Saturday, August 25, 2012

Raya Dan Kapitalis

Ha‎ri Raya datang lagi untuk tahun 1433H. Seperti biasa, rakyat muslim Malaysia mula sibuk mencari barang keperluan untuk persiapan hari raya seperti baju melayu, kuih-muih, songkok dan sebagainya.

Kemeriahan menjelang hari raya memang menonjol di Malaysia. Kemeriahan ini terasa dek oleh kesibukan ummat Islam yang sibuk menyiapkan persiapan hari raya dengan membuat ketupat, membersih rumah, tukar langsir baru. Bahkan kesesakkan lalu lintas juga melambangkan meriahnya sambuatan aidil fitri di Malaysia.

Budaya membeli pakaian baru adalah sunnah kerana memakai pakaian baru pada hari raya adalah adalah perbuatan nabi Muhammad. Malangnya, ummat Melayu ini telah terpesong dari makna asal budaya ini. Sehinggakan mereka membeli apa yang tidak perlu. Sehingga pembaziran berlaku.Mereka mengejar pahala, tapi dapat dosa.

Syawal sememangnya ada 30 hari. Tapi tidaklah 30 hari itu perlu kita sambut hari raya. Hari raya hanyalah 1 hari, iaitu 1 Syawal.Tapi tidak bagi ummat Melayu Islam. Sampai seminggu beraya. Malah membeli 7 pasang baju baru agar dapat mendapat sunnah memakai baju baru dihari raya. Inilah antara perkara yang tidak betul. Terpesong dari ajaran sebenar.Kenapa hal ini berlaku? Bagi penulis, hal ini berlaku kerana ummat Islam di Malaysia tiada budaya membaca buku. Tiada budaya dahagakan ilmu. Kerana tiada ilmu, itu yang terjadi seperti hari ini.

Budaya membeli ini tidak lain tidak bukan hanyalah menguntungkan para pemodal semata-mata. Malah, pengisian pada hari raya tidak sampai. Pengisian hari raya adalah untuk menyambut kemenangan atas melawan nafsu sepanjang bulan ramadhan. Bukan sahaja nafsu lapar dan dahaga, malah nafsu membeli. Malangnya, menjelang sahaja hari raya, ummat Islam Malaysia seperti orang gila menguntungkan sang kapitalis.

Tak ketinggalan juga kiriman SMS ucapan selamat hari raya kepada rakan-rakan dan keluarga. Ucapan ini sangat bagus kerana mengucapkan selamat kepada orang lain adalah satu doa. Dan si pengucap itu mendapat pahala. Malangnya, budaya ini secara tidak sengaja menguntungkan golongan kapitalis. Setiap SMS yang dikirimkan itu telah menyumbangkan keuntungan kepada syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi dan lain-lain. Walaupun nilai SMS itu tidak tinggi, tapi cuba bayangkan jika setengah ummat Islam Malaysia menggunakan SMS untuk mengucapkan selamat hari raya, berapa syarikat-syarikat ini mendapat keuntungan?

Sehinggakan ada yang membeli isian kredit sebanyak rm10 semata-mata untuk menghantar SMS kiriman ucapan hari raya kepada teman dan ahli keluarga. Lihat berapa banyak pembaziran yang berlaku?

Jika dahulu, pengusaha kad raya yang untung atas budaya ini, sekarang pengusaha telekom yang untung. Sekarang sudah ada bibit-bibit budaya mengucapkan selamat hari raya menggunakan Facebook. Pendapat penulis, Menggunakan Facebook sebagai saluran untuk mengucapkan selamat hari raya lebih bagus dan releven kerana tidak memerlukan wang yang terlampau untuk dibazirkan.

3 comments: