Saturday, February 26, 2011

tudung

Tadi, aku sempat menonton dokumentari pasal pemakaian tudung dikalangan muslimah di Malaysia. Bertempat di Annexe. Dokumentari ni menarik kau untuk menulis sesuatu mengenai situasi yang sedang berlaku.

Sejauh mana wanita sekarang memakai tudung atas dasar takut kepada tuhan? Ada yang memakai tudung atas dasar dipaksa dan terpaksa.Ramai yang pakai tudung sebab takut dimarahi oleh ayah. Ramai yang pakai sebab tidak mahu orang sekeliling melabel mereka sebagai manusia berdosa.

Kita lihat maksud hijab. Hijab itu adalah tadbir, penghalang atau dinding. Kalau hijab dalam konteks ini, ia adalah satu tabdir atau penghalang antara mata dengan aurat. Hal ini kerana ia tidaj nahu mendatangkan fitnah dan nafsu syalwat. Jika seorang wanita berbogel disebelah laki-laki, dan laki-laki itu tidak rasa apa-apa, itu tidak ada masalah. Tapi masalahnya, jika laki-laki itu tidak dapat tahan dengan godaan itu?

Tidak semua lelaki dapat mengawal nafsu mereka. Ada macam-macam perkara berbangkit semasa tayang itu kerana perlbagai mazhab, pelbagai pendapat. Ada mazhab yang cakap takpe tak pakai hijab. Ada yang cakap wajib. Tapi aku tidak tahu apa hujah mereka. Itu kena membaca lagi tulisan mereka.

Yang menarik untuk aku kupas disini adalah persoalan tiada siapa ada hak untuk menyuruh memakai tudung. Bagi aku menyuruh adalah satu paksaan. Tiada paksaan dalam agama. Tapi kita ada hak untuk mengajar mereka.

Contoh. Jika kita punya anak, kita berhak untuk mengajar mereka memakai tudung sehinggalah mereka baligh. Dan jika selelas merela baligh, mereka tidak mahu juga pakai tudung, itu hak mereka. Sebab itu dosa orang dah baligh tidak ditanggung lagi oleh si penjaga.. Jika itu pilihan mereka, mereka tanggung sendiri dosa mereka.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat aku. Aku cuba jelaskan. Kalau kamu cakap orang tiada hak untuk mengajar anak mereka memakai tudung, jadi kamu tidak patut mengajar anak kamu makan. Tidak mengajar mereka bercakap, berjalan, memangggil mana kamu. Kerana kamu tiada hak untuk mengajar!. Sebagai manusia, kamu berhak mengajar mereka untuk menjadi manusia. Itu fitrah manusia. Sebagai muslim, itu hak mereka untuk mengajar generasi mereka. sebagai buddha, itu hak mereka untuk mengajar mereka cara buddha. Apa ade hal?

Kita perlu memberi mereka pendidikan yang paling basis sehingga mereka dapat berdikari dan dapat bezakan baik dan buruk. Sebab itu, kita sudah perlu mengajar mereka untuk cara memilih, bukan mengikut. Dan kamu mesti faham yang mengajar adalah bukan memaksa. Jika dalam proses mengajar mereka tidak turuti, paksaan bukan cara terbaik. Kerana dengan paksaan akan menjadikan seseorang lagi jauh untuk memahami sesuatu.

Dikalangan rakyat muslim Malaysia agak sempit pemikirannya. Mereka suka menghukum orang daripada menasihat. Hukum-menghukum ini adalaj kerja Tuhan. Kita sebagai manusia hanya dapat menasihati mereka. Ramai isteri kepada ulama pada zaman dulu tidak pakai tudung atau pun pakai tudung dengan tidak sempurna. Seperti isteri Burhanudin Al Helmi, isteri NIk Aziz, ulama di Indonesia. Hal ini dikatakan mereka berlainan pendapat dengan ulama disini dan ada juga mengatakan yang mereka tidak memaksa mereka untuk bertudung selain dengan kerelaan hati.

Akhir kata, jangan prijudis terhadap orang yang lain daripada normal. Hormat menghormati adalah kunci keamanan.

1 comment:

minda karat said...

tegur xpe.. x saloh.. malah dapat pahala.. paksa jangan.. kerana islam x ajor cara kekerasa,..