Sunday, February 28, 2010

tenat...

lame gila aku x update blog aku. sampai blog orang laen pom aku x tengok. sekarang aku dah keje, lagi la payah nk update blog. tapi ari ni aku kuatkan semangat dan energi utk menulis sesuatu tentang keadaan aku sekarang. sekarang aku cuma keje sebagai pam atenden. bunyi macam best, tp poya je keje ni. orang kampung cakap, keje isi minyak. penat odo keje natang ni, tapi nk wat gane, ni je yang aku dapat. tapi kalu time mlm(11 p.m -7a.m) memang best. santai je. blh skodeng mat2 rempit kepong awek2 jubo puing. memang rosak teruk anak bangsa melayu sekarang. semalam aku keje shif mlm. terlihat la mat rempit kepong awek. 1st aku ingt cina, sbb mat rempit tu muke mcm cine, lpas tu kaler rambut. tapi rupanya melayu. awek plok pkai single tali halus plus short pants ala2 spender. peh, tergugat iman aku. tu mujur aku x jumpe jantan yg kepong bapok. hahahha.

esok aku keje ptg. maybe bln dpn aku start kene keje mlm kot sbb orang lame nk benti keje. 3 orang skali gus plok tu. huhuh. BTW, aku lupe nk kabo yang aku ni keje kt stesen minyak kapitalis bernama sHELL. ape2 pom, aku still cuba cari keje yang better than be shitworker kt stesen sHELL.

ok la, aku nk tido plok. ape2 hal, aku tulis balik. doa kan aku terus dapat menulis.

p/s: everything have their own pron and cons...

Monday, February 8, 2010

Lawak jenaka...

saje-saje je post kat sini. tak nak nak bace bende berat je kan..huhuh, harap-harap anda terhibur...



Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang Dan malam
Awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang Dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
Sejahtera! Senang Dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
Semua masa Dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak
Uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
Perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
Perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu Ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!
Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!
Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu Gila!
Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu in!
Murid : Cerdik kami TU!

Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah Hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Saturday, February 6, 2010

Imam Mahdi Orang Melayu?

Betul ke ni? Hahah, aku bukan saja-saja nak wat gempak, tapi ia mempunyai hujahnya yang tersendiri. Dalam hadis mengatakan yang iman mahdi akan lahir di negara di sebelah timur. Dan Negara orang melayu (indonesia, Malaysia, Kemboja, selatan Thai, Brunei dan singapura) adalah timur dari tanah arab. Dan ada hadis mengatakan imam mahdi ini adalah dari keturunan nabi Muhammad.

Jika seseorang itu jenis pemikiran tipikal, mesti tidak percaya yang imam mahdi akan lahir disini kerana mesti berfikir yang iman mahdi akan lahir di tanah arab sebab nabi Muhammad adalah orang arab. Jangan begitu kawan. Keturunan nabi telah pom selama bertapak disini selama berpuluh-puluh tahun yang lalu. Siapakah mereka? Mereka salah satunya adalah orang yang menulis batu bersurat iaitu Syarif Muhammad Al-Baghdadi. Setelah itu,beliau berkhwin dan beranak pinak di Terengganu. Dan salah satu keturunnya yang terkenal adalah Tok Ku Paloh. Dan keturunan Tok Ku Paloh ini masih wujud di Kampung Paloh.

Jangan kita lupa juga kepada wali Songo. Kerana salah seorang dari wali Songo juga dikatakan berketurunan nabi Muhammad. jadi taidak mustahil jika imam mahdi akan lahir disini. Ada yang mengatakan sekarang imam mahdi sekarang baru saja baligh. Adakah itu benar? Wallahua'lam, Allah saja yang mengetahui.

Artikel ini bukan mahu merosakkan akidah seseorang, cuma mahu kalian berfikir. Berfikir tentang masa hadapan. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika kaum itu sendiri tidak mengubah nasib kaum itu sendiri. Wallahua'lam...

berehat lama...

sudah lama aku berehat dari menulis diblog ni. Peraaan malas menguasai diri. Bnayak bende nak aku kongsikan, tetapi anderlin kemalasan mengatasi anderlin rajin. Hari ni tetibe je rasa rajin nak menulis. Hari ni tulis pasal keadaan aku pada masa ni. Kerja tak dapat-dapat lagi. Duit dah kering. Minggu depan nak g cerating, tapi duit xde plak.Ermm.. ape la nasib badan. Xpe, ni mungkin ujian dari Allah. By the way, esok salah seorang dari kawan aku nak kawen. So, nak wish la selamat pengantin baru. Semoga berkekalan samapai ke anak cucu dan cepat-cepat dapat anak. Huhuhu. Ape-ape pom, doakanlah kepada aku ni supaya murah rezeki. Amin.