKAN feminisme di Malaysia kuat dipengaruhi oleh gerakan feminisme di Barat, lebih bermotif reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini didukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan tinggi. Mereka begitu tertarik kepada gerakan feminisme di Barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita, liberalisasi kaum wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat pada kepentingan dan pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang bukan sahaja bersifat gender bias, kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh isu asas yang masih dihadapi oleh masyarakat negara membangun.

Isu jantina yang menjadi landasan perjuangan gerakan feminisme di Malaysia dapat diatasi sekali gus sekiranya isu asas yang mencengkam masyarakat seperti kemiskinan, kemunduran, pemodenan, keadilan sosial, dan pergeseran kelas sudah dapat ditangani dengan baik. Namun, ada pihak yang berpendapat bahawa langkah menangani isu jantina perlu diberi keutamaan untuk membanteras kemiskinan, kemunduran, merintiskan pemodenan, meluaskan keadilan sosial, dan mengurangkan pergeseran kelas yang diwarisi oleh masyarakat membangun.

Beberapa gerakan feminisme yang dianjurkan di luar negara melalui persidangan antarabangsa seperti di Beijing (1996) dan di Nairobi (1985) memberi kesan yang meluas terhadap kemunculan gerakan feminisme di negara membangun. Satu jawatankuasa di peringkat antarabangsa dibentuk bagi menghidupkan hala tuju perjuangan gerakan feminisme di negara membangun. Dari semasa ke semasa, resolusi berkaitan dengan perjuangan feminisme diluluskan untuk dikemukakan kepada pemimpin di negara mem~ bangun dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk diterima pakai sebagai dasar pembaharuan dan perubahan bagi wanita.

Dasar jantina diluaskan dalam pelbagai bidang meliputi politik, kepemimpinan, pekerjaan, profesionalisme, pendidikan, kurikulum pengajian jantina, dan sebagainya.

Dalam keadaan tertentu, gerakan feminisme yang bias serta mempunyai kecenderungan yang tidak sihat mencetuskan semangat tidak puas hati dan meningkatkan prasangka dan permusuhan antara kaum wanita dengan lelaki. Gerakan pembebasan wanita di Barat memulakan era baru peranan wanita yang lebih luas yang mempunyai persamaan dengan lelaki.

Berbeza daripada gerakan feminisme di Barat, wanita dalam masyarakat Timur kuat dipengarnhi oleh budaya dan agama yang mencorakkan peranan tertentu yang perlu dimainkan oleh wanita. Walaupun angin pemodenan bertiup kuat dan mengubah perspektif baru peranan wanita Timur, faktor keagamaan dan kebudayaan menjadi benteng pendidikan wanita tentang kesetiaan, tanggungiawab, nilai hidup, peranan, fungsi, dan tugas yang membina yang perlu dipertahankan oleh wanita dalam masyarakat moden.

Pemodenan tidak bermakna membuang semua tradisi hidup dan mengambil apa-apa sahaja yang dianggap moden oleh masyarakat Barat. Wanita Timur tidak dikehendaki terlampau ekstrem dan membabi buta mengikut pengaruh feminisme Barat. Kebebasan yang diberi kepada wanita tidak bermakna, jika bercanggah dengan nilai dan norma masyarakat Timur yang kaya dengan kesopanan dan peradaban. Faktor kebudayaan, sosial, dan agama amat berpengaruh dalam mencorakkan pergerakan feminisme dan penonjolan isu jantina dalam masyarakat membangun.

Perspektif moral mempunyai kesan yang kuat ke atas pergerakan feminisme Malaysia, khususnya. Masyarakat Timur tidak dapat menerima tindakan dan tingkah laku wanita yang bercanggah dengan nilai budaya, keagamaan, dan etika yang bertopengkan perjuangan liberalisasi menuntut hak individu, hak persamaan dengan lelaki, dan hak kebebasan seks yang bercanggah dengan ajaran agama dan tamadun hidup ketimuran.

Golongan feminisme tempatan yang jahil tentang agama dan begitu terpengaruh oleh Barat sering mencemuh agama dan gagal memahami pengajaran agama Islam dalam membawa perubahan nasib wanita yang amat jumud kedudukannya pada zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah moden, wanita diperalat dengan pelbagai cara. Pergerakan liberalisasi wanita umumnya membuka ruang yang lebih luas kepada eksploitasi wanita dalam pelbagai bidang. Wanita menjadi alat komersial yang begitu canggih dan mudah digunakan untuk pelbagai tujuan.

Dari satu segi, gerakan feminisme bertujuan untuk melindungi kepentingan wanita yang semakin terancam, mengalami keruntuhan moral dan akhlak, dan kehilangan idealisme dan hala tuju. Dari segi yang lain, gerakan ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih luas mengatasi lelaki.

Gerakan feminisme di Barat umumnya mencerminkan kegagalan wanita dalam kehidupan berkeluarga dan perkahwinan.

Gerakan feminisme dapat dikira sebagai persaingan wanita dengan lelaki. Eksploitasi wanita dari segi imej, status, moral, seks, dan biologikal, khususnya melalui iklan perdagangan, mendorong perjuangan feminisme untuk menghapuskan sebarang bentuk eksploitasi, diskriminasi, prejudis, stereotaip, berat sebelah, dan melemahkan semangat yang berlaku dengan meluas terhadap wanita. Dari satu segi, terdapat kesedaran dan kesungguhan untuk mengangkat dan membina status, imej, dan moral.

Wanita merupakan aset yang amat bernilai dan tenaga penggerak kemajuan. Wanita merupakan benteng pertahanan moral dalam masyarakat yang berubah dan sering dilanda kegawatan dan kemelut sosial. Wanita menjadi sumber inspirasi dan kasih sayang serta pembinaan masyarakat penyayang. Peranan wanita sangat dikehendaki dan dipertahankan oleh masyarakat Timur demi kestabilan institusi keluarga daripada tergugat dan runtuh seperti yang berlaku di kalangan masyarakat Barat.

DALAM arena politik, ketrampilan dan kebolehan wanita umumnya tidak menonjol. Dalam banyak hal, wanita masih bergantung dan mengharapkan ihsan serta sokongan lelaki. Walaupun terdapat sebilangan kecil pemimpin wanita yang cuba mengeksploitasi isu jantina sebagai modal politik untuk meraih sokongan wanita, kebolehan pemimpin wanita untuk merobah imej negatif dan stereotaip terhadap wanita masih belum berjaya. Dari segi biologinya dan emosinya, wanita masih dikira lemah berbanding dengan lelaki. Faktor keemosian sering mengatasi kekuatan intelektual apabila terpaksa berhadapan dengan isu yang mencabar kredibiliti sosial dan moral mereka.

Agenda penstrukturan semula sosial terhadap jantina menjadi semakin penting dan mempengaruhi kecenderungan perkembangan jantina dan wanita dalam masyarakat moden dengan menggunakan perspektif positif pembinaan imej, peranan, dan status wanita. Isu jantina semakin menarik perhatian dalam kerangka pergerakan golongan reformis feminisme di kebanyakan negara membangun yang dianggotai oleh golongan intelek dan kelas menengah wanita yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Perspektif sosiologi yang berasaskan teori fungsi pembiakan yang menekankan faktor biologi, perahan, dan status tradisional wanita dilihat mempunyai pengaruh yang negatif terhadap pembinaan imej, fungsi, dan status baru wanita moden yang membawa perubahan yang besar kepada kedudukan, status, dan peranan wanita.

ideologi = baik @ buruk?

Salam sejahtera. Entri yang sebelum ni aku menyentuh tentang rasis. Kali ini aku cuba menyentuh isu tentang ideologi. Baik, kalau kita mencari maksud ideologi, kita kaji, kita korek, kita akan jumpa maksud ideologi. Bagi pendapat aku, ideologi ini adalah satu pegangan hidup seseorang dan falsafah seseorang itu serta pendapat. Jika kita melihat di sudut lain, ideologi menurut Critical Vocabulary (virginia.edu) adalah seperti beritkut:

Literally the study of ideas, the collective knowledge, understandings, opinions, values, preconceptions, experiences and/or memories that informs a culture and its individual people. Ideology is often aligned with political beliefs, but is much broader than that, relating to any social or cultural beliefs, and these beliefs are revealed in literary or other texts. In a text, certain ideas or values will be dominant, while others will be necessarily marginalized.

Menurut Profesor Lowenstein “ideologi adalah suatu penyelarasan dan penggabung an pola pikiran dan kepercayaan, atau pemikiran bertukar menjadi kepercayaan, penerangan sikap manusia tentang hidup dan kehadirannya dalam masyarakat dan mengusulkan suatu kepemimpinan dan memperseimbangkanny berdasarkan pemikiran dan kepercayaan itu.

Menurut Sastrapratedja; ideologi adalah seperangkat gagasan atau pemikiran yang berorientasi pada tindakan yang diorganisir menjadi suatu sistem yang teratur. Ideologi adalah suatu ilmu yang berkaitan dengan cita-cita yang terdiri atas seperang kat gagasan-gagasan atau pemikiran manu sia mengenai soal-soal cita politik, doktrin atau ajaran, nilai-nilai yang berhubungan dengan kehidupan bermasyarakat, berbang sa dan bernegara.


Ideologi bukan seperti agama, tetapi manusia menjadikannya seperti agama. Rela berhabiskan duit, masa, tenaga dan sebagainya. Adakah ideologi ini perlu ada pada setiap manusia? Wajib kah? Aku masih belum menjumpai jawapan ini pada tika ini. Berbalik kepada awal (back to the roosts), siapakah yang mula2 mencipta ideologi dan dari manakah perkataan ideologi ini datang? Juga aku tidak ketemui jawapannya.

Pelbagai ideologi wujud dimuka bumi ini. Antaranya komunisme, anarkisme, feminisme, liberalisme, radikalisme, kapitalisme, globalisme dan berbagai lagi. Mengapakah ia wujud dan berlainan dengan yang lain. Ternyata ideologi ini wujud mengikut hawa nafsu manusia. Ternyata ideologi ini wujud mengikut pendapat/pemikiran manusia. Orang bandar dengan cara mereka, orang kampung dengan cara mereka. Orang asia dengan cara orang asia. Orang barat dengan cara orang barat.

Cuba kita lihat, jikalau la ideologi ini menyebar ke serata dunia dan ideologi itu berbeza2. Di malaysia, ideologi kapitalis dan komunis tersebar dengan luas. Ternyata kedua-dua ideologi ini bertikah pendapat. Jadi adakah mereka tidak perang? Tidakkah pengikut ideologi komunis tidak mempertahankan ideologi mereka dan sebaliknya di pihak kapitalis? Pihak kapitalis mahu negara 'maju' dengan cara mereka dan pihak komunis mahu sistem kapitalis mansuh dengan alasan sistem tersebut berat sebelah. Disini aku dapat simpulkan bahawa, ideologi ini disebarkan untuk peperangan. Untuk memecah belahkan umat manusia. Ini kata aku. Kata kamu?

Kita lihat lagi secara lebih mendalam. Adakah ideologi komunis yang terbaik? Macam mana dengan ideologi anarkisme? Siapakah yang membunuh kaum mereka sendiri di negara China? Bukankah itu adalah pihak komunis? Bukankah komunism itu dibawah pemerintahan diktator? Aku di fahamkan bahawa anarkisme ini perkembangan cari ideologi komunisme. Anarkisme bagi aku lebih kearah sosialism ( sila masuk link ini utk memahami maksud sosialsime : http://abasozora.wordpress.com/2008/11/15/a/). Dan mengasas ideologi komunisme itu adalah karl marx yang mana dia adalah salah seorang ahli freemasons peringkat tertinggi (33rd degree). Dan freemasons itu adalah organisasi sulit yang paling jahat. Keruntuhan WTC, pentagon, kejadian holocoust, osama ben laden, television, mind control, hiburan, muzik. Itu semua adalah kerja2 tangan nakal dari organisasi freemasons. Jadi perlukah kita perlu percaya dengan ideologi dari pemikiran penjahat ini? Bagi aku, ini adalah propanganda untuk memecah belahkan umat manusia.

Kita kaji lagi. Feminisme. Mengikut dalam debuah web site, feminisme ini adalah sebuah ideologi mempertahankan hak2 wanita. Dalam hal ini, timbul satu isu. Wanita menggunakan ideologi ini ini untuk mempertahankan mereka bebas berpakaian. Dan secara tidak langsung ia melanggar peraturan agama mereka anuti dan juga melanggar sensetiviti orang lain. Diharap aku tidak dilabelkan sebagai alim atau menggunakan alasan agama untuk menjadikan sebagai escapism. Mengikut flyers yang diberi oleh guru kaunseling aku dan abang2 polis mengenai kes rogol, salah satu sebab kes rogol berlaku adalah mangsa memakai pakaian yang menjolokkan mata. Apa yang aku dapat simpulkan, kebebasan berpakaian terhadap wanita akan meragut kebebasan kaum wanita untuk berjalan bebas kesana sini.

Kita lihat disituasi yang lain. Kebebasan individu. Kebebasan individu untuk melakukan sesuatu juga perlu disangkal. Contoh seperti arak. Kebebasan individu utnuk meminum arak akan mengundang mudarat. Bukan sahaja pada diri sendiri, malah pada orang lain. Kerana arak manusia membunuh. Kerana arak manusia merogol. Kerana arak manusia membunuh diri. Kerana arak manusia hilang kewarasan. Ada cakap2 yang mengatakan agar minum sedikit. Atau jangan memandu ketika mabuk. Bolehkah anda menahan nafsu untuk meminum sedikit sahaja arak? Semasa anda mabuk, bolehkah anda berikiran waras? Sempatkah anda berfikir "oh, aku mabuk, tak boleh drive"?

Tidakkah peraturan yang diturunkan oleh tuhan adalah yang paling sempurna? Mengapa masih menolaknya? Aku juga masih mencari jawapan. Ini kata aku. Ini pendapat aku. Pendapat kalian?

Tuesday, July 28, 2009

cara2 nk wat popup yang menakutkan...

Ni saje2 je nk wat terer...

1- mula2 bukan note pad dan tulis ni
text1=msgbox("tulis ape yg korang nk tulis",52,"tajuk korang")




2- save dalam format popup.vbs. Dan sila save 'Save as Type' to 'All Files'



3- hasilnya...



selamat mencuba....

anti-rasis

3 hari yang lepas aku dapat sumber dari teman aku mengenai cerita Gadoh. Cerita ini di buat untuk indipendent film fest. Cerita ini mengisahkan tentang masalah perkauman yang berlaku di Malaysia kini. Cerita ini bagi aku cukup sempurna. Beribu mesej cuba disampaikan. Dan ia tersemat terus di hati aku. Cerita ini sesuai untuk pak cik dan mak cik, orang2 tua, kanak2, remaja, cikgu, pensyarah, pegawai, kerani, mat rempit, bdk indie, senang kate sesuai untuk tontonan umum.

Cerita ini membuat aku terfikir, kenapa masih ade lagi manusia berfikir seperti itu (baca:rasis). Masih ada lagi yang bersikap jumuk. Dan tidak ketinggalan juga dengan orang yang keliru antara rasis dengan nasionalism. Adakah ini kerana orang melayu itu sendiri? Salah orang cina kah?
India kah? Bagi aku, ini kerana semua orang. Tidak kira melayu, cina mahupun india. Melayu buruk sangka dengan cina, cina buruk sangka dengan melayu. India terumbang ambing. Kenapa tidak diiktiraf saja dengan bangsa/kaum Malaysia. Kenapa masih perlu ada jurang antara kaum, padahal sudah berpuluh tahun kita tinggal bersama. Kenapa masih anggap orang2 cina dan india ini pendatang? Menumpang? Orang melayu tidak menumpang? Kita sama sahaja, bumi ini milik Allah. Tuhan semesta alam. Kita hanya menumpang, tidak kira kaum mana, warna kulit dan apa sekali perbezaan.

Bagi aku, jurang ini berlaku kerana orang yang melakukan jurang ini takut dengan bayang sendiri. Takot cina ambil alih negara ini la, takot melayu merempat dinegara sendiri la. Apa benda semua ni? Bukankah dengan pengiktirafan 1 bangsa membolehkan kita hidup aman damai? Dengan kepandai orang cina berbisnis, mungkin dapat mengukuhkan ekonomi negara. Dengan kepandaian orang melayu dengan ketenteraan, mungkin dapat mempertahankan negara, dan dengan kepandaian kaum india, mungkin boleh meningkatkan taraf ekonomi negara. Mengapa tiddak berfikiran sedemikian? Bagi aku, para pemerintah hanyalah tali barut penjajah. Mahu mengeyangkan perut mereka dan kroni mereka saja. Lepas tu laungkan slogan yang mengarut. 1 malaysia, rakyat diutamakan, dan perbagai cakap2 manis ditaburkan. Bagaimana mahu menangani masalah ini? Aku pun bingung. Mahu berbicang dengan teman2 agar sukar kerana berbagai2 pendapat. Ini juga kerana rata2 teman aku adalah dr pemikiran anarkis, yang nama tidak mahu kerajaan mengawal sesebuah negara. Tapi bagi aku, kerajaan perlu dalam sesebuah negara. Kerana, jika tiada pemerintah, ketua, negara terumbang ambing. Aku bukan mahu mewujudkan hirarki, tapi ini adalah rialiti. Hidup berkolektif. Ya memang boleh, tapi sejauh mana ia berkesan? Manusia berbilang2. Bermacam ragam. Bermacam pendapat. Jika mahu memutuskan sesuatu mengikut majoriti amat sukar untuk kelompok yang besar. Bayangkanlah jika sebuah jambatan ingin dibina dan di usulkan kepada orang ramai, Macam2 pendapat diberi. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju, ada yang x ambil kisah, ada yang mahu buat kat laen dam macam2. Begitu juga dengan hal2 sensetif seperti keagamaan, adat dan sebagainya. Bagi aku, semua ideologi ini adalah strategi golongan the hidden hands untuk memecah belahkan umat manusia. Nanti aku terangkan secara lanjut kenapa aku nyatakan demikian, tetapi bukan di dalam tulisan ini.

Berbalik kepada tajuk asal kita, rasis ini datang dr sifat nasionalism yang menebal. Terlalu mengungkan bangsa sendiri sampai merendah2 kan bangsa laen. Bangga dengan bangsa sendiri tidak salah jika digunakan untuk tujuan yang baik seperti berperang untuk menegakkan tanah air, bersukan dan sebagainya. Tetapi da batasnya. Bagi aku, sifat nasionalism perlu ada pada setiap orang, tetapi jangan keterlaluan kerana ini akan menjadi rasis. Kerana nasionalism ini akan membuat kita bersatu padu, kita akan maju, berdaya saing dan juga bertamadun.

ini pedapat aku..
pendapat anda?...

Monday, July 13, 2009

....

Sudah 2,3 malam aku bace blog misfisfile. Baru aku fham kenape dunia menjadi macam ni skrang. Disebabkan tangan2 nakal inilah yang merosakkan keharmonian dunia. Aku rase mcm fade up nk hidup. Xde gune nk hidup. Dari kecil smpai skrang kene tipu. Semakin lama aku mendalami tentang 'secret society' ni, semakin aku rase nk mati. Rase dipresi. Rase tensi. Kenapa dunia menjadi mcm ni? Aku jamin, kalau korang bace blog ni, mesti korang pom akan rase ape yang aku rase. Mungkin sedikit berkurangan dari aku, atau lgi hebat dari aku. Skrang, aku cuma nk fikir mcm mane nk atasi bende ni. Bende ni bkn mudah, sbb dh bertahun2 dorang menjajah minda kita tanpa kita sedari. Artis, muzik, porno, game, komputer, kebebasan, komunism, anarkism,feminism, arak, judi,candu,dadah. Semua ni adalah bahan2 untuk melekakan kita. Supaya kita tidak bersatu. Supaya kita berpecah belah. Supaya kita diperbodohkan. Inilah yang mereka mahu, supaya segala kehendak mereka, dapat kita turuti.......

FUCK SIAL !!!!!
FUCK SIAL !!!!!
FUCK SIAL !!!!!
FUCK SIAL !!!!!
FUCK SIAL !!!!!

Sunday, July 12, 2009

pelaris penindasan.

Salam sejahtera. Sejak dua menjak ni, aku kerap lepak ngan membe2 sampai pagi. Huhuhu, bapak aku pergi Sabah, mak aku lepak kt umah tok aku, jadi aku jadi raje la kt umah. Nak balik ke, x ke, ikot ati aku je. Dah bosan lepak kt Pantai Batu Buruk (BB), kitorang pom lepak kat medan selera depan skolah SS. Sampai je kt sane, kitorang terus lepak kt satu kedai ni. Kedai ni semua pekerjanya adalah gadis2 chantek jelita. Tapi ape yang buat aku tertarik adalah, cara pemakaian gadis2 ini. Pakaian kalahkan artis. Siap salah satu dr bdk2 ni dpt name jolokan stacy dr membe aku. Hhahaha.... Pakaian mcm nk jual tubuh. Aku bukan nk halang mereka berpakaian mcm tu, tapi ni dh mcm satu eksploitasi. Mereka digunakan untuk melariskan jualan. Untuk menguntungkan peniagaan. Tertonggek sana sini. Terbelah sana sini. Nok nape x auw... Jadi mana silapnya? Perlu ke pelaris mcm ni? Hahahah, bagi aku sangat lucu. Terlalu tipikal. Otak cetek. Aku bkn nk perlekehkan diorang, tp ini adalah realiti. Kalau dulu, maruah lebih penting dr segalanya. Kalu 1 keluarga itu terdpt anak dare yang dh xde dare, keluarga itu rela kurung anak gadis tu kt umah supaya org x taw yg ank die dh xdare lg. Tp sekarang dh terbalik. Rele jual maruah anak utk melariskan perniagaan. Mana perginya sifat seorang ayah dan ibu? Yang mana dipertanggujawapkan oleh Tuhan supaya menjaga mereka supaya menjadi manusia yang berguna. Aku bkn nk jadi tipikal, tp kebiasaannya kalu dh mcm ni, tayang bodi sana sini, mmang dh berapa nk berguna. Si emak plok pkai tudung. Habis 1 bdn tutp aurat. Tp aurat anak bg tayang. Ko dpt dosa sbb bg wat dosa, ko jgak dpt dosa sbb bg org tgok. Tp bila lepak ngan kwn2, reti plak ckp psal agame. Remaje skrang rosak la, rntuh akhlak la. Woit... sape yg buat mereka runtuh akhlak? Bila ditanye tentang 'membogelkan' ank mereka di tmpt awam, alasan bodoh diberi. " Alah, nak berniaga, memang mcm tu. Kene la berkorban". Kenapa perlu berbuat demikian? Takot xde pelangan? Takot xde rezeki? Sape yg bg ko rezeki? Bkn ke Tuhan? Yg ko gile2 sngt nk tnjuk ank ko kt org rmai wat pe bodoh? Bkn ank ko bg rezeki.... Cari rezeki siang mlm. tapi x kaye2 jugak. Aku rase la kn, kalau la lembu blh berckp, mesti lembu2 ni akan kutuk manusia mcm ni. Same jugak ngan sesetengah band yg wujud skrang. Eksploitasi golongan wanita untuk melariskan band mereka. Fuck sial... Jadi aku seru kpd rkn2, teman2 dan kamu!! Tentang eksploitasi terhadap kaum wanita dan kanak2...

Friday, July 3, 2009

dulu hilang, sekarang ade balik...

aloo.... Dah lama aku tinggalkan blog ni tanpa sebarang tulisan aku. Bukan apa, aku sibuk menghadiri kursus di Dungun. Kursus ni di buat oleh Microsoft dan ditaja secara percuma oleh kerajaan. Sepanjang kursus ni, pelbagai pengalaman manis dan pahit aku lalui. Berjumpa kawan baru adalah satu pengalaman manis. Ada yang dari poli K.b, dan poli kuantan. Belajar plak ngan trainer yang sempoi import khas dr indon. Bagi sekotak rokok Winston made in indon, pastu sekotak gudang garam pom made in indon. Rase nya lagi nyaman. Huhuhu.... malam2 maen futsal kt tmpt trainer aku menginap. pastu balik bilik pkol 11++. Spatotnya x blh masuk hostel sblom kol 11, tapi bdk2 ni wat dek je. Slamber badak je masuk . Nanti aku upload kan gambar. Sedar x sedar, dh masuk mggu exam. Wat latihan penya la nak rak, akhir nya dpt gak. Tapi sayang, paper ke-2 aku fail. Tapi aku still dpt sijil, cuma kad dari microsoft je tak dpt. Yang aku nk pelik, smase aku studi, x jumpe plak soalan yg die kasi, tapi bile aku studi blk ptg tu, jumpe plak. Cinabeng btol. ingt di hati nk re-seat. Siap snggup lagi nk bayar rm650. Bkn sket tu. Lepas abis paper tu, aku terus blk ( malu siak, aku sorang je fail ngan markah yg pling sikit). Lepas pikir2, aku terus tpon bapak aku, nk mtak penaja tuk aku re-seat. Bapak aku kasi lampu hijau. Tengahari tu jgak dibank-in duit. Petang tu, aku jumpe org 3P(orang yg manage kursus ni). Tapi die kasi ceramah plak. Kate die, walaupon aku x dapat kad tu, xbermakne aku ni fail. Penggunaan kad tu kt Malaysia tak meluas. Klau dh tunjuk sijil pom dh xpe. Tapi aku berkeras, nk amek jugak. Tapi pagi tadi, die ckp x dpt sbb xde boucer. Nak exam kene ade boucer. Frust gile aku. Tapi ade lagi yg meng-frust-kan aku. Siap emo2 lg. Seme membe aku blk lpas abis exam. Aku jugak yang terkontang kanting, nak re-seat. Tapi xde sorang pom nk temankan aku. Tapi aku x salahkan diorang sngat. Dah adat dunia, bile gembira, same2. Bila sedih, sorang2. Lagi emo bile pagi tadi lagu Boo Hoo Clapping Song dr band Carbuartor dung berkumandang. Lirik lagu tu btol2 tepat ngan ape yang aku rase. Jadi kt sini aku akan letak lirik tersebut tuk tatapan semua. Dh bile x dpt re-seat, aku terus calling bapak aku tuk amek brang aku. Mujur die dpt dtg amek ari ni, kalu x, mati kebosanan r aku. Lepas die amek brang aku, baru aku gerak. Tu pom lewat smpai sbb aku nk cucuk duit kt mesin ATM kt petronas, tapi rosak. G kt bank besar, pom rosak. Terpakse la blk kt poli, cucuk duit kt sane. Lepas tu cari tembakau rokok tuk Along tunelari, tp kdai tutup plok. Sori yek.... kalu nk tgok gmbr, blh tgok kt myspace aku www.myspace.com/kirkodain

ni lirik Boo Hoo Clapping Song dr band Carbuartor dung

I walk alone, I'm lonely
Why should we hear your problems?
I sit at home, I'm crying
Don't wanna know, we don't care
My baby's gone, she left me
Suits you right boy, you now it
My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!

####
And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don't care, now you don't feel
So many friends, now where they'll be?
Now you tell me...