Monday, June 28, 2010

road to kota bharu, kelantan....

26hb 7 adalah tarikh kami bertiga aku, apek dan bujoe dari kugiran whippersnapper ke kota bharu kelantan untuk menjayakan upacara struck in nevre. bermula dari tarikh sebelum itu, kami sudah berbincang untuk ke sana bersama kugiran kiss berfore sunset (KBS). dan waktu berangakat telah ditetapkan, iaitu jam 9 pagi. seperti mana sedia maklum, jika janji melayu sememangnya akan lewat. sebab itu aku tetapkan jam 9 sebagai waktu berangkat.

jam 10 aku sudah keluar rumah bersama apek untuk ke tempat berkumpul. dalam perjalanan, kami terpaksa pusing kembali ke rumah apek kerana apek tertinggal bateri kameranya. masa sudah dibazirkan sebanyak 30 minit. setelah itu, 20 minit lagi dibazirkan kerana salah seorang dari kugiran KBS juga tertinggal barang. lebih kurang pukul 11.15. kami mulakan perjalanan kami.

dalam perjalan itu, kami singgah sebentar untuk bersarapan di merchang. jam memunjukkan pukul 12, kami berpakat untuk meneruskan perjalanan kami yang tergendala tadi dengan berempat. perjalanan yang memakan masa 2 jam itu membuatkan kami mengantuk. bagi menghilangkan rasa mengantuk, kami memasangkan perlbagai lagu yang ada didalam kereta yang kami naiki. kebetulan kereta yang kami naiki adalah kereta milik ibu saudara apek. dan semestinya, lagu2 yang ada dalam kereta itu tidak mencapai tahap piawaian untuk kami berempat. pelbagai kejadian lucu semamsa kami putarkan lagu2 yang ada didalam kereta tersebut. sehingga satu tahap yang mana kami sing along lagu raya (boh, lambat lagi nok raye). lagu a. ramlee juga kami pasang.

kami sampai dikelantan pada jam 2 lbh. tapi kerana kami tidak familiar dengan jalan kelantan, kami terpaksa meneruskan perjalanan kami agak perlahan supaya kejadian sesat tidak berlaku. sampai di bandar kota baru, kami berhenti sekejap kerana tidak kenal tempat kejadian tersebut. nizang sudah bertanya keadaan kami. beberapa kali juga kami menghubungai joe gegey untuk ke lokasi. sudah beberapa ringgit kami habiskan untuk mendapat petunjuk ke lokasi. tetapi kami tetap buntu kerana jalan disana agak sibuk seperti kami berada di KL. dan jalan ke vanue juga sangat bersimpang siur. jadi kami sampai di lokasi dalam pukul 3.30. dan bagi kami, ia sudah lambat.

setelah sampai, aku, apek dan nik disarm naik ke vanue uttuk meninjau perkemnabgna gig sementara menunggu kereta yang satu lagi sampai. ada sedikit kejutan yang mana hanya 3 band je yang akan beraksi. never found tidak jadi beraksi, dan digantikan dengan kugiran jonny not gangster. band givenpath juga tidak beraksi kerana ada sedikit kesulitan. dan gig itu belum lagi bermula. lantas dengan semangat yang ada, kami terus memulakan acara tersebut. bermula dengan aksi metalcore dari KBS, dan disambung dengan kugiran punk rock dari kerteh, jonny not gangster. dan diakhiri dengan whippersnapper. acara tersebut tamat pada pukul 6 lbh. selepas beraksi, kami terus ke kedai makan untuk makan tengah hari. sempat juga aku bersembang dengan mat wan UADC, hamidi kedai hitam putih, dan anak2 muda kelantan.

setelah selamat nasi goreng kami kedarah, kami berpakat untuk ke KB mall. ye la, takkan pergi tempat orang tak jalan2. selesai kami tawaf KB mall beberapa kali, kami terus ke wakaf che yeh. niat dihati untuk berjalan-jalan, tapi kami dapat bonus kerana dapat mencuci mata melihat kecantikan anak2 gadis kelantan. sunggguh aku tak tipu. anak2 gadis disana sangat cantik. tapi kenapa budak2 kelas aku masa dipoli tidak secantik mereka? adakah anak2 gadis ini dikurung?
nampak gaya, aku akan kesana lagi. sempat juga kau menyilau2 kasut sukan. tapi hanpa, barang di sana agak mhal. sudah penat kami tawaf di pasar itu, kami berehat sebentar ditepi jalan sambil menghirup air keladi yang manis leting dan berzina dengan dunhill.

jam sudah hampir pukul 11, kami berpakat untuk menuruskan perjalan kami, pulang kerumah.
tapi kami pulang dengan 1 kereta saja kerana 2 kereta lagi ingin tido di setiu. sebelum pulang, kami sempat membeli burger. sambil2 itu kami bertanya arah ke terengganu kepada akak yang jual burger. setelah siap burger kami, kami terus mengahala ke terengganu. seperti siang tadi, kami cuba menghilangkan rasa mengantuk dengan menyanyi, mengata orang, berbalah dengan pendapat apek, kutuk apek dan pelbagai lagi kejadian yang harus aku tapis disini agar tiada yang berasa hati. kami sampai di kuala terengganu dalam pukul 2.30. setelah menghantar bujoe kerumahnya di gong badak, kami hantar nik ke rumah sewanya di chendering dan last skali, apek hntar aku ke rumah.

dan sekian, coretan dari aku tentang perjalan kami ke kota bharu, kota awek cantik..
hehhehe...

5 comments:

S.I.T.I said...

lagu raya pon layan......


gilo.............

kerk said...
This comment has been removed by the author.
kerk said...

puassang...
gtu r jadinye..
ahhahhaha...

Nervhous Records said...

3 band aje? later all dok main ke??

kerk said...

x maen. awok ni maen mcm jamming je..
hahaha...
mujur ade gok sket org mari...