Tuesday, January 17, 2012

perjuangan mahasiswa atau heroism?...

Adam Adli dan safwan Anang

Sekarang hangat diperkatakan tentang adam adli dan safwan anang. Sekarang mereka sibuk mengandakan tour ke beberapa negeri di Malaysia untuk menceritakan apa yang berlaku sebenarnya setelah mereka ini tidak dapat tempat untuk didalam media massa seperti ditivi swasta apatah lagi tivi swasta.

Baru-baru ini mereka mengadakan forum di KLSCAH dan dengar cerita mendapat sambutan yang baik. Anda boleh melihat video forum itu disini. Keesokkan harinya mereka berada di Dungun dan selepas itu ke Kuala Terengganu. Dengan cerita, mereka memasang angan yang tinggi untuk keseluruh negeri. Semoga impian mereka tercapai, amin.

Tapi adakah orang nampak perjuangan ini perjuangan mahasiswa @ perjuangan Adam Adli? Sebab ada beberapa perkara yang masyarakat kita keliru dengan perjuangan ini. Mereka mengangkat Adam sebagai heroism. Sedangkan Adam bukan hero mahasiswa. Dan aku tidak mempercayai sistem heroism ini. Cuma aku bersetuju jika mereka mengakat Adam sebagai ikon. Tapi rata-rata mahasiswa dan masyarat mengangkat die sebagai hero. Sedangkan bila ia adalah memperjuangan heroism itu, ia adalah perjuangan individu. Ia terbukti. Contoh paling dekat adalah Anwar Ibrahim.

Aku berharap agar mahasiswa dan masyarakat faham tentang hal ini, dan aku berharap agar Adam tidak merasa dirinya hero.


Mahasiswa dan rakyat

Perjuangan mahasiswa juga agak terhap disudut pandangan aku. Mereka aksyik melaungkan hidup mahasiswa, hidup rakyat. Tapi dimanakah perjuangan mahasiswa terhadap rakyat? Mungkin tidak tertonjol, mungkin memang tiada. Didalam forum di KLSCAH, ada seorang yang menyentuh hal ini, dan Safwan Anang (pengerusi BEBAS) menerangkan mereka ada bersama rakyat di Kuantan untuk menentang Lynas. Tapi kena tidak di tonjolkan. Ya, ada yang berkata, kenapa perlu tonjol, nanti tidak ikhlas. Ya, aku akui hal itu. Tapi kita kena ingat, zaman sekarang zaman pembasuah minda-minda rakyat melaui alat-alat propaganda seperti tivi, radio dan internet. salah satu propaganda mereka adalah menunjukkan mereka berbakti kepada rakyat. Kita kena counter mereka dengan cara yang sama, agar rakyat faham tentang sesuau isu.

Cadangan aku, mereka perlu ada 2 team yang aku rasa penting bagi mengukuhkan perjuangan kita. Ia itu team pubilisiti dan team media. Team publisiti ini, kerja mereka mempromosikan apa jua acara yang merakyat rakyat oleh mahasiswa. Agar setiap pelusuk kampung tahu yang mahasiswa memperjuangakan hak mereka. Jadi mereka akan menyokong mahasiswa. Buat apa mereka (rakyat) menyokong mahasiswa jika mahasiswa tidak buat apa-apa perubahan untuk rakyat.

Team media pula adalah melakukan dokumentasi setiap acara yang dilakukan. Ini sangat penting bila mana ia boleh menjadikan bukti-bukti dimasa akan datang. Sama ada untuk melawan tuduhan dari pihak anti perjuangan mahasiswa, ataupun untuk menceritakan tentang perjuangan ini supaya generasi akan datang tahu sejarah ini.

Korang rasa mahasiswa akan bangkit ke jika sejarah mahasiswa dahulu tidak didokumentasikan? Mujur ada beberapa buku, akhbar dan majalah tentang sejarah mahasiswa pada zaman 60-an seperti mana yang ditunjukkan oleh Fahmi Reza dalam lecturer student power-nya. Jika tiada dokumentasi di buat, generasai akan datang boleh mempersoalkan mungkin cerita ini palsu kerana tiada bukti(dokumentasi).

Bagi aku mereka agak ghairah untuk berjuang, Sedangkan, ramai lagi mahasiswa yang tercicir dengan pendedahan perjuangan mahasiswa ini. ramai lagi mahsiswa tidak faham dengan perjuangan ini, termasuklah ahli BEBAS, SMM dan sebagainya. Opini aku, mereka perlu memperkasakan dulu mahasiswa didalam negara ini. Agar mahasiswa di negara ini faham sefahamnya tentang perjuangan mahasiswa.

Dalam forum (tapi menurut rakanku, ia lebih kepada ceramah) di Dungun, Adam ada meyebut tentang Kampung Baru. Jika kampung Baru akan diroboh, dia dan mahasiswa akan turun ke sana. Tapi berapa ribu mahasiswa akan turun ke Kampung Baru? Pada aku mungkin ratus-ratus saja. Kenapa aku mempersoalankan hal ini? Kerana mahsiswa tidak ramai yang faham dan ambil peduli dengan hal ini. Jika hanya ratusan mahasiswa ke Kampung Baru apakah kejraan tergugat? Tidak sama sekali, tapi sekiranya ribuan mahasiswa turun ke jalan, pasti mereka terasa tergugat.

Mahasiswa yang ada di Malaysia adalah hampir 2 juta(perbetulkan aku jika angka ini silap). Jika hanya ratusan mahsiswa bangkit, yakni mewakilan peratusan yang kecil, kerajaan tirani tidak sama sekali tergugat. Ya, ratus itu memang angka yang besar, tapi tidak diangka peratusannya. Tapi jika mereka bersatu, bersama-sama turun kejalan dengan ribuan, puluh ribu, jutaan mahasiswa, pasti kerajaan tirani terasa tergugat kerana angka ini boleh dijadikan majoriti kepada sesuatu kelompok.

Hal ini sudah lama aku perhatikan. Setiap benda tanpa kesatuan, mereka pasti kalah. Sebab itu aku berharap agar tiada lagi pertubuhan/kelab/persatuan mahasiswa. Kerana dengan tertubuhnya kelab-kelab ini akan mewujudkan jurang antara ideologi dan pendapat. Ini yang membuatkan mahasiswa tidak bersatu. Aku sarankan, persatuan/kelab mahasiswa ini bersatu dibawah satu bumbung agar mahasiswa dapat bersatu pada dasar yang satu.


Masa depan mahasiswa

Masa depan negara dan mahasiswa terletak pada mahasiswa itu sendiri. Kerana meraka adalah pelapis bagi pemimpin sekarang. Jika mereka tidak matang dalam berfikir, macam mana mahu mentadbir negara? Hal ini jelas kerana ada beberapa menteri dalam kerajaan hanya berpendidikan rendah. Jadi, ambil hak kamu untuk menentukan hak kamu.


p/s: ini adalah padangan peribadi dan aku menerima sebarang perbedaan pendapat.

1 comment:

Unknown said...

aku sokong pasal kebarangkalian rakyat memandang isu adam adli ini dalam perspektif yang agak jumud dengan menganggap dia sebagai hero or what..
tapi itulah 'malaysian' ..
kebanyakan nya lebih suka ambil mudah dan mengadaptasi sesuatu yang tidak rasional seperti "heroism" ni dalam pemikiran kehidupan.
** contoh paling senang.,bagi rm200 terus lupa semua penipuan 50tahun.itulah malaysian! huh
dan isu Kg Baru tu.,aku pun fikir macam mu..fikir.,berapa ramai mahasiswa yang akan turun..berapa ramai yang mampu menggugat keyakinan tirani tu.
tengok pada malam tu ye cakap.,semacam yakin.even seorang pon dia akan turun ke Kg Baru untuk hentikan jentolak kerja itu.
tapi.,aku fikir..dia ; adam sorang je.??
entah lah..
aku cuma berharap lagi ramai anak muda (bukan cuma mahasiswa je) lebih bijak berfikir dan memilih..
lebih agressif bertindak..
berfikir dengan rasional dan bukan dengan pengaruh luar la..
bukan kiri atau kanan..
harap kita semua dijalan lurus!
xdop kiri kanan.
*pendapat aku la..kalau ade saloh silap..mitok maaf la deh..haha