Sunday, June 7, 2009

FTA-kebaikan atau kerburukkan?

Salam hormat dan salam sejahtera. Sejak dua menjak ni, isu FTA hangat diperkatankan. ape tu FTA? FTA tu adalah Free Trade Agreemanet. dan di Malaysia FTA di jalankan dengan US. FTA ni baik atau buruk? kalau kita lihat kepada negara-negara yang pernah menandatangani perjanjian ini, mereka menyesal dengan perjanjian ini, seperti apa yang berlaku di Mexico.

Kenapa mereka menyesal? Mereka menyesal kerana petani meraka tidak dapat merasa kekayaan negara mereka kerana kekayaan negara mereka dirompak oleh US secara terang-terangan! 1.8 juta petani Mexico kehilangan kerja selepas perjanjian FTA AS-Mexico kerana harga jagung lebih murah dari AS telah membanjiri pasaran Mexico. Petani AS dapat menjual jagung dengan harga yang lebih rendah kerana petani di AS menerim subsidi pertanian tinggi daripada kerajaan AS. Isu subsidi pertanian tidak diliputi oleh FTA! Malaysia mempunyai 296,000 petani yang menanam padi. Harga jualan beras AS adalah lebih rendah daripada beras tempatan (oleh kerana subsidi pertanian di AS). Apakah nasib pesawah padi kita sekiranya FTA Malaysia-AS dipersetujui?Pendapat aku, pesawah dan peladang di Malaysia akan mengalami seperti di Mexico. peruncit tidak dapat tempat, harga barang kita menjadi mahal, dan ramai rakyat kehilangan pekerjaan.

Kita lihat satu persatu. Kenapa peruncit tidak mendapat tempat? Hal ini kerana, US akan meletakkan kedai-kedai mereka seperti 7-Eleven, supermarket yang besar. Jadi, mesti ramai yang akan pergi kesana kerana barang lebih mrah dan senang kerana di supermarket, pelbagai barangan ada, dari perkakasan biasa ke barang paur, sayur, ikan, daging, baju, makanan segera dan lain-lain. Jesteru itu, peruncit atau peniaga kecil tidak mendapat tempat la. Ada faham? Kita tengok kenapa barang menjadi mahal. Harga barang akan menjadi mahal kerana barang/produk disini akan dibeli (baca:dirompak) oleh US dengan harga murah dan dijual kembali disini dengan harga yang mahal. Nampak tak kenapa perjanji ini berat sebelah? Oleh kerana US membeli barangan disini dengan harga yang murah, para petani kita nak makan ape? Dah la harga barang naik. Secara sedar atau tidak, waktu itu negara kita dijajah oleh US dengan cara halus. Bila harga barang mahal secara automatik la negara di landa krisis ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 1998. dan secara automatik juga sektor pekerjaan menjadi lemah, sekali gus membuatkan rakyat tiada kerja. Takde keje, xde duit. Xde duit, xbleh makan. xbleh makan, mati. korang nk mati (baca:merempat) dinegara sendiri? fikir-fikirkanlah wahai saudaraku.

Mungkin kebaikan FTA hanya pada pihak memerintah atau kroninya saja. Benda ni tak mustahil bagi aku. Marilah kita bersatu melawan penindasan. Jangan biarkan generasi kita merana ditempat sendiri seperti di Afghanistan, Iraq dan sewaktu dengannya.

jika ada orang bertanya kenapa harus tentang FTA, jawab dengan tenang seperti dibawah:

A. Petani kita akan terjejas oleh persetujuan FTA! 1.8 juta petani Mexico kehilangan kerja selepas perjanjian FTA AS-Mexico kerana harga jagung lebih murah dari AS telah membanjiri pasaran Mexico. Petani AS dapat menjual jagung dengan harga yang lebih rendah kerana petani di AS menerim subsidi pertanian tinggi daripada kerajaan AS. Isu subsidi pertanian tidak diliputi oleh FTA! Malaysia mempunyai 296,000 petani yang menanam padi. Harga jualan beras AS adalah lebih rendah daripada beras tempatan (oleh kerana subsidi pertanian di AS). Apakah nasib pesawah padi kita sekiranya FTA Malaysia-AS dipersetujui?

B. Harga ubat akan naik! Di bawah FTA dengan AS, tempoh ""patent"" untuk ubat akan dilanjutkan, dan kelonggaran untuk mengimport ubat buatan "generic"" ang jauh lebih murah akan diketatkan. Oleh itu, kos ubat untuk beberapa penyakit telah melambung 10 hingga 50 kali ganda di negara-negara yang terpaksa mematuhi syarat-syarat pemilik harta intelek yang dikandungi dalam FTA dengan AS. Adakah kerajaan Malaysia melakukan kajian terhadap inflasi kos rawatan untuk penyakit-penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, AIDS, dan lain-lain? Apakah cadangan kerajaan Malaysia menangani kenaikan kos rawatan akibat perjanjian FTA?

C. Perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat memberi status istimewa pada syarikat-syarikat AS! FTA AS dengan negara-negara lain mengandungi syarat bahawa
1. Pelabur AS mesti diberikan layanan yang sekurang-kurangnya setaraf dengan pelabur Malaysia.
2. Kerajaan negara ketiga harus membayar ganti rugi pada pelabur AS jika polisi kerajaan itu mengurangkan pendapatan pelabur AS itu Kami difahamkan bahawa sebuah syarikat minyak AS telah menghadapkan kerajaan Kanada ke Mahkamah apabila kerajaan Kanada cuba mengharamkan sejenis petrol yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Ekoran itu, jenis petrol yang telah diharamkan di AS masih dijual di Kanada kerana hak syarikat AS diperagungkan dalam perjanjian FTA AS-Kanada. Jika negara maju seperti Kanada boleh dibuli oleh syarikat AS, apa lagi Malaysia?

D. FTA AS-Malaysia ini memberi kelonggaran bagi syarikat AS untuk menguasai kemudahan asas seperti air, hospital, jalanraya, pembekalan elektrik dan lain-lain! Syarat-syarat berkaitan hak pelabur seperti yang terdapat dalam FTA AS dengan negara-negara lain akan memberi syarikat AS hak penuh untuk menguasai segala kemudahan asas negara kita. Adakah ini suatu perkembangan yang diingini oleh MITI dan Datuk Seri Rafidah?

E.Rakyat Hilang Pekerjaan FTA membawa masuk modal besar AS menyebarkan industri tempatan terjejas sekaligus membawa dampak terhadap pekerja termasuk hilang pekerjaan !


Hak Rakyat Malaysia Kami, rakyat Malaysia mempunyai hak mengetahui apakah cadangan yang disyorkan oleh pihak perunding AS. Kami juga mahu diberi kesempatan meneliti dan membincang syor dan permintaan pihak AS supaya kami dapat memberi pandangan dan maklum balas kami. Kami tidak mahu suatu perjanjian terburu-buru dipaksa ke atas negara kami kerana pihak AS mahu mencapai tarikh muktamad buatan sendiri. Datuk, nenek serta ibu bapa kami telah berkorban untuk kemerdekaan negara ini. Janganlah menggadai kedaulatan negara kita dengan menyerahkan terlalu banyak hak ekonomi ke syarikat asing yang hanya mementingkan keuntungannya. FTA AS dengan negara lain menyekat kuasa kerajaan negara ketiga untuk menegur dan mengawal kegiatan syarikat asing. Berikan peluang bagi rakyat Malaysia untuk berbincang dan memutuskan sama ada kami mahu memberi syarikat asing hak dan kuasa yang begitu luas.

Tuntutan Rakyat Malaysia adalah untuk segera MENGHENTIKAN PERUNDINGAN PERJANJIAN FTA sehingga kerajaan Malaysia :-

- Melaksanakan kajian terperinci terhadap kebaikan dan keburukan perjanjian FTA bagi setiap sektor ekonomi dan lapisan rakyat Malaysia.

-Memberitahu orang ramai hasil kajian tersebut dan memberi kesempatan untuk rakyat mengemukakan pandangan dan maklum balas.

-Sehingga kedua-dua tuntutan di atas dapat ditunaikan, hentikan semua perundingan FTA dengan Amerika Syarikat.

No comments: