Tuesday, June 2, 2009

promote DRSA

DRSA 8 & 10

DRSA isu bonggol (bukan bonggol limau) telah bersedia menemui pembaca.
Di dalam:
DUM DUM TAK
"well..... pertama sekali, Malaysia kebanyakan orang nya gila harta, korang sendiri nampak dan adalah benar, Duit lebih penting daripada kawan, daripada jiran, daripada Cinta dan lain-lain, Itulah Malaysia. Tapi nasib baik ada banyak remaja yang radical dari semua ini menubuhkan sebuah kolektif, aku sangat respect kolektif di Terengganu yang tergolong oleh Anik dan remaja di Terengganu (erk.. Ayie, remajanya anda – ed) di mana diaorang menolong orang kampung dan membuat aktiviti yang productif dan membantu, di KL pun ada kolektif tapi ada sesetengah hanya mengejar glamer dan duit dan ada juga kes di mana mereka cakap cakap cakap lepas tu satu benda tak berhasil. Cara... aku pun tak sure, paling senang kita ajak kawan-kawan yang berminat dan usahakannya "Usaha tangga kejayaan" :P", kata Aiman.
Inside Your Skin
... Kalau ingatkan balik, dalam Da Vinci code, Mary Magdelene digambarkan sebagai berambut merah, 'Princess Sophie' jugak berambut merah, Armenian Jew jugak berambut merah, tempat pertama bertapaknya pelarian Priori dan Templar di Ireland dan Scotland, mempunyai ramai komuniti berambut merah, Esau (dalam Islam tak silap Yishiu) adik kepada Yaacob anak kepada Nabi Ishak digambarkan berambut merah dan nama Rothschild juga bermaksud lambang merah dalam bahasa Jerman.
PPSMI
...Hey, cuba fikir! Kalau kita belajar Matematik, kita nak pandai Matematik ke nak pandai bahasa Inggeris? Kalau nak pandai bahasa Inggeris, belajarlah Bahasa Inggeris, bukannya belajar Matematik. Ya, mungkin ada yang menjawab, nak pandai kedua-duanya. Maka, perlu diingat bukan semua pelajar mempunyai tahap kepintaran yang sama. Berapa kerat sangat yang dapat kedua-duanya dengan baik? Dan perlu juga diingat, apabila sesuatu dasar digubal, ia merangkumi semua pelajar, tidak kira pintar, lembab, lembam dan sebagainya.
Jika berminat, boleh dapatkannya dengan harga RM4 secara bersemuka atau melalui pos daripada:
Convert (Yr Mind) Distro
Mohd Zamri Kassim
Goggles Marketing Sdn. Bhd.
346 Jalan Pudu
55100 Kuala Lumpur

No comments: