Friday, September 30, 2011

melayu dan agama...

Agama bukan untuk diikut, tapi difahami. Tapi ini tidak berlaku pada manusia yang mengaku muslim, terutamanya di negara Malaysia. Agama dijadikan satu bentuk escapism atau dengan kata lain satu alasan untuk menyelamatkan diri. Sampaikan semua benda menjadi mundur. Islam tidak mundur, tapi ummatnya yang buat agama itu nampaj mundur.

Manusia yang bernama melayu ini lebih suka mengikut apa yang orang kata tanpa dikaji selidik. Itulah melayu akhir zaman. Mundur kerana kebobrokan bangsa sendiri yang tidak sedar yang bangsa ini dimusnahkan oleh bangsa sendiri. Contohnya, bila berlaku masalah seperti nama Allah digunakan oleh orang bukan islam, mereka melenting sampai dapat kutip bintang. Padahal, masalah itu hanyalah permainan politik. Oleh kerana bodoh sombong, berlagak berilmu tapi hakikat dia sama taraf dengan para munafik ditepi jalan, mereka ikut telunjuk setan berkot kemas.

Oleh kerana malas membaca dan berfikir juga membuatkan mereka membodohkan diri sendiri dengan melaungkan kata-kata takbir untuk melawan para bukan islam untuk menggunakan kalimah Allah. Sedangkan di tanah arab, bangsa arab yang beragama kristian, yahudi dan sebagainya menyebut kalimat Allah tanpa sekatan dan prejudis kerana Allah itu bermakna Tuhan, God, Eli dan sebagainya. Allah itu bukan khas untuk orang islam sahaja. tapi kerana bodoh sombong, itulah yang terjadi.

Boleh dijelaskan lagi bahawa umat melayu ini adalah bani yang suka mengikut dengan perayaan hari raya puasa dibesarkan daripada hari raya korban. Sedangkan hari raya korban lebih besar dari hari raya puasa. Tapi apakan daya, bani melayu ini lebih islam dari islam. Maka terjadilah budaya songsang seperti itu.

Lagi menyedihkan bila ramai-ramai reshare posting di facebook dengan pelbagai kempen yang tidak munasabah. Seperti kempen anti wanita memakai tudung seperti sister kristian. Sedangkan pakaian hari lelaki juga berasaskan gaya hidup orang kristian dan yahudi, tapi kena tidak ada kempen seperti itu? Sebab bani melayu in bodoh tidak boleh diajar. Hanya mengikut dari berfikir. adakah berkasut snikers, ber-jeans, t-shirt kolar bulat itu budaya islam? Berpakaian lah bagaimana pun asalkan syariat menutup aurat itu tertunai.

Macam-macam lagi perkara yang aku rasa bodoh tapi dibangkitkan seperti tanda halal dan holy water. Tahukah kamu yang holy water itu sebenarnya adalah air yang diletak didalam bekas yang ditempatkan berhampiran pintu masuk gereja disebelah dalam? Apabila orang kristian masuk gereja, mereka akan menyentuh sedikit air itu dan buat cross didada. Ia seperti berwuduk bagi orang kristian. Holy water juga digunakan untuk baptis orang yang baru lahir atau baru masuk kristian. Tapi kerana tidak tahu tapi hanya mengikut, dikatakan holy water dapat merosakkan akidah orang islam. Kalau macam tu kenapa tidak letak dalam makanan, hijack tangki air (masuk holy water kedalam tangki) supaya bila umat islam minum air itu, semua ramai-ramai rosak akidah. Ini tidak berlaku kerana cerita holy water itu tidak benar.

Sama juga dengan mail berantai. Sedangkan mail itu dudah wujud pada tahun 90-an, tapi masih lagi ada orang spam/ post di wall facebook lalu bersama post itu ditulis tentang kejahatan musuh islam. Sedangkan musuh islam itu adalah orang islam itu sendiri. Kuman diseberang boleh nampak, gajah depan mata boleh tidak nampak.

Ya, aku dilahirkan sebagai bani melayu. Aku adalah melayu! Tapi itu bukannya lesen untuk aku tidak dapat kutuk bangsa aku sendiri. Aku kutuk bangsa aku sendiri agar bangsa aku ini terus maju kedepan dengan ilmu. Sebab bangsa aku ini maju dengan hasil kemajuan orang lain. Orang berbudi, kita hanya tahu merasa. Bangsa yang pernah gah di dunia, kini mudur semundurnya. Itulah kekuasaan Tuhan.

No comments: