Saturday, June 19, 2010

panik...

baru semalam aku baca blog mistis file tentang panik. hari ni, aku pula ingin menulis tentang panik. menurut M.F, panik menyebabkan orang tidak akan berfikir panjang dan akan mengambil penyelesaian yang tidak efisyen bagi menangani masalah tersebut. dan aku amat bersetuju dengan pendapat itu.

apabila kita panik, keadaan menjadi huru hara. seperti kes baru-baru ini. kes H1N1. bila sebut kes ini, semua orang panik. semua orang berpusu-pusu ke kedai membeli topeng mulut. dan si kapitalis mula memasang jarumnya dengan menaikkan harga topeng-topeng itu dengan harga yang cukup celaka. dan manusia-manusia yang panik ini, tetap membeli walaupun dengan harga yang mahal. mereka hanya memaki hamun didalam hati mereka sahaja apabila harga topeng itu sangat mahal.

sama juga dengan cerita yang aku ingin berkongsi dengan kamu semua. dahulu hebat cerita tentang penjualan barang seks di sekitar bandar. hal ini kerana, orang kita termakan dengan hasutan mereka. mereka hanya perlu mencucuk jarum mereka supaya pelanggan mereka akan membeli barangan mereka. mereka kan menggunakan ayat seperti ini:

"bang, kalau abang tak beli barang ni, nanti isteri abang cakap abang tak kuat. nak ke isteri abang memperlecehkan anu abang? kalu abang beli, abang boleh bertahan lama"

atau pun ayat seperti ini:

"kalau abang pakai barang ni, barang abang strong, panjang dan tahan lama. takkan abang tak malu kalau anu abang kecik. nanti bakal isteri abang ketawa sebab anu abang kecik"


hahhaha. semestinya mereka-mereka yang mendengar hujah-hujah si penjual a.k.a pembelit ayat akan membeli barangan tersebut. mereka (si penjual) hanya mencetuskan rasa bimbang a.k.a panik dalam diri pelanggan supaya mereka akan takut, lalu membeli barangan mereka. walaupun barangan mereka itu hanya lah tipu daya semata-mata.

banyak cara telah digunakan dengan cara provokasi panik ini dan ternyata cara ini amat berkesan. siapa yang untung? si kapitalis keparat la. kepada sesiapa yang hanyut, berhati-hati lah. bagaimana mahu mengatasi rasa panik? berlajarlah erti kesyukuran, kesabarsan dan keredhaan. ini adalah kunci untuk mengatasi semasa, sedang dan akan panik.

No comments: