Tuesday, March 15, 2011

nuklear...

sekarang riuh pasal tsunami yang melanda Jepun. Jepun bagaikan lumpuh kerana penjana nuklear mereka rosak. Rakyat Jepun sukar mendapatkan bekalan elektrik sekarang. Mereka juga terputus hubungan. Pada waktu ini, dianggarkan beribu-ribu rakyat Jepun mati.

Tidak lupa juga warga kita disana yang belajar dan bekerja. Bagaimana keadaan mereka. Setakat ni tiada jumlah yang betul/ tepat tentang jumlah rakyat kita yang terselamat. Radiasi nuklear semakin hari semakin merbak, tapi kerajaan masih tidak lagi mengisytiharkan untuk membawa pulang warga kita. Kenapa hal ini terjadi? Adakah kerana kerajaan sudah tiada duit? Atau nuklear tidak sebahaya revolusi Mesir?

Akhbar ada menyatakan yang warga kita hanya dipindahkan ke tempat yang selamat. Tapi ' selamat ke 'tempat selamat' tu? Dan kerajaan masih juga berdegil mahu bina penjana nuklear disini. Aku tak tahu apa yang mereka(kerajaan) cuba buat dengan terbinanya penjana nuklear dimalaysia.

Berita Harian ada memaparkan berita tentang botol susu jenis policarbonate diharamkan (klik disini). Tapi tunggu 2012 baru dikuatkuasakan. Dengan alasan supaya pihak industri membuat persediaan awal bagi untuk menukar atau membeli peralatan baru. Celaka sungguh kerajaan negeri ini. Rakyat dihalau dari tanah kerajaan dengan cepat. Kalau bagi tempoh pun tidak cukup. Tapi kalau sesuatu tu dari pihak kapitalis, kerajaan bagi masa untuk bersiap sedia. Nampak sangat kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan. Seriuslly shit...

1 comment:

indie lover said...

mung jela jadi PM malaysia kudin.... pastu wat pembaharuan yang perlu untuk kebaikan rakyat malaysia....