Friday, February 22, 2013

feminism : perjuangan sebuah nilai diluar konteks



Feminism adalah satu ideologi ciptaan manusia yang berteraskan untuk melawan penindasan terhadap kaum wanita. Biasanya entiti yang dipersalahkan adalah kaum lelaki. Ini secara tidak langsung, ideologi melawan seksis ini sendiri seksis terhadapa gander berlawanan dengan gender tersebut. Sekadar pengenalan ringkas  tentang feminism , ideologi ini terbit pada abad ke-18 oleh Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis de Condorcet. Ia berkembang setelah Revolusi Amerika 1776 dan Revolusi Prancis pada 1792, yang mana pengetahuan tentang hak tersebar dengan meluas, termasuklah hak kaum wanita.

Penindasan adalah satu perkara yang kita harus tentang kerana ia telah mengambil hak seseorang. Dan ini termaktub dalam deklarasi hak asasi manusia (Universal Declaration of Human Rights) iaitu, semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan rights.Mereka dikurniakan dengan pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan (artikel 1). Dalam konteks ini, wanita kerap menjadi sasaran keganasan dan penindasan dari pihak lelaki dan wanita. Ya, penindasan terhadap wanita  juga berlaku bukan hanya dari pihak lelaki, malah dari pihak wanita sendiri. Hal ini boleh di buktikan melalui budaya negara Kyrgyzstan. Dinegara ini, budaya menculik wanita untuk dikahwinkan kepada anak atau sadara lelaki adalah perkara biasa. Dan watak yang muncul dalam komplot ini juga terdiri dari kaum wanita. 

Tapi adakah apa yang diperjuangakan oleh pendokong feminisim ini? Salah satu perjuangan ideologi ini adalah kesetaraan dengan kaum lelaki. Bagi aku, ini tidak betul. Mereka yang tertindas ini terasa mereka sangat terhina dengan pelbagai penindasan yang berlaku. Sehinggakan mereka berasa mereka tidak setara dengan kaum lelaki. Setara itu adalah sebuah nilai, dan taraf itu adalah kedudukan. Wanita tidak boleh meletakkan mereka setara dan setaraf dengan lelaki. Malah, lelaki juga tidak boleh meletakkan sereka setara dan setaraf dengan wanita. Hal ini kerana, dua gender ini mempunya kedudukan setara dan taraf yang berbeza.

Feminism secara tidak langsung telah meletakkan satu taraf yang mana perbezaan ini perlu dihapuskan dan disetarakan bagi kemakmuran. Tapi taraf wanita tidak sama dengan taraf lelaki. Contoh senang adalah seperti satu pasukan bola sepak. Setiap pemain adlah manusi. Cuma bezanya adalah posisi masing-masing. Ada pengjaga gol, penyerang, pertahanan dan sebagainya. Disini ada dua sisi yang berbeza. Mereka sebagai manusia dan sebagai pemain yang mempunyai posisi yang berbeza setiap orang. Posisi penjaga gol adalah berbeza dengan posisi penyerang. Dan peranan mereka juga berbeza. Sama juga dengan hal ini. Wanita dan lelaki adalah manusia yang perlu diukur sama rata, tapi sebagai watak dua gender yang berbeza, mereka mempunyai posisi yang berbeza yang mana tidak boleh disetara.

Wanita mempunyai posisi yang sangat menarik. Wanita boleh menjadi pelbagai watak. Sebagai anak, kakak, isteri dan ibu, malah watak-watak ini sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tanpa mereka, institusi kekeluargaan ini tidak boleh berjalan dengan lancar. Didalam Islam, Hawa di ciptakan untuk Adam adalah untuk membantu Adam dalam kehidupan harinya. Hawa dicipta untuk menemani hati kosong Adam, untuk membuatkan Adam tersenyum dan tertawa. Wanita ini diciptakan oleh tuhan untuk melengkapkan sesuatu yang belum lengkap. Dan itu perlu wanita tahu dan banggakan, bukan bangga dengan berdirinya wanita setaraf dengan lelaki kerana taraf lelaki adalah diluar kontek taraf wanita.

Watak wanita yang perlu dijuangkan bukanlah untuk mensetarakan taraf wanita dengan lelaki, tapi memperjuangkan taraf wanita itu sendiri yang sebenarnya menjadi watak penting dalam kehidupan seharian manusia. Wanitalah tempat untuk pengembangan zuriat. Tanpa wanita, mampukah manusia berkembang secara sihat? Secara teorinya tidak kerana kaedah sains untuk menghasilkan, dari air mani- ambrio-fetus-janin secara tabung uji sngat tidak berkesan dan memberi efek kepada manusia yang terlahir dari makmal itu.

Wanita adalah ciptaan bukan untuk ditindas. Biasanya penindasan ini berlaku disebabkan budaya yang melampau. Kerana masyarakatlah yang menentukan taraf seseorang itu kerana sejak berkurun dahulu sistem patriarki diperaktikkan disetiap masyarakat kerana perasaan inferior itu wujud dalam diri wanita. Dan kalau diikutkan, wanitalah watak yang terpenting dalam masyarakat dan tamadun sesebuah bangsa. Ia sebagai tunjang sebuah institusi. Sebab itu didalam prosa melayu ada menyebut sebagai ibu rumah, bukan ayah rumah. Kerana peranan ibu itu sebagai akar bagi sesebuah institusi. Walaubagaimana pun, watak lelaki juga penting. Dan masing-masing penting dalam kehidupan ini,. Dan mereka memerlukan satu sama lain kerana mereka perlu bergantung dengan sesuaitu untuk terus hidup, dan tempat ideal untuk menjadi tempat bergamtung adlah pasangan hidup mereka, dan jika kedua-dua gender ini diasingkan, maka musnahlah sebuah ketamadunan.

No comments: