Thursday, September 29, 2011

punk...

Apa itu punk? Punk adalah satu subkultur yang wujud di England sekitar tahun 1960-an. Ia wujud apa bila golongan bawahan bangun melawan arus perdana yang mana mereka menganggap yang arus ini menindas mereka. Tapi itu di England. Tahukah anda yang di Malaysia juga sudah wujud golngan punk ini? Pada zaman sebelum merdeka sudah wujud di Tanah Melayu. Para perjuang rakyat dan perjuang kemerdekaan adalah punk!. Ini kerana bagi aku, mereka telah bangun melawan pihak penjajah yang telah menindas rakyat. Dari segi mental, fizikal, ekonomi dan sebagainya.

Tapi apa yang berlaku bila aku berbicara sedemikian diruang masyarakat? Mesti aku dibenci seperti mana Mat Sabu dibenci oleh penccacai UMNO-BN. Punk bukan hanya fesyen, muzik dan sikap, tapi lebih kepada filosofi kehidupan. yang mana filosofi itu adalah menentang arus yang menindas. Hang Jebat juga bagi aku seorang punk kerana die bangun memberontak kerana sahabatnya Hang Tuah telah dihukum secara zalim. Dan ternyata sultan pada ketika itu Sultan Muzafar Shah (tidak silap) adalah sultan yang zalim.

Pak sedara aku juga punk kerana membuat jamuan hari perkahwinan anaknya a.k.a sepupu aku pada hari ahad. Untuk pengetahuan kamu semuan, hari ahad di Terengganu adalah hari bekerja. Hal ini kerana bagi aku, Pak Sedara aku ini punk kerana melawan arus yang mana kebiasaannya orang akan buat jamuan pada hari cuti umum atau am. Itulah punk, yang mana tidak melakukan sesuatu yang tipikal.

Tapi ramai yang diluar sana tidak sedar akan hal ini. Mereka hanya nampak yang punk itu adalah anarchy, Sex Pistol, leather jacket, stud, boots, dadah, mabuk, mohawk, ateis dan sebagainya. Sedangkan kenapa mereka tidak berpakai seperti pekerja bawahan yang ada di Malaysia seperti selipar, kain pelekat, singlet dan topi jerami? Ini kerana adaptasi itu tidak betul. Punk dilihat seperti itu (leather jacket, boots dll) kerana di UK, itulah budaya mereka. Perjuangan melawan sistem penindasan dan kapitalis tidaklah janggal untuk disini kerana Malaysia kini menuju negara kapitalis secara total. Tapi adapatasi tidak betul kerana orang Malaysia terutamanya Melayu lebih suka mengikut dari meneraju. Ambil sesuatu secara bulat-bulat tanpa berfikir, mempersoalkan dan berdiskusi. Itulah budaya yang bagus tapi tidak ada di Malaysia. Orang Melayu lebih suka berdiam, mengikut dan menunduk. Sedangkan bangsa Melayu dahulu kala menunduk bangsa lain. Tapi kini kerana berkat kejayaan penjajah dan talibarut penjajah untuk membodohkan orang Melayu. Ternyata perancangan mereka berjaya.

Punk bukanlah seperti agama-agama yang ada dimuka bumi ini yang mana ada buku untuk di rujuk dan ada peraturan. Tapi itu bukanlah satu lesen untuk membuatkan punk itu wujud dalam keadaan yang tunggang terbalik. Maka, punk itu boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran. Tapi bagi aku, ia masih juga perlu ada batasan. Dengan itu, jika kamu melakukan sesuatu yang lari dari arus, sesuatu yang melawan arus, sesuatu yang memecahkan tembok pemisah, kamu adalah punk. Oleh yang demikian, punk boleh disama artikan dengan revolusi. Jadi, aku sudah jadi punk kerana aku merevolusikan sifat malas aku untuk menulis blog dengan menulis blog hari ini.

No comments: