Tuesday, July 28, 2009

anti-rasis

3 hari yang lepas aku dapat sumber dari teman aku mengenai cerita Gadoh. Cerita ini di buat untuk indipendent film fest. Cerita ini mengisahkan tentang masalah perkauman yang berlaku di Malaysia kini. Cerita ini bagi aku cukup sempurna. Beribu mesej cuba disampaikan. Dan ia tersemat terus di hati aku. Cerita ini sesuai untuk pak cik dan mak cik, orang2 tua, kanak2, remaja, cikgu, pensyarah, pegawai, kerani, mat rempit, bdk indie, senang kate sesuai untuk tontonan umum.

Cerita ini membuat aku terfikir, kenapa masih ade lagi manusia berfikir seperti itu (baca:rasis). Masih ada lagi yang bersikap jumuk. Dan tidak ketinggalan juga dengan orang yang keliru antara rasis dengan nasionalism. Adakah ini kerana orang melayu itu sendiri? Salah orang cina kah?
India kah? Bagi aku, ini kerana semua orang. Tidak kira melayu, cina mahupun india. Melayu buruk sangka dengan cina, cina buruk sangka dengan melayu. India terumbang ambing. Kenapa tidak diiktiraf saja dengan bangsa/kaum Malaysia. Kenapa masih perlu ada jurang antara kaum, padahal sudah berpuluh tahun kita tinggal bersama. Kenapa masih anggap orang2 cina dan india ini pendatang? Menumpang? Orang melayu tidak menumpang? Kita sama sahaja, bumi ini milik Allah. Tuhan semesta alam. Kita hanya menumpang, tidak kira kaum mana, warna kulit dan apa sekali perbezaan.

Bagi aku, jurang ini berlaku kerana orang yang melakukan jurang ini takut dengan bayang sendiri. Takot cina ambil alih negara ini la, takot melayu merempat dinegara sendiri la. Apa benda semua ni? Bukankah dengan pengiktirafan 1 bangsa membolehkan kita hidup aman damai? Dengan kepandai orang cina berbisnis, mungkin dapat mengukuhkan ekonomi negara. Dengan kepandaian orang melayu dengan ketenteraan, mungkin dapat mempertahankan negara, dan dengan kepandaian kaum india, mungkin boleh meningkatkan taraf ekonomi negara. Mengapa tiddak berfikiran sedemikian? Bagi aku, para pemerintah hanyalah tali barut penjajah. Mahu mengeyangkan perut mereka dan kroni mereka saja. Lepas tu laungkan slogan yang mengarut. 1 malaysia, rakyat diutamakan, dan perbagai cakap2 manis ditaburkan. Bagaimana mahu menangani masalah ini? Aku pun bingung. Mahu berbicang dengan teman2 agar sukar kerana berbagai2 pendapat. Ini juga kerana rata2 teman aku adalah dr pemikiran anarkis, yang nama tidak mahu kerajaan mengawal sesebuah negara. Tapi bagi aku, kerajaan perlu dalam sesebuah negara. Kerana, jika tiada pemerintah, ketua, negara terumbang ambing. Aku bukan mahu mewujudkan hirarki, tapi ini adalah rialiti. Hidup berkolektif. Ya memang boleh, tapi sejauh mana ia berkesan? Manusia berbilang2. Bermacam ragam. Bermacam pendapat. Jika mahu memutuskan sesuatu mengikut majoriti amat sukar untuk kelompok yang besar. Bayangkanlah jika sebuah jambatan ingin dibina dan di usulkan kepada orang ramai, Macam2 pendapat diberi. Ada yang setuju, ada yang tidak setuju, ada yang x ambil kisah, ada yang mahu buat kat laen dam macam2. Begitu juga dengan hal2 sensetif seperti keagamaan, adat dan sebagainya. Bagi aku, semua ideologi ini adalah strategi golongan the hidden hands untuk memecah belahkan umat manusia. Nanti aku terangkan secara lanjut kenapa aku nyatakan demikian, tetapi bukan di dalam tulisan ini.

Berbalik kepada tajuk asal kita, rasis ini datang dr sifat nasionalism yang menebal. Terlalu mengungkan bangsa sendiri sampai merendah2 kan bangsa laen. Bangga dengan bangsa sendiri tidak salah jika digunakan untuk tujuan yang baik seperti berperang untuk menegakkan tanah air, bersukan dan sebagainya. Tetapi da batasnya. Bagi aku, sifat nasionalism perlu ada pada setiap orang, tetapi jangan keterlaluan kerana ini akan menjadi rasis. Kerana nasionalism ini akan membuat kita bersatu padu, kita akan maju, berdaya saing dan juga bertamadun.

ini pedapat aku..
pendapat anda?...

No comments: