Saturday, August 28, 2010

tipical malay....

sempena bulan merdeka ini, aku ingin coretkan sedikit cerita yang mungkin kamu tidak pernah dengar dan malah akan memaki aku sebagai talibaut komunis. hahhaa, ade aku kesah? pergi mampus la kepada semua orang!!

tajuk pun dah macam rasis dengan bangsa sendiri. ye ke? hahahaha. mungkin ya aku rasis dengan bangsa aku sendiri, mungkin tidak. tapi memang aku benci dengan sikap kebanyakkan orang melayu ni. terlalu tipikal dan ortodoks pemikiran mereka. bila sebut komunis, sosialis, anarkis, semuanya adalah jahat. kah kah kah. apa yang baik dimata kamu? berkopiah? berkot? bertali leher? weh come on la. yang berkopiah itu juga yang cabul anak dara kita. yang berkot itu juga yang rampas hak kita. yang bertali leher itu juga yang rompak harta kita. pandangan luaran tidak mencerminkan padangan dalaman.

berbalik kepada topik asal. bila sebut komunis, semua benda yang bersangkut paut dengan komunis adalah jahat. dari mana mereka tahu akan hal ini? semestinya dari buku sejarah sekolah yang tak cukup sekolah tu.buku itu hanya menceritakan cerita dipihak yang menang. yang, sememamgnnya komunis pernah melakukan kekejaman, tapi itu dimana? dinegara china, bukan disini. parti komunis malaya(pkm) yang terebentuk disini adalah untuk mencapai kemerdekanan dengan cara mereka. parti islam dengan cara mereka, parti buruh dengan cara mereka dan pkmm pun dengan cara mereka. tapi dengan satu tujuanm, iaitu merdeka. tidak seperti umno yang mana slogan mereka hanyalah hidup melayu. dan british memberikan kemerdekaan itu melalui umno kerena umno adalah parti yang tidak radikal untuk mekerdekaan dan mereka juga pro british. jadi senanglah british ingin menguasai tanah melayu jiga berurusan dengan parti pro british.

mungkin ada yang mengatakan aku menipu yang buku teks sejarah itu bohong. cuba kau lihat. dalam buku itu tertulis yang kita merdeka tanpa darah. bukankah ramai yang terkorban semasa zaman itu? tidak percaya, cari dalam youtube tentang sejarah merdeka tanah air kita. semestinya terpampar tentnag beberapa mayat membusuk kerana mati dimedan perang

melayu tipikal juga mengatakan komunis itu jahat kerana british mengharamkan parti itu. hal itu bukan kerana parti itu membunuh rakyat, tapi mereka membunuh askar british. british hanya menggunakan alasan komunis adalah pengganas kerana mereka tidak mahu rakyat memilih pemimpin yang bukan dari kalangan mereka. ini adalah politik semamta-mata, hanya untuk menjaga kepentingan british.

melayu tipikal juga menggunakan alasan komunis anti agama. kah kah kah. kerana mereka anti agama, kita perlu tentang? weh, mca dan mic tu agama islam ke? tapi kenapa umno bersekongkol? agama itu seperti satu kepercayaan. dan kita letakkan yang ateis itu adalah satu kepercayaan yang mana mereka tidak pecaya kewujudan tuhan dan yang beragama itu satu kepercayaan yang mana mereka percaya kewujudan tuhan. ya komunis berfahaman anti agama atau ateis atau tidak percaya kewujudan tuhan, tapi mereka tidak 100% ambil ideologi komunis itu dan kebanyakkan ahli pkmm adalah islam. tapi mereka tidaklah sampai membunuh mereka yang beragama. mereka dengan cara mereka, dan kita dengan cara kita. mana kamu pilih, antara komunis yang ateis tapi inginkan kemerdekan 100% dari penjajah atau umno yang 100 'islam' tapi mahu tinggal dibawah penjajah?

komunis itu adalah sebahagian cara untuk menuntut kemerdekaan. bukan yang digembur-gembur kan oleh british dan bonekanya, umno iaitu komunis ingin mengambil alih tanah melayu dan cina adalah akan memimpin tanah melayu. seperti biasa-biasa, mereka menggunakan isu perkauman. dan mereka masih menggunakan isu perkauman untuk menentang pergerakkan revolusiner pembebasan tanah air....

No comments: