Saturday, February 26, 2011

tudung

Tadi, aku sempat menonton dokumentari pasal pemakaian tudung dikalangan muslimah di Malaysia. Bertempat di Annexe. Dokumentari ni menarik kau untuk menulis sesuatu mengenai situasi yang sedang berlaku.

Sejauh mana wanita sekarang memakai tudung atas dasar takut kepada tuhan? Ada yang memakai tudung atas dasar dipaksa dan terpaksa.Ramai yang pakai tudung sebab takut dimarahi oleh ayah. Ramai yang pakai sebab tidak mahu orang sekeliling melabel mereka sebagai manusia berdosa.

Kita lihat maksud hijab. Hijab itu adalah tadbir, penghalang atau dinding. Kalau hijab dalam konteks ini, ia adalah satu tabdir atau penghalang antara mata dengan aurat. Hal ini kerana ia tidaj nahu mendatangkan fitnah dan nafsu syalwat. Jika seorang wanita berbogel disebelah laki-laki, dan laki-laki itu tidak rasa apa-apa, itu tidak ada masalah. Tapi masalahnya, jika laki-laki itu tidak dapat tahan dengan godaan itu?

Tidak semua lelaki dapat mengawal nafsu mereka. Ada macam-macam perkara berbangkit semasa tayang itu kerana perlbagai mazhab, pelbagai pendapat. Ada mazhab yang cakap takpe tak pakai hijab. Ada yang cakap wajib. Tapi aku tidak tahu apa hujah mereka. Itu kena membaca lagi tulisan mereka.

Yang menarik untuk aku kupas disini adalah persoalan tiada siapa ada hak untuk menyuruh memakai tudung. Bagi aku menyuruh adalah satu paksaan. Tiada paksaan dalam agama. Tapi kita ada hak untuk mengajar mereka.

Contoh. Jika kita punya anak, kita berhak untuk mengajar mereka memakai tudung sehinggalah mereka baligh. Dan jika selelas merela baligh, mereka tidak mahu juga pakai tudung, itu hak mereka. Sebab itu dosa orang dah baligh tidak ditanggung lagi oleh si penjaga.. Jika itu pilihan mereka, mereka tanggung sendiri dosa mereka.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat aku. Aku cuba jelaskan. Kalau kamu cakap orang tiada hak untuk mengajar anak mereka memakai tudung, jadi kamu tidak patut mengajar anak kamu makan. Tidak mengajar mereka bercakap, berjalan, memangggil mana kamu. Kerana kamu tiada hak untuk mengajar!. Sebagai manusia, kamu berhak mengajar mereka untuk menjadi manusia. Itu fitrah manusia. Sebagai muslim, itu hak mereka untuk mengajar generasi mereka. sebagai buddha, itu hak mereka untuk mengajar mereka cara buddha. Apa ade hal?

Kita perlu memberi mereka pendidikan yang paling basis sehingga mereka dapat berdikari dan dapat bezakan baik dan buruk. Sebab itu, kita sudah perlu mengajar mereka untuk cara memilih, bukan mengikut. Dan kamu mesti faham yang mengajar adalah bukan memaksa. Jika dalam proses mengajar mereka tidak turuti, paksaan bukan cara terbaik. Kerana dengan paksaan akan menjadikan seseorang lagi jauh untuk memahami sesuatu.

Dikalangan rakyat muslim Malaysia agak sempit pemikirannya. Mereka suka menghukum orang daripada menasihat. Hukum-menghukum ini adalaj kerja Tuhan. Kita sebagai manusia hanya dapat menasihati mereka. Ramai isteri kepada ulama pada zaman dulu tidak pakai tudung atau pun pakai tudung dengan tidak sempurna. Seperti isteri Burhanudin Al Helmi, isteri NIk Aziz, ulama di Indonesia. Hal ini dikatakan mereka berlainan pendapat dengan ulama disini dan ada juga mengatakan yang mereka tidak memaksa mereka untuk bertudung selain dengan kerelaan hati.

Akhir kata, jangan prijudis terhadap orang yang lain daripada normal. Hormat menghormati adalah kunci keamanan.

Tuesday, February 22, 2011

penat...

revolusi belum berakhir

apa cerita warga mesir? apa cerita anak muda tunisia? apa khabar para demonstran jalanan di seluruh dunia? masih bersemangat mahukan revolusi?

pada waktu ini, di bumi arab masih lagi chaos. pelajar malaysia sudah lama sampai di rumah masing2. bersantai-santai dirumah. kerajaan pula buat-buat pandai untuk membuat keputusan bagaimana untuk menangani masalah pelajar malaysia yang tersangkut dalam pengajian mereka selepas tempat belajar mereka terpaksa ditutup kerana darurat.

apa nak jadi dengan kerajaan malaysia. kata negara demokrasi. tapi buat keputusan tak pernah tanya pendapat rakyat. buat keputusan mengikut sedap hati si tua keparat. fuck orang tua keparat!!!



pilihanraya kampus

sekarang sibuk cerita pilihnaraya kampus. di Unikl MIIT sudah selamat. ramai calon terpaksa dari calon yang rela untuk bertanding. dan aku, tidak mengundi walaupun calon MPP adalah housemate aku.

watpe aku nak mengundi kalau tak tahu ape moto mereka. tak tahu apa perjuangan mereka. hari isnin keluar nama calon, hari selasa cuti, tut tut hari rabu mengundi. WTF. baik tak payah adakan pilihanraya kampus. orang atas ke yang pilih. daripada 24++ student Unikl MIIt, hanya 8++ je yang mengundi. hahaha, kesian. aku tak tahu sama ada pelajar unikl macam akau ataw mereka memang taknak amek port pasal bende macam ni. dan housemate aku tercalon jadi MPP

berlainan pula dengan cerita di UKM dan UM. di UKM chaos sebab nama pencalon dikeluarkan tanpa sebab dan di UM calon pro-m sepatutnya terkeluar, tapi amsih boleh bertanding. ini mendatangkan kemarahan mahasiswa disana. mereka berdemo mengelilingi kampus mereka. tapi seperti biasa, mereka tumbang. walaupun tumbang, ia tidak bererti kalah.

p/s: di umikl MIIt masih undi pakai kertas. x update langsung...


kelab filem dan diskusi

aku ingin menubuhkan kelab filem dan diskusi di Unikl MIIT. ia salah satu plan untuk memasukkan fahmi reza dan lecturer power student ke sana. salah satu event yang aku nak buat adalah screening cerita pasal human right/ filem yang kiri/ dilem yang mempunyai mesej tersirat. dan selepas itu ada sesi diskusi bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit selepas menonton filem tersebut.

cool tak plan aku? tapi masalahnya, proposal tak siap-siap lagi. aduyai. nak dapatkan cop pengesahan lagi susah. harap-harap dapat siapkan secepat mungkin

Saturday, February 5, 2011

tora datang lagi....

Pendahuluan

Hahahah, sudah lama aku tak update blog ni. sunyi tak bertuan. tapi hari ni aku paksa juga tangan aku untuk menulis. sebab dah berlambak idea-idea yang nak aku kongsi, nak aku curahkan hilang setelah lama terperam dalam otak yang dedang membeku ini.


Mesir

sekarang hangat cerita pasal mesir bergolak. aku rase kamu semua juga sudah bosan dengan cerita ni. sudah seminggu mereka boikot, berdemonstrasi untuk menunjukkan mereka benci dengan pemerintahan hosni mubarak.

tapi aku ingin juga menulis tentangnya kerana banyak perkara yang aku terfikir pasal kejadian ni. ada yang setuju, ada yang keji apa yang berlaku di mesir. ada yang kene rompak, kene acu dengan pisau, putus bekalan makanan, putus hubungan dan lain-lain. memang ini yang akan berlaku jika sesebuah negara itu berada didalam keadaan darurat. sebab itu zaman darurat dimalaysia, rakyat malaysia makan ubi kayu. sebab bekalan beras tidak mencukupi.

tapi adakah salah mereka yang berdemonstrasi? disini aku nyatakan yang mereka tidak bersalah. mereka hanya mahu hak mereka dikembalikan. mereka mahu negara mereka terbentuk mengikut acuan pilihan rakyat. bukan pilihan talibarut amerika. kalau mubarak prihatin tentang rakyatnya, die dah mengikut suara rakyat. tapi ini tidak. siap kencing lagi, cakap nk undur semalam, tapi tak jadi. kalau mubarak ikut cakap rakyat, die x kejam, benda ni semua takkan berlaku. jadi siapa yang bersalah sebenarnya? pastinya mubarak dan kuncu-kuncunya.

aku pernah post status aku untuk mengajak rakan-rakanku buat macam dimesir, tapi ada yang bangkang sebab malaysia aman. tak perlu buat macam tu. hahahha, aman celah mana aku tak tahu. aman ke jika kes-kes kriminal meningkat saban tahu? kes rogol, bunuh, rompak, ragut, culik, cabul dan sebagainya berlaku tiap-tiap hari. tapi kita tidak sedar sebab berita hanya keluarkan isu mengikut musim. musim culik, semua berita muka depan berita culik. lepas tu berita buang anak. 1 minggu cakap pasal buang anak. akhirnya, senyap seribu bahasa. WTF?


Cerita Lucu

petang tadi ada perakakan dari mesjid klcc ke kedutaan amerika. nak dijadikan cerita, aku dapat info yang mereka akan ke kedutaan mesir. aku dengan rakan aku terus ke kedutaan mesir. kami bertolak lambat, jadi kami terus ke kedutaan mesir. dari jam 2.30 sampai 4.15 kami tunggu. tak muncul-muncul. aku ingatkan batal. kami terus pulang. rupa-rupanya silap info, yang perarakkan tu ke kedutaan amerika. hahhha. lain kali cek betul-betul informasi sebelum bertindak.


A.C.A.B = All Cops Are Bastard

dengar cerita ada kekasaran semasa perarakkan tu. ape ada hal. dorang berarak aman kot. yang korang ganggu apesal? babi r polis ni. sumpah, kalau aku ade anak, aku tak kasi anak aku jadi polis. kalu die nk jadi polis juga, aku suruh die jadi polis hutan sudah. perempuan ko nak cederakan. bangsa sendiri nak pukul. aku respek kat askar mesir sebab seudah menyebelahi rakyat. tak cederakan rakyat. tapi polis malaysia. kejam nak mampos. macam tak kenal siapa. weh polis, aku tak halal duit aku yang kerajaan bagi kat korang tu sebab sakiti rakyat.

aku tertarik dengan adengan seorang pemuda baling batu kearah trak fru. polis preman kejar pemuda ni. ape ada hal? bukan kena kat anggota polis, tapi saje je. dah dasar otak lembu. lembu la juga. aku pun pelik, dorang ni makan ape ye sampai bebal macam ni. ya Tuhanku, berilah mereka sedikit akal. sedikit pun jadi la. biar mereka reti bahasa.


Darurat = Hari Kebebasan Pesalah?

aku tak tahu kenapa tapi inilah yang terjadi. selepas diisytihar darurat, banduan dalam penjara dilepaskan. kenapa mereka dilepaskan? aku rasa ini hanyalah propaganda mubarak kot. supaya banduan-banduan ni buat chaos macam rompak, rogol dan pelbagai lagi kerosakan agar rakyat salahkan para demonstran sebagai penyebab rumah mereka dirompak, anak gadis mereka dirogol, haiwan ternakan mati atau dicuri.

lepas tu bolehlah gerombolan cakap yang demonstrasi bukan budaya kita. demonstrasi membuatkan negara kacau bilau. hahahha, sekarang tak kacau bilau ke? duit rakyat dirompak, menteri perogol. perdana menteri pembunuh. tak kacau bilau? shit. nak tipu makcik kampung boleh lah. tapi realitinya, mentaliti rakyat malaysia masih macam makcik kampung walau pun berkereta merc, rumah ada ekon, pakai pakaian cap top man, prada, zara. nampak moden, tapi pemikiran kolot.


Chinese New Year

aku rasa tidak terlambat lagi kot untuk mengucapkan gong xi fa cai dan xin nian kuaile kepada rakan-rakan yang berbangsa cina. harap-harap, dengan semangat tahun arnab, mahasiswa dan rakyat bersatu melawan kezaliman.