Thursday, February 14, 2013

sahabat selamanya...


Hablumminannas. Hubungan antara sesama manusia. Setiap manusia pasti akan mempunyai sahabat yang mana, sahabat ini mempunyai perlbagai fungsi. Yang paling jelas, sahabat adalah untuk digunakan antara satu sama lain. Tidak kira, ia baik atau jahat.

Setiap sekumpulan persahabatan anak muda, pasti ada konflik antara satu sama lain. Konflik antaranya adalah dari segi idea, attitude dan juga cinta. Setiap manusia diciptakan dengan berbagai pendapat. Masing-masing pasti ingin idea mereka mendapat tempat. Perkelahian antara pendapat sangat bagus kerana ia akan mewujudkan satu suasana ilmiah yang baik. Hal ini kerana dalam perdebatan ini akan mewujudkan satu lagi idea baru, hasil pertembungan dua sumber idea yang berbeza. Ini sangat diperlukan bagi setiap masyarakat.

Walaubagaimana pun, perbezaan pendapat atau idea ini akan mengundang situasi yang lebih ekstrim. Hinggakan tidak bertegur sapa, mengata dibelakang, dan yang lebih malang lagi, putus persahabatan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana kesan-kesan yang terbit dari permasalahan ini akan mengundang permasalahan yang baru. Mungkin mewujudkan perasaan dengki, dendam dan fitnah. Tidak dinafikan ia boleh membawa kepada kematian!

Begitu juga dengan cinta. Tak mustahil apabila seseorang itu  rapat dengan seseorang, bibit-bibit percintaan akan tersemai. Ini kerana, setiap kali seseorang itu rapat dengan seseorang, ai akan mewujudkan satu perhubungan yang selesa. Dan ya, cinta itu adalah satu perhubungan yang selesa. Masing-masing selesa dengan cinta mereka. Tanpa keselesaaan, cinta tak akan seindah syurga. Tanpa keselesaan, cinta tak akan wujud. Dan kita tidak boleh mempersalahkan orang yang bercinta atau jatuh cinta pada sesama sendiri. Cinta sejati datang tanpa dipaksa, bukan cinta nafsu yang bila-bila masa saja boleh datang.

Tanpa kita sedari, pergaulan bebas antara kelompok persahabatan ini menghasilkan satu sifat tanggung jawap, perihatin, cemburu, dan cinta. Sebab itu, sahabat yang baik adalah yang protactive, responsiblity, dan suka menolong. Dari sifat-sifat inilah yang membungakan cinta antara kelompok persahabatan ini.

Tapi mampukah kita menjaga perhubungan ini? Nah, aku ingin mengemukakan teori aku. Aku berpendapat yang kita tidak akan mampu menjaga perhubungan antara manusia. Kerana kita sentiasa berahsia. Kata kuncinya adalah rahsia. Kerana rahsia, kita semua bersangka buruk. Kerana rahsia, kita tidak dapat membaca isi hati orang. Kerana rahsia, kita tidak tahu apa yang mereka perlukan dan tak perlukan. Manusia tidak dapat lari dari sifat-sifat ini. Kerana itulah sifat manusia yang Tuhan cipta.

Setiap orang ada rahsia masing-masing. Rahsia yang dipegang itu adalah rahsia sendiri, atau rahsia kepunyaan orang lain. Lagi berat jika rahsia itu diamanahkan kepada kita untuk menjaganya. Kenapa mereka sembunyikan rahsia? Biasanya, rahsia yang disimpan adalah kerana rahsia itu adalah sesuatu yang memalukan. Satu perkara yang jika orang lain mengetahuinya, mereka akan malu, masalah baru akan timbul, malah perhubungan mungkin akan renggang.

Manusia perlukan sahabat. Sampaikan wujud budaya adik beradik angkat. Hal ini kerana rapatnya perhubungan seseorang itu dengan seseorang  yang lain. Memang penat untuk menjaga hati sahabat, tapi cubalah menjadi jujur dalam perhubungan agar perhubungan itu kekal lama sampai mati. Sahabat juga tidak boleh dipaksa. Biar keselesaan dalam perhubungan itu yang menjadikan kita bersahabat. Jangan biarkan rahsia merosakkan perhubungan.  Dan jangan paksa jika hubungan itu tidak selesa.

No comments: