Saturday, April 17, 2010

benih kekayaan...

Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”.


Betul ke kalau kita bersedekah, harta kita tidak sedikit pun kurang? Aku rasa ada benarnya. Ditempat aku berkerja ada seorang pak cik tua yang kurang waras dari segi akal fikirannya. Nama dia Cheng(die melayu, tapi nama je macam cina). Bila orang isi minyak, ramai yang bersedekah kepadanya. Aku pun cuba bersedekah selepas melihat hadis diatas beberapa hari yang lepas. Keputusannya agak memberangsankan.

Pada kali pertama aku bersedekah kepada Cheng berjumlah rm1. Dan keesokkan harinya, aku dapat rm6. Duit ni diberi oleh seorang pakcik yang isi minyak dipam aku. Isi minyak hanya rm4 tapi bagi rm10. Lepas tu dia cakap tak payah bagi balance. Dia bagi kat aku sebagai duit minum. Alhamdulillah. Terus aku teringat tentang amalan bersedekah aku sehari sebelum itu. Kerana tanda syukur, aku bersedekah lagi sebanyak rm2. Keesokkan harinya, aku dapat rm5 pulak. Kes ni sebab ada mat rempit yang terburu-buru. Dia isi rm5, tapi bagi rm50. Kalau kes macam ni, biasanya aku bagi rm40 dulu (rm10 4 keping) baru bagi rm5 lagi. Jadi nak jadikan cerita, aku bagi la mamat tu rm40 dulu. Belum sempat aku bagi balance rm5 lagi, dia dah cabut. Tak sempat aku nak panggil. Alhamdulillah. Dapat untung lagi. Tapi duit ni aku tak guna wat makan, aku bagi kepada Cheng rm2, yang baki aku wat back up kalau2 duit yang aku pungut mlm tu berkurangan. Rezeki aku tak habis lagi. Tadi aku dapat masuk gig free kat dewan PTPL. Alhamdulillah. Dapat untung lagi.

Lihat, sekiranya anda mahu hidup senang, bersedekahlah sekerap mungkin, kerana bersedekah itu ibarat sebutir benih yang mana bila disemai, ia akan bercambah menjadi banyak. Tapi anda mestilah bersedekah kerana Allah dan dengan hati yang ikhlas. Bukan kerana kekayaan dan hawa nafsu. Cubalah amal amalan ini, dan harap-harap hasilnya akan membuatkan anda terus dekat kepada Maha Pencipta.

p/s: ada tak petua untuk mendapatkan jodoh?

No comments: