Sunday, August 22, 2010

student power...

semalam ( 20hb 8) aku menyertai fahmi reza dan mahasiswa Um untuk menghntar kertas kerja dasar (kkd) untuk mendapatkan kelulusan untuk membuat lecture di UM mengenai sejarah gerakan mahasiswa. walupun aku sampai lewat, tapi aku sempat berbual-bual dengan rakan-rakan disana. tapi ada berita yang menyedihkan. usul yang dibuat telah ditolak dengan alasan ia dibuat secara individu, bukan melalui persatuan. alasan kedua adalah kerana tiada lecturer yang bertauliah terbabit.

aku tidak faham kenapa mereka terlalu takut dengan student power. adakah kerana takut anasir komunis menular seperti yang diwar-warkan? adakah kerana arahan pihak atasan? bagi aku, mereka takut pada bayang-bayang merka sendiri.

seperti yang dijangkakan, mesti ada penentangan dari pihak lawan. ya, facebook 'kami bantah student power' telah dibuat. dan alasan mereka sangat dangkal. aku cuba membawa admin facebook itu untuk diskusi bersama. harap-harap dapat respon yang baik.

mahasiswa juga tidak ramai yang melibatkan diri. mungkin kerana takut di ambil tindakan. mungkin juga kerana mereka tidak mahu masuk campur dengan alasan tidak suka politik. cukup dangkal pemikiran mereka. dan aku sangat bersetuju yang projek kerajaan selama 40 tahun telah berjaya membuatkan mahasiswa menjadi lembu yang terbaik dari ladang. lebih kurang 40 tahu AUKU berjalan dengan sewenang-wenangnya didalam tempat menimbal ilmu. tapi ada juga yang setuju dengan AUKU. aku tidak tahu sebab apa mereka bersetuju.

sejarah tidak dapat menipu mahasiswa yang celik. AUKU digunakan untuk menyekat mahasiswa kerana mahasiswa mengganggu gugat kerajaan untuk merampas hak rakyat. sejarah itu tertulis dengan jelas didalam hati para pejuang mahasiswa dan dibukukan juga dengan rapi. tapi ramai mahasiswa yang tidak tahu kerana tidak membaca buku itu. mereka lebih selesa membaca buku naruto ataupun mangga.

tumpuan aku sekarang adalah untuk menyedarkan mahasiswa yang masih terlena dengan kesenangan supaya sedar dan bangkit melawan ketidak aldialn yang berlaku dibumi malaysia ini.

untuk membaca berita tentang sesi menghantar KKD, sila klik disini

No comments: