Monday, February 8, 2010

Lawak jenaka...

saje-saje je post kat sini. tak nak nak bace bende berat je kan..huhuh, harap-harap anda terhibur...



Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang Dan malam
Awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang Dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
Sejahtera! Senang Dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
Semua masa Dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak
Uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
Perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
Perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu Ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!
Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!
Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu Gila!
Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu in!
Murid : Cerdik kami TU!

Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah Hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

3 comments:

S.I.T.I said...

separuh kelako...

indie lover said...

Leh tahan lawak kelako ko tue... bagus2... aku rasa ko patut masuk banyak skit lawak dalam tue... kalau ko wat mcm tu ... gerenti menjadi...

chui ™ said...

hahha!! gambang!!:))