Sunday, October 9, 2011

pangilan dari ibu...

Tadi mak aku tepon aku. Tanya macam mane keadaan aku. Flashback. Aku tepon die 4 hari lepas sebab nak mengadu yang aku kencing tak lawas. Mende ni berlaku time on the way balik dari Penang ke KL. Aku ingat takde ape sebab bas yang aku naik tu sejuk gile babi. Biase la, aku akan rase cepat nak kencing kalau dok dalam ekon lame-lame.

Tapi bila dah 3 hari kat KL, masih lagi kencing tak lawas. Asal sket nak kencing. So aku buat la 2 keputusan. Yang pertama untuk jumpa doktor dan kedua, aku kansel untuk aku join jadi krew rocket morning untuk konsert rock away. Ye la, kang tengah bertugas tibe-tibe nak kencing. Tak ke naya. 1 lagi ada invitation dari rumah kolektif yang baru tubuh di Shah Alam. So, aku decide nak kesana.

Berbalik kepada cerita kencing tak lawas, aku jumpa doktor hari Jumaat. Doktor cakap penyakit aku ni mungkin sebab kencing kotor. So, die bagi la 3 jenis ubat. 2 ubat pil, 1 ubat minum. Segala puji bagi Tuhan, aku dah ok dah. Mungkin aku kurang minum air kot lately?

Dalam masa berbual tu, sempat mak aku cerita kat aku cerita lucu. Pasal anak sedara aku, Qutoibah. Dia ikot ayah dia ke Sabasun. Dalam kedai tu, tiba-tiba dia nampak seorang untie (orang cina) sedang cari sabun sambil duduk mencangkung. Die pun terus cakap, "Kesian die berak kat situ". Aku pecah perut bila dengar mak aku cerita tadi. Macam-macam budak sekarang. Cepat betul berfikir.

2 comments:

Siti said...

kelako la qutaibah. hr tu dia tipu mok. mase tu mok kat dapo kot. tibe2 dia panggil. nenek, cepat nenek. mok iti nok cakap ni. mok pon derah2 gi ambik talipun kat tgn dia. mok pon helo, helo tp takdok org. rupe2nya dia berangan je. hahaha...

kerk said...

hahahha....
parok ngak budok ni...