Saturday, September 25, 2010

entri sebelum dan selepas raya....

aku tak tahu kenapa aku menjadi malas untuk menulis sejak akhir-akhir ni. main facebook buleh plok berjam-jam. jadi sebab cerita yang aku mahu kongsi bersama korang (macam la ade orang nak bace blog ni) cerita sebelum dan selepas raya. ok aku akan mulakan dengan cerita sebelum raya. nanti ada masa aku cerita plok cerita selepas raya.


jalan-jalan, kena sapa.

ni bukan rancangan ala-ala jalan-jalan cari makan. ini adalah realitiu yang berlaku kat aku. minggu depan dah nak balik. aku balik raya dengan rizi hari selasa minggu depan(17hb 8). hari ni hari sabtu.seperti semalam aku rasa sangat bosan. rizi ada ajak aku pergi chow kit untuk beli barang untuk raya. tapi sampai sudah tak telepon aku. jadi untuk mematikan rasa bosan aku, aku nekad untuk ke chow kit walaupun berseorangan. dan seperti aku jangka, aku berseorangan ke sana, kerana roomate aku malas nak ikut.

aku hanya pernah ke chow kit 2 minggu lepas aku daftar di UniKL. itu pun sebab aku nak pergi ke kedai abang aku di GM plaza. tapi aku ni jenias lambat pick up. kalau 1st time, memang aku susah sket nak agak. jadi dengan perngalaman hanya sekali aku jejak ke chow kit, aku teruskan perjalanan aku. naik train dari kerinci ke dang wangi. lepas tu transit naik monorail ke chow kit. sesampai disana, aku tidak tahu hala tuju aku. jalan tidak seperti pertama kali aku ke sana. lagi-lagi time tu malam. aku hanyun je kaki aku ni tanpa tujuan yang pasti.

jalan-jalan sambil aku menyilau barangan yang terjual disana, tapi masih tidak ada yang berkenang dihati. sampai disatu tempat, aku disapa oleh seorang uncle yang dalam umur 40-an. aku cuba amati setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kedutnya."mahu amoi?" itulah butir-butir kata yang keluar dari mulut busuk uncle tu. sial, tempat punyalah terang, tawar aku amoi. kerja gila. iman aku masih kukuh. aku teruskan perjalanan sambil silau-silau takut-takut ada sanak saudara yang melihat aku bersama sibapa ayam itu. syukur. tiada.

terdetik dihati untuk singgah di sebuah gerai jual seluar jeans. aku pun dah lama tak beli jeans baru. selama ni seluar bundle je. seluar aku yang aku pakai pun sekarang dah banyak yang berlubang. aku cuba tanya tokei tu harga. tapi kerana dek mulutnya yang wangi macam mawar, aku terbeli. sial. tapi mujur seluar tu aku suka.tak keras.lepas beli seluar, aku terlihat ada mat bangla jahit seluar. aku pun terus kecik kaki kat situ. malas nkak tunggu balik terengganu. takut tak sempat siap.

lepas setel semua. aku terus balik. tapi aku tidak lalu lorong tadi, sebab malas nak berpanasan dan malas nak berjumpa dengan uncle tadi. aku lalu dilaluan yang jauh. takpe jauh, asal tak kena sapa lagi. tapi janggkaan aku meleset. aku disapa untuk kali kedua. ade soreang mamat ni jalan tepi aku. aku ingat pejalan kaki macam aku. tapi tidak. seperti uncle tadi, die mula bercicara dengan aku. tapi aku tidak dapat menangkap sebarang perkataan. aku cuba tanya dia supaya aku dapat dengar jelas pertanyaan die(time ni aku tak perasan lagi yang dia ni pun bapa ayam)."mahu amoi sabah ka?". sekali lagi. aku terus wat dek je.terus jalan. memmang gila. terang-terang tawar seks kat orang. memang gile babi. tanpa pandang belakang, aku terus jalan laju-laju ke stesen monorail. dalam perjalanan tu, aku terlihat perempuan tua yang berpakaian seksi(seksa?) ditempat yang agak gelap. wah, pelacuran pun ada yang tua. selama ni baca dalam paper je pelacur tua. sekarang, amek, dapat tengok depan-depan. lepas raya aku pergi lagi. kalu ikut aku tak nak pergi dah, tapi terpaksa sebab nak gnting rambut. dan satu tempat tu je yang aku tahu. tanye orang lain, ade yang tak tahu, ade yang lambat balas mesej. tapi kali kedua aku pergi, takde plok kene sapa lagi. pelacur tak abis raye kot.hahahaha....

No comments: