Friday, July 31, 2009

ideologi = baik @ buruk?

Salam sejahtera. Entri yang sebelum ni aku menyentuh tentang rasis. Kali ini aku cuba menyentuh isu tentang ideologi. Baik, kalau kita mencari maksud ideologi, kita kaji, kita korek, kita akan jumpa maksud ideologi. Bagi pendapat aku, ideologi ini adalah satu pegangan hidup seseorang dan falsafah seseorang itu serta pendapat. Jika kita melihat di sudut lain, ideologi menurut Critical Vocabulary (virginia.edu) adalah seperti beritkut:

Literally the study of ideas, the collective knowledge, understandings, opinions, values, preconceptions, experiences and/or memories that informs a culture and its individual people. Ideology is often aligned with political beliefs, but is much broader than that, relating to any social or cultural beliefs, and these beliefs are revealed in literary or other texts. In a text, certain ideas or values will be dominant, while others will be necessarily marginalized.

Menurut Profesor Lowenstein “ideologi adalah suatu penyelarasan dan penggabung an pola pikiran dan kepercayaan, atau pemikiran bertukar menjadi kepercayaan, penerangan sikap manusia tentang hidup dan kehadirannya dalam masyarakat dan mengusulkan suatu kepemimpinan dan memperseimbangkanny berdasarkan pemikiran dan kepercayaan itu.

Menurut Sastrapratedja; ideologi adalah seperangkat gagasan atau pemikiran yang berorientasi pada tindakan yang diorganisir menjadi suatu sistem yang teratur. Ideologi adalah suatu ilmu yang berkaitan dengan cita-cita yang terdiri atas seperang kat gagasan-gagasan atau pemikiran manu sia mengenai soal-soal cita politik, doktrin atau ajaran, nilai-nilai yang berhubungan dengan kehidupan bermasyarakat, berbang sa dan bernegara.


Ideologi bukan seperti agama, tetapi manusia menjadikannya seperti agama. Rela berhabiskan duit, masa, tenaga dan sebagainya. Adakah ideologi ini perlu ada pada setiap manusia? Wajib kah? Aku masih belum menjumpai jawapan ini pada tika ini. Berbalik kepada awal (back to the roosts), siapakah yang mula2 mencipta ideologi dan dari manakah perkataan ideologi ini datang? Juga aku tidak ketemui jawapannya.

Pelbagai ideologi wujud dimuka bumi ini. Antaranya komunisme, anarkisme, feminisme, liberalisme, radikalisme, kapitalisme, globalisme dan berbagai lagi. Mengapakah ia wujud dan berlainan dengan yang lain. Ternyata ideologi ini wujud mengikut hawa nafsu manusia. Ternyata ideologi ini wujud mengikut pendapat/pemikiran manusia. Orang bandar dengan cara mereka, orang kampung dengan cara mereka. Orang asia dengan cara orang asia. Orang barat dengan cara orang barat.

Cuba kita lihat, jikalau la ideologi ini menyebar ke serata dunia dan ideologi itu berbeza2. Di malaysia, ideologi kapitalis dan komunis tersebar dengan luas. Ternyata kedua-dua ideologi ini bertikah pendapat. Jadi adakah mereka tidak perang? Tidakkah pengikut ideologi komunis tidak mempertahankan ideologi mereka dan sebaliknya di pihak kapitalis? Pihak kapitalis mahu negara 'maju' dengan cara mereka dan pihak komunis mahu sistem kapitalis mansuh dengan alasan sistem tersebut berat sebelah. Disini aku dapat simpulkan bahawa, ideologi ini disebarkan untuk peperangan. Untuk memecah belahkan umat manusia. Ini kata aku. Kata kamu?

Kita lihat lagi secara lebih mendalam. Adakah ideologi komunis yang terbaik? Macam mana dengan ideologi anarkisme? Siapakah yang membunuh kaum mereka sendiri di negara China? Bukankah itu adalah pihak komunis? Bukankah komunism itu dibawah pemerintahan diktator? Aku di fahamkan bahawa anarkisme ini perkembangan cari ideologi komunisme. Anarkisme bagi aku lebih kearah sosialism ( sila masuk link ini utk memahami maksud sosialsime : http://abasozora.wordpress.com/2008/11/15/a/). Dan mengasas ideologi komunisme itu adalah karl marx yang mana dia adalah salah seorang ahli freemasons peringkat tertinggi (33rd degree). Dan freemasons itu adalah organisasi sulit yang paling jahat. Keruntuhan WTC, pentagon, kejadian holocoust, osama ben laden, television, mind control, hiburan, muzik. Itu semua adalah kerja2 tangan nakal dari organisasi freemasons. Jadi perlukah kita perlu percaya dengan ideologi dari pemikiran penjahat ini? Bagi aku, ini adalah propanganda untuk memecah belahkan umat manusia.

Kita kaji lagi. Feminisme. Mengikut dalam debuah web site, feminisme ini adalah sebuah ideologi mempertahankan hak2 wanita. Dalam hal ini, timbul satu isu. Wanita menggunakan ideologi ini ini untuk mempertahankan mereka bebas berpakaian. Dan secara tidak langsung ia melanggar peraturan agama mereka anuti dan juga melanggar sensetiviti orang lain. Diharap aku tidak dilabelkan sebagai alim atau menggunakan alasan agama untuk menjadikan sebagai escapism. Mengikut flyers yang diberi oleh guru kaunseling aku dan abang2 polis mengenai kes rogol, salah satu sebab kes rogol berlaku adalah mangsa memakai pakaian yang menjolokkan mata. Apa yang aku dapat simpulkan, kebebasan berpakaian terhadap wanita akan meragut kebebasan kaum wanita untuk berjalan bebas kesana sini.

Kita lihat disituasi yang lain. Kebebasan individu. Kebebasan individu untuk melakukan sesuatu juga perlu disangkal. Contoh seperti arak. Kebebasan individu utnuk meminum arak akan mengundang mudarat. Bukan sahaja pada diri sendiri, malah pada orang lain. Kerana arak manusia membunuh. Kerana arak manusia merogol. Kerana arak manusia membunuh diri. Kerana arak manusia hilang kewarasan. Ada cakap2 yang mengatakan agar minum sedikit. Atau jangan memandu ketika mabuk. Bolehkah anda menahan nafsu untuk meminum sedikit sahaja arak? Semasa anda mabuk, bolehkah anda berikiran waras? Sempatkah anda berfikir "oh, aku mabuk, tak boleh drive"?

Tidakkah peraturan yang diturunkan oleh tuhan adalah yang paling sempurna? Mengapa masih menolaknya? Aku juga masih mencari jawapan. Ini kata aku. Ini pendapat aku. Pendapat kalian?

3 comments:

Apek said...

Bgi aku..

Ikut apa yg betul, yakni yg didalam kitab suci Al-Quran ..

Was-was? tanya ustaz @ orang yg lebih berpengetahuan..

=P

FastRi said...

betul doh tu apek.. Din, aku wase ni boleh masuk dalam semenanjung registar.

kerk said...

semenanjung registar. tu ape?