Wednesday, June 9, 2010

Generation X...

apa itu generation x? jika dialih ke bahasa melayu ia bermaksud generasi x. apa yang aku ingin kongsikan dengan generasi ini? generasi ini bagi aku adalah generasi pemusnah. siapakah mereka itu? mereka itu adalah KITA.
dahulu, dengan bantuan teknologi yang tinggi, kita hidup dalam keadaan yang sederhana dan aman. dengan kehadiran teknologi, kita sudah tidak seperti dahulu. kita sudah menjadi generasi pemalas. dahulu, orang terkpaksa berjalan 2km untuk ke sungai semata-mata ingin membasuh kain. tapi sekarang, hanya perlu mengambil 2 minit dan tidak perlu bersusah payah untuk memberus untuk membersihkan baju, kita masih malas untuk membasuh. ya, point aku adalah, teknologi membuatkan kita menjadi malas. dengan teknologi kita semakin leka dengan permainan dunia. teknologi bukan mahu mempermudahkan kerja kita, tapi membuat kita bertambah banyak kerja.

aku sangat suka dengan majlis keramaian. atau dengan kata lain, parti. remaja memang suka akan
dengan parti. dan parti tidak akan meriah tanpa makanan dan minuman. dahulu seronok bila tiba majlis tersebut, masing-masing membawa juadah mereka masing-masing. masing-masing bergotong royong memasak. masing-masing bergotong royong membersihkan pingang mangkuk selepas selesai majlis tersebut. dengan cara ini, perhubungan seseorang akan menjadi semakin erat. tapi lihat pada masa sekarang. semua juadah ditempah dikedai. pinggang pun guna yang jenis pakai buang. dimana keseronokan tersebut? sudah tiada. hanya ke majlis itu untuk makan percuma.kerana hal itu juga ramai yang membuang bayi mereka. kerana sistem yang ingin mempercepatkan sesuatu pekerjaan, ia menjadikan manusia tidak bertanggung jawap. dahulu berlajar membuang sampah merata-rata. sekarang belajar membuang bayi merata-rata. sistem pakai buang sangat mujarab untuk mendotrinkan manusia supaya tidak betanggung jawap. siapa yang bersalah dalam hal ini? adakah kesalahan itu 100% oleh remaja tersebut? inikah sistem yang kamu banggakan? sistem pakai buang yang kamu banggakan merosakkan kamu secara tidak sedar.

generasi sekarang sememangnya tidak bertanggungjawap. hanya fikir untuk jangka masa yang pendek. hanya fikir untuk perut sendiri. bagaimana mahu kembalikan perasaan tanggung jawap itu? dengan PLKN kah? denda? masuk umno kah? dotrin kah? senang saja. back to basic. ajar anak-anak kita bersopan. hormat menghormati. buang segala adat luar yang merosak. buang juga segala kesenangan kerena kesenagan membunuh rasa tanggungjawap. pasti keamanan akan memjelma jika semua orang hormat-menghormati antara satu sama lain.

3 comments:

indie lover said...

Bagusla ko nie kurt... aku sokong cakap ko... teknologi membuatkan kita menjadi malas sampai aku pun x tau nk wat apa sebab dah ada teknologi .... he3..

noramieza said...

secara literal, genaration x adalah warga yg lahir selepas perang dunia ke 2(ww ii)

kerk said...

farid : taw xpe...
jadi, buang2 la segala teknologi yg ko ade..
huhuh....

miza : ye ke miza?
baru taw...
aku ingt skarang dah generation xxx kot..
hahhaha...